Koran pernah tak rasa tiba2 rindu dengan seseorang yang dah lama ko tak jumpa..lepas tu ko rindu kenangan dulu-dulu dengan dia..??lepas tu bila ko jumpa dia selepas bertahun-tahun tak jumpa..ko jumpa dengan dia balik tapi versi baru, berbeza dengan dirinya yang dulu..
Tu la yang aku rasa..tapi sebenarnya perkara ni dah lama..tapi hari ni aku rasa tiba-tiba terlebih keju teringat kat dia..okehh..aku tknk cite panjang..aku create n3 ni khas untuk dia..cewahhk..gitu kekdahhnyerr..
Dia seorang sahabat yang sangat aku sayang,(mesti kembang semangkuk lau mung bace ni kan :p) tapi serius aku memang sayang dia..sebab dia dengan aku dah macam adik beradik..sampai ayah aku dah angap dia macam anak angkat dia..(dia anak yatim taw,aku bangga dengan mak dia taw)aku kenal diri dia yang sebenar..dia tak perlu hipokrit untuk jadi orang lain dalam bersahabat..dia tunjuk diri dia dalam pelbagai sudut..walau kadang kala dulu aku rasa bosan dengar dia beceloteh macam bertih jagung tapi tu la yang buat diri dia lain dari kawan-kawan yang lain..no wonder la memang ramai yang suka dia..suka berkawan dengan dia..
Aku just nak cerita kisah perjalanan dia yang aku rasa aku nak ikut..tapi belum pasti aku begitu cukup kuat untuk ikut..tapi pesan dia pada aku yang akan aku ingat " perlahan-lalan" ..apa yang perlahan-lahan..biar la aku dan dia yang tahu..
Kami bersahabat dari kecik lagi,dari aku masuk Pasti Al-Fuqan,masuk sekolah rendah sama-sama,sekolah menengah sama-sama..lepas tu terpisah bila aku dapat sambung study kt Poli dan dia dapat ILP lepas tu sambung study kt Melaka..Namun persahabatan tu tak pernah terputus..bila time cuti kami akan hangout lepak kt Pantai Pandak (tempat lepak pebret aku dengan dia kat kampung),atau dia akan datang umah aku lepak kat pangkin depan umah tak pun lepak dekat dapur..dah namanyer perempuan..kalau dah jumpa memang macam-macam gosip keluar...sampai kalau mak dengan ayah aku tengok pun, boleh geleng kepala jerr..hihi..
Satu yang aku suka berkawan dengan dia ni,aku bebas bersuara..kalau aku nak kutuk, aku kutuk jer..dia pun sama..kalau dia rasa nak komen dia komen jerr..tkde hipokit nyerr kami..
Bila dah masuk alam pekerjaan,kami betul-betul berpisah..even masa tu dia still study aku dah kerja..so masa ni kami memang dah tak jumpa..tak silap hampir 2 tahun..hari raya pun xjumpa sebab aku sendiri yang sibuk..dia pun sama kot..jadi bila ader masa aku free dia yang sibuk..bila aku sibuk, dia plak yang free..so halangan untuk kami jumpa sentiasa ader..last aku datang raya umah dia pun tak silap tahun 2011..masa tu dia masih Noraini yang sama..sampai la aku jumpa dia tahun lepas the 'difference' Noraini..tapi Alhamdulillah..aku sangat bangga sebab adernyer seorang sahabat yang cam gini..(bila la aku nak jadi cam gini.. :p)
Serius aku cakap dengan korang..kita boleh berkawan dengan semua orang yang kita rasa boleh buat kawan..tapi untuk cari kawan yang betul-betul nak bawak kita ke Syurga belum tentu ader lagi kan...Dalam ramai-ramai kawan, aku rasa Noraini jer yang menegur aku..(korang2..tegur la aku kalau korang rasa aku salah)serius mula-mula aku langsung tak terasa dengan teguran dia,tapi bila aku fikir balik..aku yang segan..aku rasa apa yang dia cakap ade betulnyer..
So aku respect Noraini sebab dia berubah ke arah kebaikan..aku respect dia sebab dia kuat dengan ujian dan dugaan dari mulut-mulut cabul yang kutuk dia dalam berubah sampai la dia teguh berdiri jadi diri dia sekarang..Aku tau banyak lagi ujian yang akan ditempuhi bila dah berubah kan..Tapi aku yakin,dia dah dapat pedamping yang aku rasa boleh bimbing dia ke jalan yag dia nak pergi..Sebagai seorang sahabat yang dah lama berkawan dengan dia, aku kenal peragai dia..aku kenal sikap dia..Tak kisah la dia berubah sebab per as long as dia berubah untuk jadi muslimah yang lebih baik..jadi perlu ke bangkang dia,perlu ke kutuk dia,perlu ke memandang sinis dengan pakaian dia..Aku anti dengan orang-orang cam gini..Tiba-tiba teringat kisah Lisa..
Yerr,dulu kami bukan budak baik yang package muslimah tu,kami laroo dalam dunia kami yang suka lepak bergosip pasal orang,geng baju lengan pendek tudung singkat yang nampak dada..tapi kami juga bukan budak jahat yang buat perkara-perkara yang negatif..dan dia berubah untuk jadi lebih baik tapi aku tetap aku..hidayah tu milik Allah,aku pun tak mampu persoalkan tentang ini..dia yang berikan hidayah tu pada setiap hambaNya..namun sebagai manusia juga kita bukan hanya menuggu tapi kita juga perlu mencari right..yang penting hati kita kan..(aku taknk la cakap bab ni, sebab diri aku pun belum cukup betul,kalau aku nak berubah aku kena betulkan nawaitu dulu yerr dakk.. yang penting istiqamah)..
Lepas 2 tahun tula,aku jumpa balik dia last year..macam tak percaya aku jumpa dia bukan kat kampung tapi kat KL..dia dari Melaka,datang bercuti umah makcik dia kt KL..
Ingat dia sorang jer..tapi dia masej aku,cakap angkut incik tunang sekali..lepas tu incik tunang dia plak angkut kawan dia sorang..aisayy mann..tapi aku ok jerr..janji aku leh jumpa dengan dia..kann..
masa ni aku tak tahu lagi dia dah berubah..sekali jumpa makkk aiiii..kawan aku ke ni...hihi..(perasaan korang bila tengok seseorang yang dah lama ko tak tengok lepas tu jumpa balik dgn versi yang baru) tekeju,terkesima,dan tak terkata..tula reaksi aku..hihihi..
So kami lepak kt KLCC..aku dah janji nak belanja dia lau kami jumpa..sebab aku dah kerja dia still student..so mohh la kita berjimbaa sambil story dengan tajuk 'macam mana dia yang dulu boleh tranform jadi dia yang sekarang' dan 'how she meet the guy'..hihihi.
.
Banyak benda yang aku pelajari dari kisah dia,tapi aku belum cukup mampu nak adaptasi dalam diri aku..mungkin aku belum cukup kuat..kisah kami lebih kurang rupanya..cuma persekitara dia lebih baik,berkawan dengan orang yang membawa dia kejalan yang lebih baik dan bertemu jodoh melalui istiqarah yang dia amalkan..
(sayang,aku doakan kamu istiqomah dalam hidayah ni,dan aku harap kamu juga doakan yang terbaik untuk aku)
Awal bulan March,sekali lagi aku rasa kehilangan..First time aku rasa macam ni,masa bff aku nak khawin..aku rasa cam gini bukan sebab aku jeles jodoh dia dah sampai..tapi aku sedih sebab nanti aku fikir lepas Aja dah khawin mesti kami dah tak boleh jadi macam dulu..Aku faham bila dah jadi isteri orang,korang tkkn bebas untuk buat sesuatu perkara ikut kepala korang kan..macam aku dengan Aja,kepala gila2..kalau dah lepak tu memang tak ingat nak balik umah awal..so bila dia dah khawin, aku tahu aku hilang geng lepak..
So sama juga macam Noraini..kalau Aja Bff aku Noraini pun sama..Bila aku tahu Noraini nak tamatkan zaman bujang dia dalam waktu yang muda (bagi usia geng2 aku) tersangat la aku rasa kehilangan,dan lagi aku sedih masa wedding dia aku tak pergi..bukan sebab aku sengaja tknk pergi..tapi disebabkan bajet aku memang tak cukup nak balik kampung banyak kali dalam sebulan, jadi aku ambil keputusan tak balik untuk semua wedding member aku yang khawin bulan march..untuk keadilan semua pihak..tu kekdahhnyerr..
Nak dijadikan cerita, hari wedding dia aku boleh lupa..petang tu baru aku ingat..walaupun jauh aku belum cukup kejam untuk terus lupa,malam tu aku terus keep in touch dengan dia..so, aku dengan rasa bersalah try call dia malam tu juga..tapi sayang dia tak angkat (merajuk ke??) fikir punyer fikir..opppss..silap timing daaaaa..aku g kacau first night orang..hehhhhh.. so aku just text kat dia dengan rasa bersalah..
'Barakallah sayang..semoga bahagia ke jannah'
tapi seminggu juga dia diam jer..aku pun masej akak aku kat kampung..
'Noraini tak replay masej aku,call pun tak angkat..ye ngajuk dengan aku kot'
'ye tkdk masa lagi kot..campur letih dgn kenduri lagi..bagi ye masa..nanti ye contact la mu'
Lepas baca masej akak aku tu,lega la skitt..terus fikir positif..lau korang nak tahu,aku ni jenis lau rasa bersalah dgn kawan-kawan, mesti aku update kt akak aku ni..sebab akak aku ni memang tempat aku luah perasaan..sampai kadang tu balik kampung aku tak boleh selfish..kena bahagi jadual datimm..kalau aku lebihkan kawan-kawan dari akak..kompen aku akan kena bakar dengan dia..hehhhh...
Seminggu lepas tu baru la Noraini masej aku..korang nak tahu dia masej aperr...
'aku ngajuk dengan mu'
Aku bace masej ni,terus senyumm..(lega sebab dia tak terus senyap)maksud nyerr tekaan aku betul la..ok aku mengaku,aku salah..dah la tak balik dia khawin..lepas tu aku boleh lupa plak nak wish awal2...Sorry sayang..aku betul2 tak sengaja...
Tapi serius aku rasa bersalah..aku takut putusnyer persahabatan kami sebab aku tak attend kenduri dia..tapi aku kenal dia,merajuk tu harus la kan..kalau aku pun kompen cam gini..lagi teruk ader la kot..hihi..
Jenuh gak la aku pujuk dia..cehhhhh..
So sekali lagi aku wish untuk dia selamat pengantin baru walau pun dah sebulan jadi isteri orang..hihihi..special n3 ni aku create untuk dia sebab rasa bersalah tak attend kenduri dia disamping aku betul-betul teringatkan dia..
p/s: bosan kan bace n3 yang ntah pape lepas tu kosong dengan gambar..hehhh..aku nak tepek gambar tapi kena la respect hak sesama insan yer dakk..so aku bagi korang dengar lagu ni..khas untuk mu wanita2.. (sape la yang tknk jadi wanita syurga kan..semoga kite2 ni pun bakal jadi wanita syurga hendaknyerr)
Untukmu sahabatku,kawan-kawanku teman-temanku..korang adelah insan yang pernah hadir dalam hidupku..yang memberi aku pelbagai rasa..korang tak pernah menjadi musuh atau insan yang akan aku benci atau memendam rasa selamaya..malah mungkin akan menjadi sahabat yang akan aku sayang hingga ke syurga..semoga persabatan kita kekal selamanya walau mungkin suatu hari nanti jarak yang akan memisahkan kita..tegurla aku jika aku salah,sambut la tangan ku saat aku terlepas..gemgam la tangan ku jika aku rebah..kerana aku bukan insan yang sempurna,aku cuma insan yang lemah yang sering terguris rasa,terkasar bahasa..(tetiba felling camgini)
No comments:
Post a Comment