Tuesday 23 July 2013

14 ramadan

pejam celik pejam celik tup2 dh masuk 14 ramadhan kan..rasa mcm sekejap je masa berlalu,rasa macam semalam baru aku pindah tinggal umah baru,rasa macam semalam baru aku cakap dekat mak yang aku rindu gila2 kt dia..rasa macam semalam baru aku dapat miss pink..ehhh2 tapi memang semalam ap dapat miss pink tu kn2..

okehh uolsss let's start our sembang-sembang..bulan-bulan pose ni xboley gosip2 taw..nanti kureng pahala puasa..sebelum ni aku selalu post2 sal n3 jiwang karat kn,so hari ni mood aku kureng skit nk bermadah berhelah ni..aku just nak perabihkan masa sementara tunggu nak balik ni..bosan tahap gaban terr..biasa boleh layan game lau bosan2 tapi hari ni candy tu mcm tknk bg aku main je..dekat satu jam duk loading..buang masa je tunggu kn..so sementara tunggu jam berdetik sampai 4.30pm macam-macam aku buat sampai la yg last ni duk update n3 ni sambil layan lagu raya..hihihi..mood raya la katakan..
jom layan jap lagu ct ni..



Tadi duk belajar resepi dengan cik google..aku ni gempak je cari resepi tu resepi ni tapi masaknyer tidakk!!!bukan malas okehh tapi leceh la ikut resepi cik google, kena carik bahan tu bahan ni,jadi aku nak ikut kepala sendiri j..aci kan..hihi..jap2 ade satu news happy yang aku nak share..happy pada aku la..nak tw ap..hihihi..jeng2..aku rasa dramstikkk aku dah kecik skitt..KECIK!!kecik skit la dari kakak aku yang sorang tu kot..mitak ampun yopp..hihi..tp still besar lau nk dibandingkan dengan  budak2 ofis aku cik ayu,cik ain dan puan siti tu..tapi memang xleh lawan la..sebab diaorag semua saiz ikan sadin,aku je sain ikan tongkol,dh memang keturunan peha besorr kan...hukhuhu..tp xkisah la..janji ade perubahan untuk aku kan2..xsia2 la aku diet, ade jugak hasilnyer.. walaupun org xnampak tapi badan kite boleh rasakan..aku perasan ni pun sebab semalam aku pakai seluar slack yang biasa aku pakai tu..biasa lau pakai seluar tu memang tkde la ruang2 udara tu,tapi semalam aku rasa macam ade je ruang2 udara kt bahagian dramstikkk tu...see???hihihi.. okehh tknk la perasan lebih2..huhu.




arhhhhhh...sayu hati..rasa macam sekarang juga nk balik kampung nak raya... opssss teroverr..puasa xcukup lagi kan 29 hari kan..hihihi..

ok lahh uolsss lagi 5 minit nk balik ak chau dulu la..masa untuk kemas2 meja..hihihi..

Monday 22 July 2013

Disebalik Liki-liku

                             

Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya sebalik hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia.  Tetapi di corak hampa dan air mata.  Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam.  Aku belajar menjadi insan matang.  Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  Bukan merungut mencipta sesalan.  Kerana ku tahu bahawa  segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna.  Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia.  Kerana ku yakini bahawa  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Sebalik kegagalan semalam telah menghancurkan impian.  Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.  Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan.  Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang,  Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku.  Namun kerana sebalik kehilangan itu aku belajar sesuatu.  Bahawa setiap yang datang akan berlalu.  Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku.  Dengan  cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.

Dunia telah mengajar aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketetuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap pristiwa.



~Terima kasih Allah~