Tuesday 25 March 2014

Berakhirnya Satu Penantian


Seriously tak tahu nak mula dari mana..tapi apa yang aku rasa apa yang aku nak luahkan adalah tentang perasaan saat ini..aku tahu bukan aku seorang yang sedang bersedih dengan berita ni..malah seluruh rakyat malaysia yang merasa kehilangan..kehilangan mh370 terjawab selepas abg najib announce malam tadi..saat dia cakap pesawat terhenti di titik akhir di lautan hindi means pesawat tu dah terhempas la kan..even dia xcakap terhempas tapi maksud "berhenti" faham2 jela kan..masa tula hati aku rasa macam pilu sangat..tak terluah dengan kata2..terus masuk bilik..seriously hati aku tersa sangat dengan berita tu..sampai sekarang aku still xpercaya yang mh370 dah terhempas dalam lauta hindi..

Terhempas plak dilautan hindi..yerr lautan hindi..korang bayangkan lautan hindi tu macam mana..dengan kedalaman beribu2 kaki..xsilap 3600 kaki..lautan yang paling sunyi dan sepi...xdapat aku bayangkan..

Nak tido terus xjadi nak tido..duk terbayang macam mana la detik2 diaorang semua saat kapal terbang nak terhempas..even lau aku pun masa kapal terbang nak landing pun dah terasa cuaknyerr..inikan depa yang memang dah sah2 akan terhempass..xdapat nak bayangkan :(

Lebih menyedihkan bila datang ofis dengar radio dorang  pasang lagu2 sedih..betul2 sentap terus..buka plak fb, wall aku penuh dengan ucapan takziah untuk keluarga mangsa Mh370..Ya Allah,perasaan aku masa tu xboleh nak digambarkan..air jernih terus menitik..teingat kat semua mangsa mh370..saat aku tengok video yang dorang share kt fb dari tv alhijrah,dorang duk doakan untuk mangsa2 sekali lagi air jernih kua dari tubir mata aku.. :( ..masa tu memang xleh nak tahan perasaan dari tak menangis..walaupun mangsa2 tu tkde kaitan pun dengan aku tapi atas sifat sesama insan aku amat2 terasa dengan semua ni..

Sampaikan nak buat kerja pun rasa macam down..sampaikan buat kerja tersalah tulis tersalah key-in bagai..fikiran aku celaru,fikiran aku buntu..apa yang aku fikir adalah mh370..
yerr..aku tahu kita perlu terima ini semua sebagai qada dan qadar Allah..aku terima semua ni,aku terima takdir ini..tapi hati aku masih terasa..selagi kotak hitam belum jumpa kita belum tahu punca kejadian..jadi sama-sama la doakan semoga Allah permudahkan misi kita dalam mencari kotak hitam dan bangkai pesawat..

Biar la orang nak cakap aku touching ke apa tapi tulaa perasaan aku, sebab memang dari hari first kejadian ni 8/3/14, (cyap aku tanda dalam kelendar atas meja depan mata ni haa) aku memang follow up pasal mh370..sebelum ni xpernah aku kua bilik duk depan tv semata2 nak tengok berita..biasa bace BHonline jer..tapi sebab mh370,stard pukul 8 pm memang aku dah betapa depan tv nak dengar pc dr pihak keraa-jaan dan sebab nak ikuti pekembangan..so walau apa2 berita pun aku nak juga tahu..sampai la malam tadi, detik pm buat pengumuman khas akhirnya terjawab semua..




layan lagu ni..korang mesti rasa apa yang aku rasa..saat aku tulis n3 ni pon lagu ni tengah dimainkan kt radio hotfm... semoga Allah tunjukkan jalan yang mudah bagi misi mencari mh370..al-fatihah..


Friday 21 March 2014

counting day

counting day..........
hati berbunga-bunga..bunga rose ada,bunga kekwa ada, bunga reflesia ponww aderr..harrr gtu gamaknyerr..
rasa macam nak senyum jer lebor2..
rasa macam nak lompat jer tinggi atas katil ni (overrr!!!runtuh katil xpasai2 tido atas lantai)
rasa macam xsabar nak habiskan hari berikutnya sebab nak tunggu munculnya ketibaan tu..
seriously hati betol2 teruja...teruja sebab citenyerr kena dengan jiwa..

harrr..mesti korang duk tanya2 apa lar yang aku duk counting day sangat kan..gaya macam nak tunggu hari nikah jer gamaknyer..

alkisahnyerrr..

errrr..tetiba hilang pulakk idea nak menulis...lepas pekena bihun celup perut rasa macam memulas2..nanti aku smabung stroy lg ye uollss...

Saturday 15 March 2014

Bosannnn!!

ehemmmmmm..tarik nafas hembusss..tarikk nafassss hembusss...(sambil tegakkan badan dan jari menari-nari diatas keyboard).. tetiba kan..

okehh..hari minggu yang membosankan bagi aku, biasa hari sabtu kerja so hari ni dapat cuti sempena jerebu..macam yang korang sedia maklum la kan, selangor kan mempunyai krisis rumah tangga  air dan jerebu yang teruk..so aku adalah salah seorang mangsa yang terpaksa menanggung krisis tersebut.. tahap IPU yang tercatat kt jalan kebun ni aku xtahu berapa,tapi aku agak memang teruk la sebab korang bayangkan buka je pintu pagi2 ingatkan kabus..rupa2 nya jerebu..pedih loobang hidung makk taww... 

Pelbagai ujian yang melanda negara sekarang dengan MH370 yang masih xjumpa walau dah genap masuk hari ke8, dengan keadaan kemarau dan masalah air kt selangor ni, lepas tu tambah plak masalah jerebu yang making meningkat..ni la namanya ujian yang Allah turunkan pada kita kan..so korang jom la kite sama2 mengauditkan diri,aku sendiri pun tengah duk audit diri dengan setiap apa yang berlaku ni..mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.. (taknak masuk bab touching nati hilang mood nak story) 

Okeh uolsss, aku type entry ni sebenarnya xtahu jadahnya apa..tapi yang aku pasti aku tengah bosan tahap gaban terbang disamping nak story dengan korang kerja gila yang aku duk buat,biasa bangun tidoww terus mandi2 continue baca kitab la (novel) tapi hari ni mood membaca aku sedikit berkurang disebabkan keadaan persekitaran (boleh gtuiii) hahaha..  

Korang dah booking tiket promo airasia??esok last booking taw.. (tetiba jerr)hahaha.. sebenarnyer aku nak habaq kt korang semua yang pagi2 lagi aku buat kerja gila.. nak tw ap..haaa ni habaq maii ni, tadi bangun2 je tidow aku terus teringat tiket promo airasia last esok..sempat lagi kott, tapi disebabkan esok aku xfree, so aku pun dengan gigih terus bangun tengok telephone nk online..tapi hamprakk punya en.samsul aku ni (nama timbangan bagi henset samsung) awal2 dah hand.. so aku dengan gigihnyer tanpa gosok gigi dan basuh muka (sebab air tkde okehh) :p.. terus buka lappy online nak booking tiket... so bemula la tugas aku mencari date2 yang ade harga promo.. dan harga apa yang aku dapat.. jengg jenggg.....



Macam x caye jer dapat harga tu ko..... tiket bas pun biasa pergi balik dah Rm100.00 kan.. so tanpa fikir panjang (sebernarnya dah fikir banyak kali sebelum tu) aku terus booking...tapi balik kampung jerrr.. bukan g bercuti pun..balik kampung sekadar menjeguk mak dengan ayah jerr (gaya macam anak misali kan)hehehe..sebenarnyer balik sebab aku nak sambut puasa dengan family la..dah 2 tahun kerja kt rantau orang xberpeluang nak balik puasa kt kampung..so ni aku plan awal2 nak balik sambut puasa dengan familyy.. horeyyy tercapai jugakk hajat tawww.. (insyaallah) 

Okehh..alang2 sebut sal bercuti ni kan, biasa kalau g bercuti aku lebih prefer pada abang ipar yang booking..kalau p bercuti pun biasa dengan dia..ehhh silappp..gilaa ko nak g bercuti berdua dengan abg iporr aku..memang takkk laaa kan..biasa pergi dengan family laaa..abang ipar aku yang settle bab2 ni macam last year p Bandung dia yang urus semua..plan ingat tahun ni nak p Bandung lagi..tapi sebab macam xbest la asyk p tempat sama jerr ye dokkk..so cancel,better simpan duit untuk p next year jer.. (insyaallah)..lau nak p obesii p la lain-lain tempat..tu kekdahhnyerr..


So korangg..ni la citerr nyerr kerja gilaa yang aku duk buat pagi2 tanpa gosok gigi dan basuh mukaa..hahaha.. syokk jugak yerr pagi2 bangun terus ngadapp lappy..sambil layan deruan angin dari kipass.. (boleyy gtuiii) boleh jerr kan..since ko tkde laki ni, xmandi sampai kul 3 petang pun tkde hal punyerr, sebab tkde orang pun nak duk dekat dgn ko kan..tkde orang pun nak cium2 ko.... btol takk??

Ermmm korang kalau nak cari tiket murah dari Airasia ni rajin-rajin la online ngadap pc/lappy yerr dokk.. biasa Airasia ni akan buat promo awal tahun atau akhir tahun.. xpun awal2 waktu malam...harr bagi yang duk on9 tengah2 malam tu, rajin2 la ushaaa ..bukan ushaa awettt yerr..biasa dia akan buka date booking dengan date travel..so korang boleh pilih mana date yang korang rasa free untuk bercuti.. yang pasti dalam akaun sediakan duit cukup2 untuk buat payment yer ke idokkk??

okehh la, next time aku stroy lagi ekk.. rasa macam nak terkucil plakkk.. ohh yerr, esok aku nak p KLIA jom la la join.. misi nak mencari tokmohhh..haha(gurau jerr).. aku ade misi esokk..demi MH370 aku merelakan diri menjejakkan kaki kat sana dengan my budiesss (kak alya).. so jumpe korang kt sana esok yerr..cheekk ke douttt..!!!salam manis beserta madu dari aku yang bucukk ni..hihi.. (macam korang xbiasa mandi lambat kann)













Monday 10 March 2014

Please Come Back MH370


8/3/14..kehilangan mu sangat misteri wahai MH370..ramai jiwa yang sedang menanti kepulanganmu..doa kami sering bersama..harapan kami masih sama agar kau kembali pulang dengan selamat..
pergi mu tanpa dapat dikesan..hilang dari rada dengan tiba2 tanpa dapat dikesan..

Hari ketiga kehilangan MH370, macam korang semua maklum sekarang tengah kecoh pasal hilangnya pesawat MAS MH370..bagi aku sendiri,walaupun tkde ahli keluarga kt dalam pesawat tu,tapi aku still rasa touching..touching sangat bila mengenangkan nasib mereka2 yang dalam pesawat tu..touching bila teringat keluarga mangsa yang masih menunggu dan berharap kepulangan MH370.. xtahu macam mana nak story sb kalau story pun korang dah sedia maklum pasal cerita ni kan..aku just nak share perasaan aku sekarang..agaknye la kalau family aku yang ada sekali dalam pesawat tu xtahu macam mana nak cakap..bagi aku sendiri,kejadian ni membuatkan hati aku rasa sentap..Setiap kali baca berita2 yang berkaitan dengan MH370 ni,harap sangat yang masih ada harapan bahawa mereka selamat..tapi semua ni hanya Allah yang mengetahui..Dia yang merancang segalanya dan hanya padaNya kita berserah..aku sendiri xboleh nak bayangkan kalau duduk kt tempat mereka..macam mana nasib mereka..kalau masih bernyawa macam mana keadaan mereka.kalau dah terhempas mana buktinya..ni la yang menjadi persoalan pada rakyat malaysia sekarang..

so korang2 jom la sama2 kita doakan semoga mereka selamat..semoga Tuhan beri petunjuk pada pencarian ini..sesugguhnya penantian itu satu penyeksaan,namun kami akan setia menanti kepulangan dan khabar berita tentang mu MH370..