Thursday 13 September 2012

Kenapa dan Bagaimana....


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.”

[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

[Surah Al-Baqarah ayat 216]

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

[Surah Al-Baqarah ayat 286]

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”

[Surah Ali Imran ayat 139]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

[Surah Ali Imran ayat 200]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

[Surah Al-Baqarah ayat 45]

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…”

[Surah At-Taubah ayat 111]

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

[Surah At-Taubah ayat 129]



Tabahkanlah hati wahai diri..

Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..

Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..

Jangan kau ragui kerna ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..

Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..

Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..

Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..

Kuatkan aku Ya Allah!

                                 



syuhadasidek

                                           

BILA DIA TINGGALKAN AKU

baru petang tadi becakap soal mati dgn kawan2 kt ofis.. ps2 td trtgk satu page yg ustaz azhar kongsi sal kematian ni...bila bercerita soal ni timbul satu perasaan..perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..teringat arwah tok wan, tok aki, abang yang telah tinggalkan kami..mak selalu pesan, selalu la sedekahkan al-fatihah untuk diaorang..mak pun selalu cerita tentang arwah kt sana..kata mak " mak sedih bila dengar je takbir raya,diaorang  meraung2 nk naik atas sebab bawah sana diaorang kena seksa..bila dengar je takbir,diaorang nk naik2" macam mana la seksaan 2..waallahualam...tu la,bila duk pikir pasal mati ni,rase diri ni nk duk je dlm umh,tknk buat dosa..nk taubat setaubat-taubatnya..tp tulahh..niat baik tu biasa datang sekejap je..datang bila ingt mati je...ermmm...entah bila la diri ni pon nk taubat,jd insan yg betol2 ikut landasan islam dalam apa jua perkara..terutama bab aklak dgn ibadah..ishh2...nk cakap jahat xla jahat sangat,baik pn xjuga..org ckp suam2 kuku...tp tu la,nk jd org yg betul2 berima ni bukan senang dan bukan juga payah (susah)..cuma nk dgn tknk je...

aku sering terfikir, macam mana keadaan aku kalau aku kehilangan orang2 yang aku sayang..boleh ke aku terima semua tu..terutamanya kalau aku kehilangan mak dengan ayah..Ya Allah..xdapat aku bayangkan..hilangnya tempat aku bergantung kasih,tempat aku melepaskan rindu...tempat aku meluahkan segala cerita2 gembira dan sedihku..sesungguhnya mereka segalanya bagi aku...namun aku tahu setiap yang berlaku itu akan ade hikmahnya..dan aku berharap apabila peristiwa ini berlaku,aku dapat menerimanya dengan hati yang redha...

teringat arwah pok man van..arwah merupakan driver van yang selalu ambik aku n the geng mase kt poli dulu..bile nk hang out je kite org akn call pok man ni dtg amik..dalam ramai2 driver van,pok man la yg paling baik dn sporting..pok man suka tolong budak2 poli,termasukla geng aku ni..rumah sewa yang kite org sewa kt taman cina tu pon pok man yg tolong carikan..dan dengan pertolongan pok man juga la kite org dapat balik separuh duit booking rumah sewa puaka yang satu lg tu..sb 2,pok man kami anggap macam daddy kami,apa2 hal pok man mst ade,xcite sal nk p kelas lg,lau hari hujan pok man hantar kite org,van dia sorg je yg nk masuk sampai depan kelas kite org,driver van lain smua kt lua pagar je..tkdk mkne nk hantar sampai kt depan kelas..tulahh sifat pok man yang sangat2 aku suka..raup wajah pok man yg sentiasa terlakar dalam ingatan aku,senyuman dan ketawa pok man aku akan ingat..sebab dia aku anggap macam ayah aku sendiri...last day sblm cuti sem,dapat khbar berita yg dukacita pok man dh tkde..mcm xprcya..sb sehari sblm meninggal kami jumpa dia ok je..rupanya pok man meninggal sebab heart attack..masa nk balik terengganu,lalu la depan umah arwah pok man,tgk van dia,terasa sangat2..macam pok man still ade...yela pok man sentiasa ade dalam hati aku...tahun ni dh nk masuk 3 tahun pok man tinggalkan kami...Al-fatihah...


Kematian adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.

Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)


Wednesday 5 September 2012

pengakhiran episodku disana

28/8/2012..tarikh berakhirnya episod hidup ku di politeknik hulu terengganu..selama 3 tahun bersama teman2 perjuangan,pelbagai suka dan duka kami lalui bersama....pelbagai kenangan yang dapat kami kumpulakan tentang perjalanan hidup sebagai seorang pelajar...bermulanya kisah kami di Dungun..kampus sementara yang hanya menumpang di politeknik sultan mizan zainal abidin (psmza)..disini kami dianak tirikan...memang sedih bila difikirkan tapi sekurang-kurangnya kami dapat rasakan suasana kampus bila kami seiringan dengan pelajar2 lain..episod seterusnya kami dipindahkan ditempat asal kami, sinonin dengan nama poli kami..iaitu hulu terengganu..first time duk kt sini memang terasa asingnya bumi yg kami pijak ini.suasana kampus yang langsung tidak lengkap dengan kemudahan2 yg tidak mencukupi kami laluinya jua...walaupun sukar, kami harungi jua demi mencari secebis ilmu yang akan kami kumpul untuk dapatkan segulung diploma..setahun di kuala berang memberi kami pelbagai pengalaman dan pengajaran...episod suka duka yang kami lalui disini tidak sama seperti yang kami lalui di Dungun..namun kami berjaya harungi jua...itulah semangat kami..semangat yang kami kumpulkan untuk mencapai cita2 kami!!!

Harapan ayah dan ibu ak sematkan dalam ingatan..menjadi anak yang berjaya,yang membanggakan mereka,yang membahagiakan mereka...setelah 3 tahun menuntut ilmu,sampai masa untuk aku membuka episod baru dalam hidupku...masa untuk akau membalas jasa orang tuaku yang selama ini telah membesarkan aku,mengajar aku erti kepayahan dalam mencari sesuap nasi...tiba masa aku buktikan bahawa ilmu yang aku perolehi membawa dimana aku berada sekarang..ku tahu liku2 kehidupan yang masih panjang yang masih menanti aku dihadapan..liku2 yang sentiasa menunggu ak untuk aku mencoretkan warna hidupku...dengan itu,ku harapkan bahawa perjalanan hidup ku yang baru bermula ini memberi aku sinar yang akan membahagiakan ibu dan ayahku...walaupun aku bukan sehebat orang lain,namun aku ingin buktikan pada mereka2 bahawa rezeki bukan diukur pada pangkat dan darjat..bukan pada siapa diri kita...tapi dengan kepercayaan padaNya..rezeki itu sentiasa ada dimana jua...walaupun susah2 dahulu,namun percayalah Dia akan temukan kita dengan yag terbaik pada suatu masa nanti..kerana disebalik rancanganNya itu pasti ada hikmahnya..dan yang paling penting,kesabaran..jika kita sabar dengan setiap ujian yang kita lalui,insyaallah..Dia akan berikan kita yang terbaik pada masa akan datang...