Pilihlah pasangan yang sama-sama mahu belajar dan menimba pengalaman bersama..kemudian mahu berubah ke arah kebaikan dan kebahagiaan bersama
Hidup ini satu putaran..kejap kita di atas, kejap kita di bawah..Allah akan bagi kita rasa bila masanya untuk berada di bawah, dan satu-satu masa berada di atas..bila kita kata, kita hidup demi akhirat, demi mendapatkan syurga Allah..maka Allah akan menguji apa yang kita canangkan dalam hati kita itu..sejauh mana kita betul-betul inginkan syurga Allah, ingin melihat Allah, ingin duduk bersama-sama dengan Rasulullah di akhirat kelak..SEBAB itulah syurga Allah terlalu mahal buat kita..
Tapi kenapa diriku masih mengharapkan cinta dari seorang insan yang aku sendiri tidak pasti cintanya padaku....
Ya..sesungguhnya Dia yang memiliki segalanya...dan Dia yang menciptakan segalanya..oleh itu kita sebagai hambanya hanya mampu merancang dan dia yang menetukan segalanya itu...seteguh mana cinta kita pada ciptaanNya, jika Dia tidak megizinkan kita untuk memiliki apa yang kita hendaki maka itu semua adalah urusanNya kerana disebalik apa yang Dia atur untuk kita, tersimpan hikmah disebaliknya...
Mana mungkin hidup ini kita lalui tanpa seseorang disisi.....jiwa kosong disaat tiada orang yang sudi mejadi pendengar dan tempat untuk kita luahkan segala-galanya...namun ku tahu bahawa aku tidak keseorangan..aku masih mempunyai kekasih yang agung..yang sentiasa bersama dengan ku disaat susah dan senang...cuma aku sahaja yang kadangkala lupa akan kewujudanNya sebagai tempat untuk aku berlindung...
Aku tidak ingin menjadi manusia yang sanggup membakar diriku sendiri demi seorang lelaki,kerana aku tahu setiap titis air mata yang aku titiskan hanya memberi aku lebih kesengsaraan,namun dengan air mata itu juga dapat memberi aku ketenangan dan memberi aku kesedaran bahawa...bodohnya diri ini menangis kerana seorang lelaki..lebih baik aku menangis kerana dosa-dosa yang aku telah lakukan...oleh itu aku harus bangkit...kata pada diri ku 'takpe..mungkin ini ujian Dia untuk aku...dan mungkin Dia nk bagi aku yang lebih baik dari yang sekarang...'sambil pejam mata aku mohon padaNya agar hadirkan seorang yang lebih baik, sebagai pelegkap hidupku...
Oleh itu aku ingin belajar...belajar untuk melupakan...belajar untuk terima kenyataan..belajar untuk redha dengan segala ketentuanNya...belajar untuk mencintai diri sendiri dan belajar untuk lebih mecintai Penciptaku....
Kerana kesesatan itu membawa kepada sesuatu kegelapan..oleh itu aku buntukan cahaya petunjuk dariNya....saatku bertatih mencari petunjukMu, peganglah erat tanganku agar aku tidak terus jatuh dalam kesesatan itu....
Dan aku akan terus menunggu dan menunggu sehingga waktu itu sampai...sehingga waktu itu datang menjemputku...namun sebelum waktu itu sampai, kuingin lengkapkan diriku dengan selengkap-lengkapnya sebagai seorang muslimah yang sejati dimata Penciptaku..biar tidak dipandang oleh manusia tapi cukup sekadar dipadang dimata Ilahi...sesungguhnya aku bukanlah seorang insan yang sempurna sebagai hambaNya...Disebabkan itu aku memerlukan cahaya petunjuk dariNya agar diriku disirami dengan nur kasihNya...
Merenung dan muhasabah diri untuk seketika...renung kembali dosa-dosa yang pernah aku lakukan...dan terdetik dalam benak fikiranku masih adakah pintu taubat untuk diriku andai aku ingin kembali kejalanNya...
lalu aku terigat kata-kata seorang hamba Allah yang menyatakan bahawa tidak ada terma dan syarat dalam bertaubat...maka kenapa aku harus menuggu lagi disaat Dia ingin mengambilku kejalanya kembali..
Aku hanya HAMBA, selamanya kekal sebagai HAMBA Allah...
menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya dan cuba untuk menghidari dari segala laranganNya..semoga dia menjadikan aku seorang hamba yang sentiasa berada dijalan yang diredhaiNya...
TANYA DIRI SENDIRI :
"Kelmarin, semalam dan hari ini..apa yang telah aku lakukan untuk dekatkan diri dengan Allah?"
p/s : CINTAILAH Dia, AKRABLAH bersamaNya sentiasa..kelak diri akan DICINTAI DAN DILINDUNGI olehNya..
Saat terjaga dari tidur MENDENGAR AZAN..diri MEMAHAMI masih ada Peciptaku yang amat MENYAYANGIKU selain CINTA..kerana masih ada hari ini untuk aku...terima kasih Allah...♥♥
SyuhadaSidek
No comments:
Post a Comment