Sunday 27 April 2014

Kawan Teman Sahabat

Koran pernah tak rasa tiba2 rindu dengan seseorang yang dah lama ko tak jumpa..lepas tu ko rindu kenangan dulu-dulu dengan dia..??lepas tu bila ko jumpa dia selepas bertahun-tahun tak jumpa..ko jumpa dengan dia balik tapi versi baru, berbeza dengan dirinya yang dulu..

Tu la yang aku rasa..tapi sebenarnya perkara ni dah lama..tapi hari ni aku rasa tiba-tiba terlebih keju teringat kat dia..okehh..aku tknk cite panjang..aku create n3 ni khas untuk dia..cewahhk..gitu kekdahhnyerr..

Dia seorang sahabat yang sangat aku sayang,(mesti kembang semangkuk lau mung bace ni kan :p) tapi serius aku memang sayang dia..sebab dia dengan aku dah macam adik beradik..sampai ayah aku dah angap dia macam anak angkat dia..(dia anak yatim taw,aku bangga dengan mak dia taw)aku kenal diri dia yang sebenar..dia tak perlu hipokrit untuk jadi orang lain dalam bersahabat..dia tunjuk diri dia dalam pelbagai sudut..walau kadang kala dulu aku rasa bosan dengar dia beceloteh macam bertih jagung tapi tu la yang buat diri dia lain dari kawan-kawan yang lain..no wonder la memang ramai yang suka dia..suka berkawan dengan dia..

Aku just nak cerita kisah perjalanan dia yang aku rasa aku nak ikut..tapi belum pasti aku begitu cukup kuat untuk ikut..tapi pesan dia pada aku yang akan aku ingat " perlahan-lalan" ..apa yang perlahan-lahan..biar la aku dan dia yang tahu..

Kami bersahabat dari kecik lagi,dari aku masuk Pasti Al-Fuqan,masuk sekolah rendah sama-sama,sekolah menengah sama-sama..lepas tu terpisah bila aku dapat sambung study kt Poli dan dia dapat ILP lepas tu sambung study kt Melaka..Namun persahabatan tu tak pernah terputus..bila time cuti kami akan hangout lepak kt Pantai Pandak (tempat lepak pebret aku dengan dia kat kampung),atau dia akan datang umah aku lepak kat pangkin depan umah tak pun lepak dekat dapur..dah namanyer perempuan..kalau dah jumpa memang macam-macam gosip keluar...sampai kalau mak dengan ayah aku tengok pun, boleh geleng kepala jerr..hihi..
Satu yang aku suka berkawan dengan dia ni,aku bebas bersuara..kalau aku nak kutuk, aku kutuk jer..dia pun sama..kalau dia rasa nak komen dia komen jerr..tkde hipokit nyerr kami..

Bila dah masuk alam pekerjaan,kami betul-betul berpisah..even masa tu dia still study aku dah kerja..so masa ni kami memang dah tak jumpa..tak silap hampir 2 tahun..hari raya pun xjumpa sebab aku sendiri yang sibuk..dia pun sama kot..jadi bila ader masa aku free dia yang sibuk..bila aku sibuk, dia plak yang free..so halangan untuk kami jumpa sentiasa ader..last aku datang raya umah dia pun tak silap tahun 2011..masa tu dia masih Noraini yang sama..sampai la aku jumpa dia tahun lepas the 'difference' Noraini..tapi Alhamdulillah..aku sangat bangga sebab adernyer seorang sahabat yang cam gini..(bila la aku nak jadi cam gini.. :p)

Serius aku cakap dengan korang..kita boleh berkawan  dengan semua orang yang kita rasa boleh buat kawan..tapi untuk cari kawan yang betul-betul nak bawak kita ke Syurga belum tentu ader lagi kan...Dalam ramai-ramai kawan, aku rasa Noraini jer yang menegur aku..(korang2..tegur la aku kalau korang rasa aku salah)serius mula-mula aku langsung tak terasa dengan teguran dia,tapi bila aku fikir balik..aku yang segan..aku rasa apa yang dia cakap ade betulnyer..

So aku respect Noraini sebab dia berubah ke arah kebaikan..aku respect dia sebab dia kuat dengan ujian dan dugaan dari mulut-mulut cabul yang kutuk dia dalam berubah sampai la dia teguh berdiri jadi diri dia sekarang..Aku tau banyak lagi ujian yang akan ditempuhi bila dah berubah kan..Tapi aku yakin,dia dah dapat pedamping yang aku rasa boleh bimbing dia ke jalan yag dia nak pergi..Sebagai seorang sahabat yang dah lama berkawan dengan dia, aku kenal peragai dia..aku kenal sikap dia..Tak kisah la dia berubah sebab per as long as dia berubah untuk jadi muslimah yang lebih baik..jadi perlu ke bangkang dia,perlu ke kutuk dia,perlu ke memandang sinis dengan pakaian dia..Aku anti dengan orang-orang cam gini..Tiba-tiba teringat kisah Lisa..

Yerr,dulu kami bukan budak baik yang package muslimah tu,kami laroo dalam dunia kami yang suka lepak bergosip pasal orang,geng baju lengan pendek tudung singkat yang nampak  dada..tapi kami juga bukan budak jahat yang buat perkara-perkara yang negatif..dan dia berubah untuk jadi lebih baik tapi aku tetap aku..hidayah tu milik Allah,aku pun tak mampu persoalkan tentang ini..dia yang berikan hidayah  tu pada setiap hambaNya..namun sebagai manusia juga kita bukan hanya menuggu tapi kita juga perlu mencari right..yang penting hati kita kan..(aku taknk la cakap bab ni, sebab diri aku pun belum cukup betul,kalau aku nak berubah aku kena betulkan nawaitu dulu yerr dakk.. yang penting istiqamah)..

Lepas 2 tahun tula,aku jumpa balik dia last year..macam tak percaya aku jumpa dia bukan kat kampung tapi kat KL..dia dari Melaka,datang bercuti umah makcik dia kt KL..
Ingat dia sorang jer..tapi dia masej aku,cakap angkut incik tunang sekali..lepas tu incik tunang dia plak angkut kawan dia sorang..aisayy mann..tapi aku ok jerr..janji aku leh jumpa dengan dia..kann..
masa ni aku tak tahu lagi dia dah berubah..sekali jumpa makkk aiiii..kawan aku ke ni...hihi..(perasaan korang bila tengok seseorang yang dah lama ko tak tengok lepas tu jumpa balik dgn versi yang baru) tekeju,terkesima,dan tak terkata..tula reaksi aku..hihihi..

So kami lepak kt KLCC..aku dah janji nak belanja dia lau kami jumpa..sebab aku dah kerja dia still student..so mohh la kita berjimbaa sambil story dengan tajuk 'macam mana dia yang dulu boleh tranform jadi dia yang sekarang' dan 'how she meet the guy'..hihihi.
.
Banyak benda yang aku pelajari dari kisah dia,tapi aku belum cukup  mampu nak adaptasi dalam diri aku..mungkin aku belum cukup kuat..kisah kami lebih kurang rupanya..cuma persekitara dia lebih baik,berkawan dengan orang yang membawa dia kejalan yang lebih baik dan bertemu jodoh melalui istiqarah yang dia amalkan..
(sayang,aku doakan kamu istiqomah dalam hidayah ni,dan aku harap kamu juga doakan yang terbaik untuk aku)

Awal bulan March,sekali lagi aku rasa kehilangan..First time aku rasa macam ni,masa bff aku nak khawin..aku rasa cam gini bukan sebab aku jeles jodoh dia dah sampai..tapi aku sedih sebab nanti aku fikir lepas Aja dah khawin mesti kami dah tak boleh jadi macam dulu..Aku faham bila dah jadi isteri orang,korang tkkn bebas untuk buat sesuatu perkara ikut kepala korang kan..macam aku dengan Aja,kepala gila2..kalau dah lepak tu memang tak ingat nak balik umah awal..so bila dia dah khawin, aku tahu aku hilang geng lepak..

So sama juga macam Noraini..kalau Aja Bff aku Noraini pun sama..Bila aku tahu Noraini nak tamatkan zaman bujang dia dalam waktu yang muda (bagi usia geng2 aku) tersangat la aku rasa kehilangan,dan lagi aku sedih masa wedding dia aku tak pergi..bukan sebab aku sengaja tknk pergi..tapi disebabkan bajet aku memang tak cukup nak balik kampung banyak kali dalam sebulan, jadi aku ambil keputusan tak balik untuk semua wedding member aku yang khawin bulan march..untuk keadilan semua pihak..tu kekdahhnyerr..

Nak dijadikan cerita, hari wedding dia aku boleh lupa..petang tu baru aku ingat..walaupun jauh aku belum cukup kejam untuk terus lupa,malam tu aku terus keep in touch dengan dia..so, aku dengan rasa bersalah try call dia malam tu juga..tapi sayang dia tak angkat (merajuk ke??) fikir punyer fikir..opppss..silap timing daaaaa..aku g kacau first night orang..hehhhhh.. so aku just text kat dia dengan rasa bersalah..
'Barakallah sayang..semoga bahagia ke jannah'
tapi seminggu juga dia diam jer..aku pun masej akak aku kat kampung.. 

'Noraini tak replay masej aku,call pun tak angkat..ye ngajuk dengan aku kot'

'ye tkdk masa lagi kot..campur letih dgn kenduri lagi..bagi ye masa..nanti ye contact la mu'

Lepas baca masej akak aku tu,lega la skitt..terus fikir positif..lau korang nak tahu,aku ni jenis lau rasa bersalah dgn kawan-kawan, mesti aku update kt akak aku ni..sebab akak aku ni memang tempat aku luah perasaan..sampai kadang tu balik kampung aku tak boleh selfish..kena bahagi jadual datimm..kalau aku lebihkan kawan-kawan dari akak..kompen aku akan kena bakar dengan dia..hehhhh...


Seminggu lepas tu baru la Noraini masej aku..korang nak tahu dia masej aperr... 

'aku ngajuk dengan mu' 

Aku bace masej ni,terus senyumm..(lega sebab dia tak terus senyap)maksud nyerr tekaan aku betul la..ok aku mengaku,aku salah..dah la tak balik dia khawin..lepas tu aku boleh lupa plak nak wish awal2...Sorry sayang..aku betul2 tak sengaja...

Tapi serius aku rasa bersalah..aku takut putusnyer persahabatan kami sebab aku tak attend kenduri dia..tapi aku kenal dia,merajuk tu harus la kan..kalau aku pun kompen cam gini..lagi teruk ader la kot..hihi.. 
Jenuh gak la aku pujuk dia..cehhhhh..

So sekali lagi aku wish untuk dia selamat pengantin baru walau pun dah sebulan jadi isteri orang..hihihi..special n3 ni aku create untuk dia sebab rasa bersalah tak attend kenduri dia disamping aku betul-betul teringatkan dia..



p/s: bosan kan bace n3 yang ntah pape lepas tu kosong dengan gambar..hehhh..aku nak tepek gambar tapi kena la respect hak sesama insan yer dakk..so aku bagi korang dengar lagu ni..khas untuk mu wanita2.. (sape la yang tknk jadi wanita syurga kan..semoga kite2 ni pun bakal jadi wanita syurga hendaknyerr)






Untukmu sahabatku,kawan-kawanku teman-temanku..korang adelah insan yang  pernah hadir dalam hidupku..yang memberi aku pelbagai rasa..korang tak pernah menjadi musuh atau insan yang akan aku benci atau memendam rasa selamaya..malah mungkin akan menjadi sahabat yang akan aku sayang hingga ke syurga..semoga persabatan kita kekal selamanya walau mungkin suatu hari nanti jarak yang akan memisahkan kita..tegurla aku jika aku salah,sambut la tangan ku saat aku terlepas..gemgam la tangan ku jika aku rebah..kerana aku bukan insan yang sempurna,aku cuma insan yang lemah yang sering terguris rasa,terkasar bahasa..(tetiba felling camgini)






Friday 25 April 2014

Opppsss terlupaa daaaa...

Aku rasakan badan aku sejak dua menjak ni macam dah naik jer..mana tak nyerr..sekarang dah asyik makan nasi jerr..lepas tu bekpess makan kemain lagi ko...dulu ader juga makan oat..sekarang dah stop, nak mula balik macam tkde mood lagi..hohoho..Macam minggu ni aku plan ingat dalam seminggu nak makan nasi sekali jerr...tapi kita hanya merancang Tuhan yang menentukan..yer dakk..disebabkan penangan nasi BAJET 3 kali aku dah bedal nasi..harrrr..macam mana nak diet???(diet la sangat)macam semalam, ingat nak makan laksa jerr..tapi tak kesampaian..brader yang jual laksa tu tutup kedai..so terpaksa la makan nasi..hehhh..nasi BAJET lagi..nasib la nasi tu lauk pebret aku..ikan keli..dari study lagi memang aku suka benor ikan keli ni..tak kisah la ko nak cakap 'lama2 muka aku jadi macam ikan keli'..pokoknyaa gua memang suka...titikkkk..

Okeh aku sebenarnyer taknak la cite sal diet..ko tengok tajuk aku pun dah jauh menyimpang yerr dakk..k laa,taknk buang masa..sebenarnyer aku nak story dengan korang satu benda ni harr..tadi duk on9 tiba2 tengok member aku post something yang buat aku sentap lepas tu cepat2 aku type n3 ni..hohohoho..

Minggu lepas aku berjimba la ke IKEA teman akak aku shopping barang2 rumah dia (akak dari Terengganu)..datang jauh2, IKEA juga la dia cari..hishhh..sejarah akak2 aku ni memang hantu barang IKEA..lau dorang datang sini memang tak sah la lau tak buat lawatan kt IKEA..Sampai ader orang tu almari kasut pun dia nak angkut sekali..ishhhh..nasib tak jadi sebab tkde stokk..hahaha..tapi lau teko air,sudu,senduk pun dia angkut sekali memang tak leh nak cakap ap la..macam kt Terengganu tkde jer kekdahhnyerr..

Aku: mung ni abis barang nak beli..macam la orang pegang cawan umah mung nati ye tengok bawoh..
Akak: IKEA kan.. (sambil sengih2) 

Serius aku mula-mula memang hairan gilaa, apa jadahh yang menarik sangat barang kt ikea ni sampai akak2 aku teruja sangat nak buat koleksi senduk,pinggan,jag air IKEA ni,sampai balang gula pun nak IKEA punyerr.. (@______@)

Tilik punyerr tilikk..ok fahamm..ader la menarik nyerr..barang dia lain dari yang lain skitt..orang cakap style tu penting..style owangg putihh kater nyerr..ala2 english style gtuiii..lagipun rege dia pun tak de la mahal sangat..berpatutan dengan kualiti ok la kan..cuma lau perabut tu mahal la kot..korang jangan nak bandingkan senduk pingan magkuk dia dengan kedai dua henggett plkk..memang tak patut la kan..
So alkisahnyer, tak boleh banyak bunyi lau ikut depa ni shoping barang dapur..nati dorang pangkah aku balik " ko pe hal suka sangat baca novel..apa yang best??habis ke pitihh jerr"
harrr..macam mana aku nak jawab lau hakak2 dah kua ayat bommm cam gitu..so redha sajerr... 



 Nie design bahagian ruang makan..aku suka perabut2 kat sini..hihi

Cuma buat masa sekarang (sebenarnyer dah minat skit2)aku jerr yang tak minat sangat nak join the club tapi lau dah khawin nanti lain cite la yerr dakk..harus aku pun macam dorang kott..hihi..lau korang teman mak2, akak2 korang datang sini,bagi yang tak minat tu takyah masuk la..wt penat kaki jerr jalan..better korang g lepak kt The Curve tu harr, sebut sal The Curve sekarang butik WOJ (women on Jannah) dah buka taw kt sana,ni  pun kak Ija bagi tahu..So sape2 yang minat dengan pakaian muslimah boleh la pergi..(tetiba jer promote butik..hehhh)

Macam aku ni,dalam tak minat barang ikea pun tapi ader juga dalam kepala ni satu barang yang wajib aku nak cari..nasib la jumpa benda alah tu..tapi kalau dah namanyer perempuan..kalau shoping tu jangan cakap la satu barang jer yerr dakk..memang akan terlebih la..haha



Harrr..ni la citer nyerr..kemain lagi panjang aku duk bebel kat atas..sebenarnyer aku nak bagi tahu ni jerr..lepas korang duk syok2 tulis item yang korang shoping tu jangan lupa yer pulangkan pensil dorang..hihi.. 
Sebenarnya aku pun tak terpandang note ni masa kt sana..picture ni pun aku jumpa dalam Fb member aku..dia yang upload..baik  punyerr caption dia "tengok nota ni cepat2 sorok dalam handbag"..hahaha..nampak sangat ramai yang curik pensel IKEA kan..kihkih..

Salah seorang nyerr aku la tu..ehh tapi niat asal bukan nak curi tw..aku syok2 duk tulis lepas tulis ingat pegang pen..terus la letak dalam handbag..hahaha..lepas tu nak balik jumpa plak satu lagi pensil kat tempat parking..sape ntah yang buang..jadi aku yang tak sampai hati nak tengok pensil tu kena pijak dengan kereta..hohoho..so aku kutip la masuk beg..hihihi..jadi dalam beg aku ader 2 batang pencil IKEA..jadi bila terbaca nota ni haruss la aku sentapp..yerr dakkk...dah kira macam aku ni curik pensil tu plakk..


                        


Next time kalau datang kena jadi budak baikk..hihihi..ohh yerr..aku ader terjumpa pensil ni dalam pensil board akak aku,maknanyer dorang pun lebih kurengg macam aku la yerr..kaki rembat juga...haha...
So guys, let's help they to save the environment..memang tak dinafikan IKEA ni memang betol2 jaga kebersihan..even korang pergi part mana-mana pun mesti jumpa 3 serangkai tong sampah yang mesra alam tuhh...betol mesra alam la..tapi tang kena pulangkan pensil tu aku tak tahu la pulak macam mana dorang nak save enviroment..kalau cakap save bajet dorang aku faham la..hihi..kot2 la IKEA jadi bankrup sebab korang curi pensil dia kan..hohoho...


Tuuuu diaaaa..sempat lagi koo selfie2 yerrr..dah bosan tunggu orang shopping kite selfie la dengan budak encemm ni..tapi serius budak kecikk ni tak duduk diam betoll..ko tengok dia main apa tu..tisu pun nak main ke dikk??kan dah napak muka ucu jerr..aishhh...





Lepas aku umpan dengan coklat baru la nak duduk diam...budak ni ader penyakit taw..penyakit nyerr bila kua shopping dia tkkn nak dengan aku dan abah dia kecuali ibu dia..nasib la kak..memang tak senang la ko nak shopping yerr dakk..tapi cuba lau kat umah..aku tengah tidur pun dia g kacau..siap korek2 hidung aku,duk atas perut aku..nak suh nyer aku bangun main dengan dia...i misss u baby...muahhh 3 tepekk..



Kalau datang sini jangan lupa try karipap gergasi yerr..hihihi..k lahh, nak strory tu jerr..baibai..


p/s: petang ni nak jumpa budak encemmm lagi..semalam baru sampai sini..3 hari lepas baru jer balik lepas tu datang balik sini..




Thursday 24 April 2014

Resepi Pavlova yang Mudah

Tengah-tengah duk goggle resepi terjumpa la resepi ni yang paling mudah dan simple..cari jerr resepi..masak nyer idokk..hahaha..aku kan suka goggle2 dulu..time2 mood rajin nanti aku buat la..hihih
Okehh ni aku nak cite sal resepi pavlova..tapi bukan aku la yang masak..petik dari blog cik epal..dan gambar sumber dari goggle..biasa lau kat kedai kalau beli satu slide mahal juga la kan..so meh kita try buat satu loyang boleh makan seisi keluarga.. :p




Korang pernah buat tak benda alah ni..nama nyer pavlova..(ehhh..macam ulang benda sama jerr..:p) tipu la kalau korang cakap tak tahu kan..aku pernah makan sekali,tu pun akak yang order suh orang buat..lepas tu dia try buat sendiri tak sempat aku nak rasa sebab jarak memisahkan kami..hohoho..aku ada juga niat nak try buat sendiri..tapi bila goggle cari resepi selalu macam leceh jerr..harr hari ni aku jumpa resepi dari belog Cik Epal..tersangat la mudahh okehh..tkde la leceh macam  bahan yang aku biasa tengok tu.. so balik kampung nanti boleh try buat hidang kt family..hehhh..kompen licin lau dorang makan..tak kira sedap ke tak..haha..kat sini tak boley nak buat sebab tkde oven okehh..
hokeyy akak2 semua..ambil kertass..adikk gojeng ni bagi resepi Pavlova yang mudah dan simple..di copy n pasta dari Cik Epal..hihi

Bahan-bahan nyer adalah (bahan untuk meringue okehh)

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka masam
1 sudu teh esen vanilla

Untuk topping: 

1/2 cawan wiping cream (aku nak pakai jenama value pride..SEBAB Cik Epal cakap brand ni rasanyer macam ais cream dah..takyah ko sush nak buat topping sendiri dan paling penting takyah letak2 gula dah sebab dah manis..) 

Untuk hiasan: 

Buah stoberiii @ adikberadik beri2 laa..
buah kiwi 

Simple gila bahan dia kan.. 

Cara-cara nyer pun korang just campur semua bahan meringue tu then korang mixx kan dia..pukul sampai berkilat..lepas tu nak tahu dah ok ke tak, korang tengok macam dah pekat tu ok la..
lepas tu letak dalam loyang dan bakar pada suhu 150c selama 15 minit..
kalau nak lebih detail korang boleh pergi melawat ke sini yerr http://cikepal06.blogspot.com/2012/10/resepi-pavlova.html#.U1jNGFWSzbN
 
Amboi2 awal gila plan nak masak kan..masak pun idok lagi tapi dah bagi resepi..hihihi..biasa la..aku kan terlebih excited bila bab makan ni..jadi aku tepek dulu siap-siap resepi kat sini..nanti nak buat tinggal buka tengok jerr lau lupa..mudah kan.. diasamping tu korang boleh la try buat dulu..lepas buat tu mai hantar umah aku skit bagi aku rasa jadi ke idokk..haha.. (bajet macam aku dah buat jer ye dakk)... 



Monday 21 April 2014

D'kayangan Steamboat

Tiba2 hilang plk idea nak intro..ce wahhh...k lah straight to the poin..Nie cita malam tadi..meh aku kenalkan korang dengan satu tempat makan steamboat yang best kat area shah alam..bagi aku la..

2 hari 1 malam betapa di Puchong,dan demi melayan nafsu makan akak aku yang datang dari jauh..jadi malam tadi sebelum dia hantar aku balik umah sewa, kami singgah makan dekat D'kayangan Steamboat yang terletak dekat seksyen 13..kemain cun dia bodek aku suh belanja dia dengan lakik dia kan..lau ikutkan aku nak belanja kat bistro mamat jer..:p tapi disebabkan adikmu yang baik hati ini,tak sampai hati tengok muka akak aku yang teringin benor nak rasa steamboat grill tuhh jadi moh la kita pergi yerr..lagi pun tuan tanah kedarah ni pun teringin juga nak makan..hihi..

Ramai yang cakap kat sini best..salah satu sebabnyer aku pergi sini sebab tengok bloger terkenal Irene dengan Yuyu Zulaikha pun pernah datang sini..so mehh la kita try..sedap ke idokk..dan tempat makan ni pun pernah jadi pilihan jalan-jalan cari makan taw.. ni pun aku tahu sebab akak aku la yang terpandang benda alah yang Jalan-jalan cari makan tu bagi tergantung kat depan dia...




Nak cari tempat ni punyerr la pusing ketam kiteorang..abang ipar aku cyap pasang GPRS lagi takut sesat nak g seksyen 13..malu pulak nak cakap iolsss tak pandai nak bagi direction dari puchong ke seksyen 13 ni..jadi nak selamat iolsss suh la abg ipar iolsss pasang GPRS cyap2..hahaha..dah sampai seksyen 13,satu hal nak cari tempat ni..adoiiii..punyer la pusing2 rupa2 nyer duk kt belakang jer pun..aku siap call lagi brother kedai ni tanya kat mana tempat dia ni..hihi..

Janji kul 8 nak datang,sampai sini kul 9.30pm ..masuk2 jer tengok kambing bakar dah tutup kedai..urhhhh..kecewaaa makkk..tak dapat nak merasaa..nasib la lain2 menu ader lagi...yang best masa aku datang ni orang dah tak ramai..jadi idok la teman malu nak angkut2 seafood penuh pinggang... 


Gambar ni ehsan dari mister goggle..kambing bakar..walaupun tak dapat makan ni so far puas hati la sebab keyang perut Allhamdulillah..next time kalau nak datang lagi kena datang awal2...



Pelbagai aneka bebola dan seafood yang korang boleh pilih..sayur-sayur pun banyak..tempat dia pun ok..korang boleh pilih nak duk kt luar atau kat dalam..make sure kalau korang datang weekend kena booking dulu sebab takut penuh..dah sampai sini korang makan la sampai lebam..tapi jangan tamak yer adik2 kakak2..nati kalau tak habis korang kena bayar..100gm Rm10.00..jadi pulun la sampai habis yerr..elakkan pembaziran..membazir kan amalan syaitonnn!!!


Dia punyer price ok la.ni pun perniagaan anak muda melayu..so lau korang tak support anak melayu kite ni sape lagi nak support kan..ehh2..cik adda ni sampai tokey dia pun tahu muda lagi..ehemm2..
Harrr..korang jangan salah faham yerr..iolss kan suka goggle2..so iolsss tahu la..hihi..korang nak no dia pun aku ader taw.:ppernah masuk paper taw tokey dia ni..satu yang aku respect dengan tokey dia ni, he is very humble guy..buat kerja macam dia ni pekerja2 tak macam tokey dah kekdahnyer..dari angkat pinggan,sapu meja,layan customer termasuk la kami..:p..ni la contoh tokey yang disukai oleh gadis2 diluar sana (tetiba jer kan).. okeh kat bawah ni harga dia..kalau korang nak pergi sila2 la yer..nak ajak aku lagi sekali pun boleh..:p
Dewasa : RM 33.00
Kanank-kanak : RM17.00 (5tahun ke atas)



Tengok muka orang kenyang makan steamboat..kemain lagi cakap nak diet..lepas tu cakap plak "abis la nanti muka aku naik jerawat makan seafood"...aderr aku kisahhh...hahaha..nak sangat makan kan..aku pun malas la nak fikir2 diet time ni..bedal jerr semua..balik umah sebelum tido dalam kepala esok macam nak puasa jer..cover balik yang makan tadi..last2 tkde nyer hari ni aku puasa..hahaha..

K lah korang..tu jer nak story..dah nak balik..tak sabar nak balik umah nak tidooo!!!rasa nyer dah dua minggu aku xcukup rest..lately ni weekend memang aku xlekat kat umah..so i need a rest..hekkk eleyyy..xcukup rest pun kecohh jerr...hohoho..almaklum la badan iolsss kan manja..xcukup tido pun dah rasa lemau tawww..:p

Sunday 13 April 2014

5 minutes

Okeh tkde mood lagi nak story panjang2..sebenarnyer banyak cite nak cite sal aktiviti petang tadi..tapi disebabkan rasa letih dan mengantuk..aku chau dulu la yerr..tiba2 rasa malas plak nak update..tapi satu perkara nak share dengan korang,jangan terlalu cepat menghukum seseorang...sebab kita mungkin tak tahu niat dia..tapi sentiasalah berfikiran positif..nikmatnyer ........tolong sambung ayat aku kasi habiss..
k baiiii...

Friday 11 April 2014

Just

Kita mungkin kenal luaran seseornag itu
tapi ita tidak tahu apa yang ada dihati seseorang itu melainkan Tuhan..
Kadang indah luaran tidak seperti yang ada dihatiya dan begitulah sebaliknya..
kita tahu ceritanya tapi kita tidak tahu kebenaran dihatinya..

Doakan aku yerr...

Thursday 10 April 2014

One Day Will Coming..InsyaAllah..Akan Teguh Berdiri..


Muslimah itu, 
terkadang gelak kuat tak henti, terkadang juga minum berdiri, terkadang sebelum tidur terlupa baca doa & ayat kursi, 
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri, 
terkadang  aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.

Muslimah itu,
terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil tersenyum tayang gigi,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi, 
terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun2 lagi,
terkadang rasa marah menguasai diri,
sampai rasa nak lembang orang tu laju-laju without mercy,

Muslimah itu,
adalah manusia biasa,
yang tak lari dari segala perasaan sebagai manusia,
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,

Kerana ap??
kerana dia juga manusia biasa. Apa2 pun, yang pastinya, muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh,
sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatiya sendiri remuk, sentiasa cuba nak improve diri dari semasa ke semasa tanap henti, walau terkadang dia tersungkur, itu buka kerana dia lemah, 
tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula, jadi kuat dari sebelumnya..
kerana dia berusaha untuk menjadi bidadari dunia dan juga di akhirat sana,
InsayaAllah :')






Wednesday 9 April 2014

LIES




Serius sentap dohh bace n3 ni(blog Mato, abang epic)..hahaha..thanks bro bagi tarbiah pagi2 ni...betul2 kena atas batang kepala hidung aku laaa...uhhhh..cam tahu2 jerr aku tengah angkat bendera putih sekarang kan.. :( ... 

Oraite korang mesti duk tertanya-tanya apa yang aku duk lalut kat atas tu kan..so mehh sini aku nak share dengan korang sal n3 yang aku bace kat sini (aku xpandai nak mention nama blog dia la) so aku petik jerr ayat dia, bagi korang bace ekk..(boleyy yerr abg Mato yang hemsemmm...hihihi..) 

jommm layannn...


Okay macam ni. Nak meng-list-kan beberapa jenis penipuan yang acap kali disebut dan dilafazkan dalam perbualan seminggu-mingguan (sebab takkan setiap hari nak menipu kot?)


Kalau ada yang macam terkena batang hidung, anggaplah ini dugaan dari Allah. Kalau yang tak kena batang hidung mahupun batang-batang lain seperti batang penyapu di dapur atau batang pembaris di atas meja belajar, bersyukurlah sebab anda bukan seorang penipu.


Aku Okay.

Rasanya ini penipuan paling universal memandangkan ia sangat terkenal terutamanya bagi kaum-kaum wanita di luar sana (berdasarkan kajian bahawa wanita seringkali rasa sedih dan puncanya adalah lelaki).

Repeat. Seringkali. Bukannya kalau sedih je confirm lelaki yang jadi puncanya. Boleh jadi result exam puncanya. Boleh jadi drama korea terlalu sedih yang jadi punca. Boleh jadi resipi masak tak menjadi. Boleh juga sebab tak dapat balik cuti.

Bukan nak kata lelaki tough (ada sedikit kebenaran di situ), tapi lelaki ni majoritinya sedih sebab lain.


Ya kita bukan nak borak pasal sedih.


Tak apa, kadang-kadang kita tak perlu tunjuk pada orang yang kita lemah. Sebab kekuatan seseorang bukan terletak pada siapa dia, tapi siapa Tuhannya.


Lepas ni kalau ada orang tanya, "Weh, enta okay?"

Maka jawablah, "Sesungguhnya kekuatan itu milik Allah. Maka jika Dia tarik apa yang Dia pinjamkan pada aku, siapa aku untuk menidakkannya?"


Wahaha! Isbir.

Yang ni memang betul kena atas batang hidung aku..rasa macam batu jatuh atas kepala pon ader..even sebab sedih tu memang 95% dari LELAKI..bila bff tnye mesti kate OK walaupun sebenarnyer KO..


Rupa tak penting, yang penting hati.

Ini antara yang sangat offensive.

Katanya rupa tak penting, yang penting harta agama.

Tapi bila nampak brader badan sado, muka berjambang, tinggi lampai (aku memang tak tahu taste perempuan jadi aku buat segala yang opposite dengan sifat aku ahaha) terus usha tak ingat dunia.


Kata tak tengok rupa tapi bila ada abang badan besar sikit, kulit tak berapa nak cerah, muka tak ada rupa-rupa mat saleh, berketinggian rendah (macam salah je kombinasi tinggi dan rendah diletakkan sebelah-sebelah), meskipun beliau terkenal di kawasan kampung sebagai muazzin setiap subuh. Walaupun suara beliau tak adalah merdu mana, tapi insyaallah agamanya terjaga, masih ada yang sudi? Ya, mungkin ada.

Kalau ada, alhamdulillah. Benarlah cinta bukan pada rupa, tapi pada agama.

Kalau tak sudi, okay tak apa. Dah faham dah.


Macam tu juga bagi lelaki. Rupa tak penting kononnya, yang penting hati.

Tapi bila nampak perempuan lawa, mata tak berkelip gak pandang.


Kalau dah fitrah lelaki suka tengok perempuan lawa nak buat macam mana?

Lower your gaze lah.


Tundukkan pandangan bukan mesej untuk lelaki saja, perempuan pun sama.


Hokey..yang ni tak terasa sangat..sebab yang sejujurnyerr aku memang nak yang cam gini la..tapi berangan jer la yerr dakk,so apa yang Mato cakap tu betul sangat2, pada aku pun agama tu penting..xkisah la rupa ko xhemsem even Mato cakap dia hemsemmm..perasannn dohhh..(walau sejujurnyer boleyy la :p) so bagi aku plak lau lelaki pada observation aku..memang betul sangat2..memang lelaki tak kan lari dari fitrahnyer suka tengok benda2 lawa kan..pls betulkan jika aku salah...


Best friend forever.

Maka ini boleh dikatakan sebagai penipuan paling epik.

Kalau setakat nak mengaku  bi ef ef, semua orang boleh, Tapi sejauh mana kebenarannya?

Allahualam.


Bila kita mengaku dia sahabat kita, maka ada beberapa perkara yang kita akan pastikan ia terlaksana.

1. Sebab aku sayang dia, aku doakan dia. Tanpa mengharapkan doa dia untuk aku sebagai balasan.
2. Sebab aku sayang dia, aku tegur kesilapan dia, bukan diam sebab takut dia terasa.
3. Sebab aku sayang dia, aku nak masuk syurga sama-sama dengan dia. Kalau dia tergelincir ke neraka, aku akan terjun untuk sambut tangan dia, untuk pastikan aku dan dia sama-sama berpimpin tangan ke syurga.

Epik.


Yang ni pun macam terasa jerrr...especially ayat no 2 dan 3 tu,..aku tak pernah pun terfikir cam tu..hmmmm..memang aku sayang bff aku,aku taknak dia terluka,tak nak dia sedih tapi aku tkde pun terfikir nak guriskan hati dia,even pernah jer aku tegur dia tapi sampai nak masuk syurga sama-sama dengan dia tak pernah terfikir pun..sorry yunk (my bff) n thanks Mato coz bagi aku teguran ni..


Aku tak ready lagi.

Ini biasanya ayat-ayat student pandai. Pandai memanipulasikan fikiran orang.

Bila orang main game sampai tengah malam, dia pun main game sampai tengah malam.


Bila orang lepak-lepak, dia pun lepak-lepak.


Tapi bila orang tidur, dia study sorang-sorang.


Sejam sebelum masuk dewan exam, member kata, "Aku cuaklah nak exam."

Beliau pun join sekaki kata tak ready lagi.


Tapi bila result keluar? Tudia. Gempak. 4 flat terus.


Aku dah ready.

Ini biasanya jenis-jenis yang suka sedapkan hati sendiri.


Beria yakinkan hati yang diri sendiri dah ready, sebenarnya satu persediaan pun belum dibuat.


Golongang jenis ni biasanya masa buka paper exam, baru rasa menyesal kenapa tak study awal-awal.


Yang ni memang betul2 kena atas batang hidung..ni kenangan masa study dulu..hahaha..aku rasa lau korang baca  pun mesti kena atas batang hidung sendiri kan..especially geng rumah puaka kan..chill la babe..aku pun terkena la..hihi


Kami mesej benda penting je.

Ini biasanya digunakan masa baru-baru nak mengayat.


Mula-mula minta nombor. Katanya nak bincang pasal subjek dalam kelas tadi. Gayanya macam dah tak ada member sejantina dalam kelas tu yang boleh diajak berbincang.

Tak apa. Sangka baik. Mungkin kelas tu ada dua orang pelajar saja.


At first, bincang pasal pelajaran.


Lepas tu bincang punya bincang, sampai lewat malam.

Bila dah lewat malam, soalan tu berubah kepada, "Eh tak apa ke ni awak tidur lambat? Dah malam sangat ni."


Esok-esoknya, soalan berunsur pelajaran berubah kepada, "Boyfriend awak tak marah ke ni saya selalu mesej awak?"


Bila dah tahu si perempuan dah tak ada pakwe, maka makin menjadi-jadilah kekerapan berbalas mesej.


Daripada soalan berbentuk, "Disc replacement surgery after umbilical hernia surgery,"

Berubah kepada, "Awak lapar tak? Jom makan kat luar. Saya belanja awak."

Berubah kepada, "Awak, kepala saya sakitlah. Tolong picitkan?"



Wahaha Mato cakap macam ada pengalaman.

Macam saja.


Yang ni sumpah aku terasa banyak..macam batu jatuh atas kepala,macam kena ketuk dengan periuk,kuali,senduk semua la..serius aku terasaa Mato weyyyyy,ayat ko perhhhh..3 in 1 bro... tapi apa-apa pun thanks sebab tarbiyah ni menyedarkan aku tentang kealpaan kita right..


Aku nak berubah esok.

Bila Allah hadiahkan hidayah, maka tak ada alasan untuk kita tangguhkan walaupun seminit.


Sebabnya apa? Sebab sekali kita bertangguh, bermakna ia akan jadi berkali-kali. Bila sampai hari esoknya, kita kata tak apalah, esoklah. Esok.

Macam contohnya, "Aku nak mula solat esok."

Bila esoknya, "Esoklah aku solat, penat sangat ni."

Dan esok serta esoknya dan esoknya lagi masih beri alasan "Esok."


Lalu sampai tiba hari dimana 'esok'nya tu kita dalam kubur. Baru kita menyesal. "Kenapa bukan semalam?"


Yang ni pun terasa juga..tapi tkde la terasa sangat..tapi terasa jugal la..sebabnyerr aku memang ade niat cam gini..tapi selalu tertanguh..hmmm..tapi contoh yang Mato bagi ni xkena  sangat la atas batang hidung aku...lain la lau dia bagi  contoh cam gini... 

Contohnyer, "Esok aku nak stard tutup aurat penuh,tak nak pakai tudung singkat2,baju ketat dah"
Bila esoknyer,  " alaaa..baju (saiz s) ni kena match dengan tudung ni la..(tudung saiz s) pakai jela..."

harr tu diaaa..lau contoh cam gini memang sentappp habiss la aku...tapi mana2 contoh pun sama jer konsep yer dakkk..nak berubah xperlu tunggu bila2..
nak cakap lepas khawin baru nak berubah ker..sebab fikir nanti suami tanggung dosa..tapi masa anak dara ni ko tknk plk fikir ayah kt kampung tu dah senget bahu sebelah tangung dosa ko kan...wake up girls (termasuk aku la ni)..cakap jer pandai..bila nak berubah nihhh..aishhhhh..

Cukup la 7 contoh yang aku coppy n pasta dari blog Mato tu..(thank bagi izin yer bangggg)

Even just, ramai jer yang buat cam kat atas tu kan..bukan aku sorang jer kott..so sape yang bace,sape yang terkena tu,so apa tindakan kita lepas bace semua tu..tkkn nak duk gelek vontot lagi kot..(sambil duk fikir2 ni)... 
                        
Ok la korang..tu jela kot nak story n nak share..apa2 pun hidup ni mesti ade arah dan tujuannyerr..jangan cuba2 untuk menipu diri sendiri,tipu orang lain..aicerli tipu diri sendiri tkpe tapi ko la yang sakit kan...
hidup jer dengan penuh kecerian...yang penting jangan lupa Dia..right..okehhh..cekedoutttt youpppp!!!!




Tuesday 8 April 2014

Jogging Kat Tasik Titiwangsa

Asal masuk petang jer mata mula ngatuk,asal perut kenyang jer mata mula ngantuk..
aishhhh..kenapa la cik Tan (syaitonnn) ni suka sangat bergayut kt mata yerr dakkk...bergayut la kt vontot ada juga pekdahnyerr...hihi..

k lah,tknk buang masa..aku nak story sal aktiviti riadah weekend hari tu..lama gila tak jogging (dalam sebulan juga la kot) tu pun sebab cuaca xmenentu..so sekali stard jogging balik semput makkk..2 hari sebelum tu pun aku ader juga pergi gym..saje teman member..so boleh la aku join skali..masa workout tu,memang best gila arr..xrasa lagi sakit2 sendi tu..balik umah bangun esok pagi ..perhhh..baru terasa penangan nyerr..lenguh habis kaki aku..tapi nasib la tak berlarutan sampai 2 hari..

Oraite..back to the story...n3 lepas aku ade cakap aku g Tasik Titiwangsa kan...so weekend hari tu aktiviti riadah aku ke sana la..jogging kat sana...dah lama nak g sana..tapi tkde orang bawak pun..sampai pernah aku terfikir nak g sendiri naik lrt ke sana,saja jejalan..sambil nak naik horse riding..tapi sorang2 memang xla nak p kan..lain la lau ade geng bas sekolah tuhhh..(miss u guys)..ni la susahnyer aku sorang jer yang tercampak kat area shah alam..kan dah tkde geng bas sekolah...

Nak dijadiakn cerita nyerr,hari ahad tu ade la member aku ni ajak p sana..cyp tanya "pernah jogging kt tasik titiwangsa tak?"..ohhhhh..aku bila dengar jer soklan tu, mata terus kua bintang..*blinkblinkblink*... terus jawab "tak pernahhh,kenapa?nak g jogging kt sana ke?" dia pun apa lagi "jom jom..jogging kt sana,lepas asar sy datang ambil awak"... kecik tapak tagan sebesar stadium bukit jalil aku tadahkan..hihi..so petang ahad tu sampai la kami ke sana..

Sampai2 tu,macam nak hujan jerr..muka aku pun dah mendung..kecewa la..datang jauh2 xleh jogging sebab nk hujan kan..dia pun cakap la.."jogging jer..ade jer orang jogging tu harr..lagipun hujan rintik2 jerr.." aku pun ap lagi terus pandang kt depan tengok ade ker orang jogging..a'aah laa..ade jer orang jogging..ramai jerr..aku pun dengan semangat nyer jalan laju2..hihi..

Tkde la hujan pun..gerimis jerr..so kami pun meneroka la keindahan tasik ni dengan happy nyerr...
Serius tasik ni memang best..persekitaran yang luas..banyak aktiviti riadah yang korang boleh buat..ade aktiviti kayak,ader bola dalam air tu yang korang blh duk dalam bola tu(alaaa lupa nama ape), ader horse riding (tapi masa ni tkde kuda maybe pagi jer kot), ade tempat khas untuk skate board dan roller blade juga taww..keluasan yang aku agak lebih luas dari tasik kota kemuning..aku sempat 2 round jerr..tu pun kejap jalan kejap belari.. ader orang tu cyap nak beg dengan aku..lau aku berhenti kena belanja dia makan..hahaha..aku nk berhenti memang tak la..(sambil dabik dada :p) last2 dia yang stop dulu...aku menang...hahaha..saja nak bagi aku menang ke?? :p



See???? pemandangan yang osemm...aku pasti lau malam lagi cantik ni..yang penting menara KLCC tu nampak okehhh..member aku cakap lau pagi lagi best jogging..sebab tkde la ramai orang sangat..macam lau korang p petang,ramainyer datang lepak2,datang wt date..bukan nak jogging pun..huhu..



Yang pasti lau umah aku dekat area2 sini mesti hari2 aku jogging..winkkwinkk..make sure korang lau nak jogging kat sini datang awal skit ekk..lau tak,packing memang penuhh..terpaksa ko menapak packing kt lua n then kena jalan la jawabnyerr..sini memang ramai orang..

Akhirnya impian aku tercapai juga nk jejak kaki kt sini..hihi..walau diikut logik akal jauh gila datang jogging..ko bayangkan lau dari Shah Alam ke KL dalam 45 minit..tapi sebab "semangat"
aku rela..walau bukan aku yang drive.. :p
K lah..tu jer nak story..next time lau korang nak pergi jangan lupa ajak aku ekk..aku tolong tunjuk jalan pun tkpe..hihi..tapi lau nak g jogging kt Setia Alam pun bagi taw juga..sana pun best juga..(orang cakap la...).. orite..cekedoutttt dulu yerrr...

p/s:petang ni ader date lagi nak g gym..adoiiii..kadang2 rasa malas plak..tapi bila fikir balik..semangat adda..semangat..chayok2.. k baiii...



Wednesday 2 April 2014

Iklas




"Di mana letaknya ikhlas?"

"Pada niat."

"Macam mana nak tahu diri kita ikhlas?"

"Bila kita tahu kita tak perlu kata 'aku ikhlas' selepas buat sesuatu."

"Selain tu?"

"Bila kita tak mengungkit."

"Ada lagi?"

"Bila kita tak merungut."

"I need more."

"Bila hati kita terasa lapang."

Jadi selama ni dia tak iklas la yerrr..
Dia selalu cakap iklas ......
Tapi hakikatnya............(^___^)

Yer sesungguhnya iklas itu tidak perlu diucap..tapi kadang-kadang perlu diluah pada orang yang buta hati menilai keiklasan seseorang...