Muslimah itu,
terkadang gelak kuat tak henti, terkadang juga minum berdiri, terkadang sebelum tidur terlupa baca doa & ayat kursi,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri,
terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.
Muslimah itu,
terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil tersenyum tayang gigi,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi,
terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun2 lagi,
terkadang rasa marah menguasai diri,
sampai rasa nak lembang orang tu laju-laju without mercy,
Muslimah itu,
adalah manusia biasa,
yang tak lari dari segala perasaan sebagai manusia,
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Kerana ap??
kerana dia juga manusia biasa. Apa2 pun, yang pastinya, muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh,
sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatiya sendiri remuk, sentiasa cuba nak improve diri dari semasa ke semasa tanap henti, walau terkadang dia tersungkur, itu buka kerana dia lemah,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula, jadi kuat dari sebelumnya..
kerana dia berusaha untuk menjadi bidadari dunia dan juga di akhirat sana,
InsayaAllah :')
No comments:
Post a Comment