Tuesday 29 October 2013

Cerpen: Aku & Dia dah putus




Assalamualaikum

“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai.
separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnyatiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “


~ikhlas~

Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak?
Mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit.

Kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?
Mungkin boleh disamakan macam berperasaan.
Katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik.

Bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.
Kecewa tak?
Mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?

************************************************
Tarik nafas...... sebut nama Allah sejenak. pejam mata.

Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa?
Orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?
Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu.

Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah.

Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya.

Tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.
kunfayakun (jadi maka jadilah)
Ikhlas lah. Ikhlas itu melegakan! :)



Thursday 3 October 2013

CERPEN: Antara Dua Cinta




Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di uia gombak. Sangat tenang.

Mata beralih ke screen laptop. Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.
Tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang.
“oow, dah pandai bercinta ea sekarang..” ina menegur.
“bercinta? Mana ada.” Soalku kehairanan.
“tu, kat laptop tu apa? Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah ina lagi
Aku tersenyum. Pipi terasa panas.
“tengok, muka dah blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.
“Kau la, yang ajar aku bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau kenalkan aku dengan dia” aku menambah.
“aku rasakan  bila orang dah angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.
Aku tersenyum lagi. Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.
“ok, aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list aku.”
Ina memanjangkan muncungnya. “ ya, aku tahu. Aku mesti  takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.
“breakfast jom. Aku buatkan nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni. Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.
“okey! Aku masakkan air ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.
Aku tersenyum.
Aku masih ingat waktu aku tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.
Aku terpana, aku tengok Ina bukanla budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi. Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta tu…
Ina memandangku kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.
“Aku tengok kau sebagai budak yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu yang bercinta tu..” aku menyoal.
“bercinta tu apa?” Ina menyoal.
“bercinta tu haram.” Jawabku pendek.
Aku tahu bercouple itu haram walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul. Tapi aku abaikan semua itu.
Ina ketawa.
“cik adik sayang, bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.
“jadi, Ina sekarang bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi
“cinta pada Allah. Pada Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.
“tapi, bahagia ke?”
Padaku kalau ada teman lelaki, setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.
Ina tersenyum lagi.
“ ya, aku akui yang aku selalu saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.
Tapi cinta itu fitrah. Jawabku lagi.
“ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya.  Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.” Kata Ina panjang.
Aku mengangguk angguk tanda setuju.
“tapi, siapa nak pujuk kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi
Ina ketawa lagi menampakkan lesung pipitnya.
“Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat  40 kalau tak silap. kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ali-imran juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.
“ya la, family aku selama ni pun bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.
Ina tersenyum. “tahu takpe”.
“dan yang teman aku pergi klinik, bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang “Jawabku lagi.
“tapi Ina, bukan senang nak break up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kta cinta mati ni. Mungkin senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina, sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.
Ina tersenyum lagi “ aku bukan suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off. Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku, aku pun terkejut dan memberontak.”
“Habis tu?” soalku.
“ do it step by step. Kurangkan berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.
“ mungkin agak sakit pada mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej.  Tengahari  tiada orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan ingat janji Allah.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.
Sibukkan diri dengan aktiviti aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun kecil” sambung Ina lagi.
Air mataku hampir menitik. Aku mengetap bibir. Tekak  terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.
“tapi Ina, aku tak kuat. Aku takut Allah tak pandang aku”.
“ sungguh Allah itu maha pengampun maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kau.” Sambung Ina .
Air mataku akhirnya tumpah.
“hei,mana rotinya?” tegur Ina.
Aku tersedar dari lamunan panjang.
“jap, jap tengah buat la ni” jeritku dari compartmentku.
Ina datang membawa dua gelas air.
“ina, terima kasih sebab ajar aku bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku. Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku perlahan.
“kenapa tiba tiba buat drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.
“yang sentuh hati kamu itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.
“sekarang siapa heroin drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.
Ketawa kami pecah dalam tenang damai waktu dhuha.