Tuesday 30 September 2014

Kun Fa Ya Kun...



Seringkali dalam diri, bila hati mula dekat dgn ALLAH
Ada sahaja dugaan yang datang utk menjarakkan
Bila hati mula terpaut dengan cinta Pencipta
Cinta manusia datang mengelirukan


Hati ini, terkadang rapuh
Rapuh dek kerana kurangnya cinta kepada ALLAH
Hati ini, terkadang goyah
Goyah dek kerana terlampau mengejar cinta manusia


Manusia....Apakah yang kau cari?
Terkebil-kebil mencari sesuatu yang tak pasti,
Sedangkan yang pasti di depan mata kau abaikan
Yang hak kau hindar dan yang batil kau kejar


Ada ketika, aku sakit dengan telatah manusia
Yang hanya tahu mengadili tanpa bertanya
Yang hanya tahu mengguris hati tanpa belas
Yang hanya tahu memberi harapan sebelum meninggalkan
Aku penat memikirkan tentang manusia


Ya Allah, aku ini hanya hina di sisiMu.
Terkadang aku jatuh, Kau peganglah aku
Supaya tidak terus terjatuh dgn lebih dalam
Izinkan aku menjadi yg terbaik di sisiMu


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Aku ini....sedang bertatih menuju rahmatMu
Jangan Kau buat aku berpaling dariMu
Pandanglah aku, kasihanilah aku


Ya 'Afuw, ampunilah aku yang selalu berbuat dosa
Sembunyikanlah aib-aibku,
Bukakan hati aku untuk bertaubat setiap kali
aku menzalimi diri aku sendiri


Ya 'Alim, Kau lebih mengetahui akan sesuatu
Jangan dibiarkan hati ini mecintai
Jika masanya belum tiba


Ya Fattah, bukakan hati ini untuk terus menerima hidayahMu
Ya Sami', dengarlah akan setiap doa-doaku
Ya Syakur, kurniakan aku rasa kesyukuran akan setiap nikmat
Ya Hafiz Ya Muqit, peliharalah hati ini, jagalah aku
Ya Mu'id, pulihkan hati yang telah disakiti
Ya Tawwab, terimalah setiap taubatku

Jangan, jangan tinggalkan aku
Sedarkan aku bahawa hidup ini bukan tempat untuk bermain
hidup ini ada tujuan, tujuan yang satu.
Jangan biarkan hati ini dirosak, disakiti oleh manusia
Jangan biar cinta manusia hinggap jika
Cintaku padaMu belum kukuh di dalam hati ini.

Aku  ingin bahagia apabila bertemu denganMu nanti.
Aku tak mahu lemas dalam cinta manusia,
Biarkan aku lelah dalam mengejar cintaMu,
Aku rela...jika ganjarannya di akhir nanti,
adalah SYURGAMU yang tertinggi...



Monday 30 June 2014

Perjalananku....


Ku berjalan kesepian meniti lorong-lorong kehidupan
Bertemankan bayu kasihNya yang menghembus perlahan
Ku mencari sinar suria agama dalam meraih teduh rahmatNya
Ku mencari sang pelangi iman untuk menerangi langkahku
Sebagai petunjuk dalam melalui simpang bahagia mahupun derita

Merentasi daerah fikiran mencari kematangan diri
Menerokai medan ilmu dalam menggapai kecemerlangan hakiki
Menyaksikan panorama dunia yang berbagai ciri keunikan
Sungguh indah alam ciptaanMu wahai Tuhan Yang Maha Indah
AlamMu dihiasi bunga-bunga yang sentiasa galak menguntum senyuman
Dihiasi unggas-unggas yang berlari riang bercanda sesama mereka
Dihiasi gunung-ganang yang sentiasa gah memaksi hamparan bumi
Serta dihiasi lautan yang beralun lembut berdendang zikir syahdu padaMu

Subhanallah, tiada yang lebih indah melainkan keindahanMu Ya Allah
Tetapi sayang hamparanMu itu telah dinodai oleh sejenis makhluk
Yang bernama manusia serta diiktiraf olehMu sebagai ‘Khalifah’
Terlalu banyak daripada mereka yang menjadi egois dan parasit
Berbanding yang berbudi mulia yang sentiasa redha denganMu

Mereka terpalit dengan hasutan liar fana yang menyesatkan
Yang menghambat kesenangan materialistik
Yang hanya menyeru kepada kehancuran dunia
Yang tidak mempunyai harga diri sendiri
Yang tidak pernah cukup bahkan selalu meminta
Yang tidak pernah syukur bahkan kufur

Banyak yang batil daripada yang zahir
Banyak yang nista daripada yang haq
Ramai yang ditindas daripada dibela
Ramai yang terseksa daripada bahagia

Ku terasa lelah mengekori arus pergolakan duniawi
Berhenti seketika di anjung sukma mencari nafas ketenangan
Cuba menjengah di balik sekeping jendela nurani
Aku terlalu asyik menghitung pada yang lain

Tanpaku sedar dimana letaknya tunjang diriku sendiri
Adakah dalam kebaikan ataupun sebaliknya
Jika diriku dipagari jeriji kemaksiatan padaNya
Takkan ku biar ia tetap teguh mendakap jiwa
Masihkah ada ruang untuk ku singkap kembali
Tirai dosa yang telah usang menghiasi tembok qalbu

Ya Allah ampunkanlah daku serta kami semua
Hembuskanlah bayu ketenangan mahabbahMu
Tetapkanlah hatiku agar terus istiqamah dalam kebaikan
Berikanlah petunjukMu pada yang lalai serta zalim
Lindungilah mereka yang lemah teranaiya
Aku mahukan kedamaian bertakhta di segenap jiwa

Sungguh hebat kanvas kembara hidup ini
Setiap apa yang berlaku terselit sejuta hikmah
Bermulanya sudah destinasi perjalananku kepadaMu
Perjalanan mencari identiti realiti menuju hakiki
Tiba saatnya nanti ku mengadap mempersembah segala amalku
Sambutlah dingin rohku dengan hangat pelukan rahmatMu
Aku datang dengan sepenuh pengharapan kepadaMu Tuhan
Allah………….

(Daripada Allah aku datang dan kepada Allah jua aku kembali)
Jom sama2 mujahadah diri.. semoga Allah permudahkan.. 

Sunday 1 June 2014

AirAsia Free Seats


AirAsia free seats weyyy..tanjat boboi... duk search date memang kaw2 la promotion nyer.. so apa lagi mohh la kite merancang untuk tahun depan.. destinasi nyerr??? sila la pilih..tapi pastikan tempat yang tidak menghabiskan duit yang banyak yerr... :p


Sila2 la terjah AirAsia sekarang sampai 8 jun ni yerrr... nak balik kampung tiap2  bulan pun boleh tahun depan kan..hihi.. tapi pandai AirAsia ni..time raya tknk plk ko buat promotion yerr..hehhhh..

Ok la..da da..nanti kita sambung lagi yer..

Friday 30 May 2014

Don't Judge a Book by it's Cover


Semua manusia bukan sempurna, masing2 punya masa lalu, tapi kenapa masa lalu tu yang kita sering nampak??tak layak ke untuk seseorang tu berubah untuk jadi lebih baik dari dulu.. kenapa mesti judge orang berdasarkan apa yang kita nampak?? 

Tak tahu ke disebalik sudut hati dia,dia tengah berperang untuk jadi lebih baik,kalau diberi pilihan dia taknak jadi macam dulu..tapi kenapa mesti kita ungkit kisah lalu tersebut...

Tak perlu bagi alasan dengan cakap seseorang tu berubah disebabkan sesuatu perkara..kerana kita belum terlalu kenal dia sedalam2nya..jika benar dia berubah..teruskan berdoa untuk dia berubah untuk jadi lebih baik dari dulu..bukan ke kita nak orang2 yang kita sayang sentiasa bersama kita menuju ke jalan yang diredhai..

Bukan pandangan manusia yang dia harapkan..tapi cukup sekadar untuk dia tahu bahawa hidup ni sentiasa diuji..diuji dengan pelbagai ragam manusia..semakin kita cuba untuk jadi lebih baik selagi itu la Allah uji kita.. 
Jadi jangan terlalu cepat menghukum seseorang itu pada apa kita lihat.. kerana apa yang kita lihat belum tentu apa yang betul dan apa yang kita lihat mungkin juga masa lalu yang cuba dia lupakan...






Belajar la untuk menghargai..kerana apa yang kita miliki tak selamanya kita akan miliki..







Wednesday 28 May 2014

Sabar Itu Indah

Sabar...Korang penyabar tak??? serius aku ni bukan seorang yang sangat penyabar orangnya.. Memiliki sifat sabar ni tersangat la mulia kan.. tapi betapa sulitnya nak ada sifat sabar ni dalam diri..aku sendiri pun still belajar dan still mengalami kesulitan dalam memiliki sifat sabar ni...

Macam mana nak jadi sabar yerrr..? kadang2 terfikir juga macam mana nak sabar..sabar..dan terus sabar dengan setiap kesulitan yang kita lalui..kadang2 bila teruji jer sikit, mesti cepat jer melenting..kalau ader je something yang buat hati panas/touching terus luah dekat fb yerr dakk... tak boleh ke jadi cool, terima setiap kesulitan dengan senyuman yang menawan..walau dalam hati terguris luka...???

Yerrr..kita sedang belajar..belajar untuk terus bersabar..kadang2 kita cakap.." mulai hari ni aku akan bersabar dengan setiap apa yang berlaku" tapi mulut lain hati lain..bila sampai jer hari yang kena tu..ader ke kita sabar?? orang cakap kita ni bla bla bla.. orang buat kite ni bla bla bla..orang kondem kite itu ini.. masihkah ada sabar kat situ???

Yerrr..sabar itu perlu dipupuk..bukan sekadar cakap dekat mulut jer yer dakk..jadi yang boleh kita lakukan adalah memupuk sifat sabar tu..sabar ni indah,sabar ni manis..jadi yang manis yang indah ni biasa la kalau susah nak dapat kan...

Nak tahu korang ni sabar ke idokk?? kalau aku la kan.. time kita rasa kita kesal dengan something lepas tu kita pun macam protes tanda atas benda yang kita xpuas hati tu, xkisah la korang mengungkapkan kesalahan tu dengan sesuatu cara apa sekali pun, contoh membebel, geram lepas tu marah2 dengan orang lain...so masa tu sepatutnya kita (aku) harus sedar bahawa kita "masih kurang sabar"...

See..benda kecik jer pun kan..kadang2 benda tu buat korang rasa macam annoying sangat..tapi disebabkan benda kecik tu juga perasaan kita jadi berbolak balik..macam2 rasa..sikit2 nak touching (aku bagi contoh diri aku yerr) lepas tu merajuk semendang..lepas tu marah2..sampai ader orang cakap "ribut tkde guruh tkde  tiba2 hujan"..harrr..kan..dari kecik terus jadi besar..so kat situ boleh nampak yang sifat sabar tu betul2 kurang dalam diri nie kan...


Aku nak belajar untuk terus bersabar..terus bersabar..tak kisah la dengan apa jua keadaan pun..kadang2 dengan persekitaraan, kadang2 dengan orang sekeliling, kadang2 dengan benda yang kita guna hari2... sebenarnya kalau kita bersabar kita akan rasa satu nikmat hidup kan.. sebab bersabar tu juga mengajar kita erti bersyukur..

So guys.. bergantung atas diri masing2 jalan yang macam mana untuk kita pilih untuk bersabar kan.. kadang2 kita nak positif kan diri kita tapi baru jer nak strd positif dah ader suara2 sumbang yang melentorkan aura positif tu kan..jadi apa yang perlu kita lakukan.. JUST SMILE..biar p la dorang nak cakap ap..mulut orang memang kita tak boleh nak tutup..as long as kita terus bersabar..ganjaran orang yang sabar ni indah..

Kalau kita rasa nak marah cepat2 istighfar, dan ingatkan diri sendiri untuk sabar..sabar..dan sabar..lebih sabar..dan lebih sabar...
Tapi kadang2 mengungkapkan sesuatu lebih mudah daripada melakukannya kan??? so belajar la untuk terus bersabar wahai hati..  

Dan kat bawah ni aku bagi korang  cara2 untuk memupuk sabar..moh la kita amalkan supaya sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersabar yerr...

Cara-caranya adalah... (dikopi n pasta)

1. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.

2. Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. 


3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

4. Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.


5. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

6. Berwudhuk




Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Surah al-Asr ayat 1-3)

Saturday 17 May 2014

Harta Dunia Akhirat!!!

Setelah seminggu menyepikan diri..mohh la kite bercerita..hihi..banyak cerita yang aku dah terlepas dari bloger2 lain..huhuhu..sebenarnya bukan tkde masa..tapi disebabkan mood tkde nak berstory dan mengoggle jadi aku diamkan diri dulu setelah balik bercuti dari kampung..(macam tipu jerr.. :p)sebenarnya banyak sangat nak story tapi tunggu mood aku ok dulu yerr..kihkikih...

Ok..macam yang korang sedia maklum la kan..(sape yang bace status aku dalam fb tu har) aku kan balik kampung minggu lepas sebab mak aku sakit.. :( 

So n3 kali ni aku nak story pasal mak aku la.. 11 mei hari tu hari ibu kan..so happy mothers day to mummy kat luar sana yerrr.. ok aku tahu aku lambat wish..tapi hari ibu ni tak semestinya ko sambut 11 mei jer yer dakk..bagi aku hari2 hari ibu..so kali ni aku berpeluang sambut hari ibu dengan ibu tercintaaa kat kampung..dalam kepala masa dalam bas tu dah plan "petang esok nak bawak family makan kat lua sambil lepak2 kat pantai, lepas tu beli kek untuk mak.." tapi gilaa sadisss..petang tu akak aku datang nak bawak mak g chekup, so terpaksa la sambut hari ibu tu dekat klinik Dr. Rozim.. mak kena tahan sebab kaki mak dah teruk sebab kencing manis..

Mula2 tak expect pon kaki mak akan kena operate..tapi bila jumpa Dr. Rozim, dia chek2 kaki mak..dia pun cakap la..

DR: kaki mak awak ni kat dalam dah teruk..kalau tak operate nanti merebak sampai kt sini (sambil tunjuk betis mak)

Aku & Akak : (aku pandang dia, dia pandang aku)

Lepas tu Dr. pun explain la apa yang dia akan buat dan  kos dia bape2 kalau operate dan dia suh kiteorang desite nak buat ke tak..so aku dengan akak aku tanpa fikir panjang suh jer Dr buat sebab takut melarat..mak aku pun redha jela..

kalau nak harap hospital kerajaan..ko g tunjuk kaki mak aku tu, dia boleh cakap: 
"biasa jer ni..takde apa2 pun..cuma kena jaga elok2"

Nak tunggu buruk kena potong dulu baru dia buka kes kot..bukan la nak kutuk hospital kerajaan, tapi tak patut la kan dia buat macam tu.. huhhh..

Selama 3 hari betapa kat Klinik,teman mak aku, macam2 yang aku rasa.. kadang2 rasa macam tak boleh tengok muka mak aku bila dia tahan sakit time nurse cucuk jarum masuk ubat.. ko bayangkan, tiga kali masuk still tak jumpa urat..tak pernah aku tengok mak aku menahan sakit cam gitu bila kena cucuk..boleh aku bayangkan betapa sakitnya mak tahan sakit (masa tu teringat aku kena cucuk ubat time nak operate apendiks..sakit gilaa,sampai Dr bius baru la kau tak sedar)

Bila dah kali ke 3 cucuk still tak jumpa lagi urat nak masuk jarum drip tu..mak aku pun dah tknk cucuk..aku  pun cakap la dengan nurse tu: 

Aku: nurse takyh cucuk lagi la..bagi mak saya rehat dulu..sakit sangat la ni, biasa mak ok je bila cucuk"

Nurse: ........ok la,bagi la mak cik rehat dulu,nanti saya datang balik..

Terus aku duk sebelah mak aku,gosok2 tangan mak yang bekas kena cucuk tu, sambil aku renung muka mak, mak renung aku..aku tanya la mak : " sakit sangat ke mak? 
mak : "hmmmmm..orang tak tahu,tak rasa...

Lepas tu mak terus pejam mata..nak tidur...
(dalam hati aku hanya Tuhan jer yang tahu bila aku tengok muka mak menahan sakit) kalau la sakit kena cucuk jarum tu boleh tukar, aku dah tukar dengan mak aku..biar aku yang tanggung sakit tu..ko bayangkan mak yang dah kurus,takde isi mana, harus la sakit bila kena cucuk,tambah plak masa cucuk tu dia masukkan antibiotik yang memang terang tang2 nurse tu cakap akan sakit dan pedih..so berganda2 la sakit kan.. nie bukan masuk air macam biasa korang tengok tu.. :( 

Lepas 15 minit, nurse lain plak datang nak cucuk..aku suh mak sabar tarik nafas sambil gosok2 bahu mak..masa tu boleh aku tengok muka mak tahan sakit sambil mulut terkumat kamit duk istifar..sampai la jarum drip tu masuk...Memang sepanjang duk kat sebelah mak aku tahan jer perasaan, tak nak nangis..sebab aku tahu kalau aku nangis mak akan lagi sedih..jadi kuatkan diri..

Seriously aku tak pernah tengok mak macam ni, memang mak dah biasa masuk hospital dulu2..tapi aku tak pernah kesempatan jaga mak full time..maksud nya dari segi makan,minum,masuk tandas semua kena pantau dan bawak..dulu masa mak masuk hospital sebab jari kaki mak kena potong sebab sakit yang sama, aku still sekolah masa tu..memang tak kesempatan nak jaga mak cam gini,kalau takat jaga kat hospital tu pernah la, tapi bila time mak nak makan,nak g tandas, akak aku yang handle.. lagipun masa tu aku budak2 lagi..akak2 aku memang tak harapkan aku..

So bila dah besar panjang ni,dah boleh buat decision sendiri dengan Dr kalau akak2 aku takde..aku rasa besar sangat tanggungjawab tu..aku rasa aku nak yang terbaik untuk mak aku..tapi aku tak mampu nak sumbang beribu riban dari segi kewangan untuk rawatan mak,nasib la akak2 aku ader..aku hanya mampu jaga mak dengan tenaga aku jer, kalau boleh aku nak selalu ada kat sisi mak,aku nak buat semua benda, taknak mak gerak..tapi aku hanya mampu jaga mak 3 hari.. 

Sampai satu masa, masa ontwy nak balik sini, duk dalam bas aku terfikir sampai nak berhenti kerja.. nak balik kerja kt kampung..kalau dah kat kampung boleh la aku jaga mak..aku suakan niat aku ni kat akak aku..aku whatapp dia..bagi tahu niat aku tu..akak aku pun cakap jangan ambil keputusan terburu2.. kerja dulu..kalau dah ada kerja kat kampung baru berhenti..

So lepas dah sampai sini, aku fikir balik sedalam2nya..yerrr,kita boleh merancang semuanya..tapi hanya Tuhan yang menentukan right???so aku pun dah rancang perjalanan aku lepas ni..harap2 berjalan lancar la hendaknya... korang doakan aku yerr... apa yang aku mampu lakukan untuk mak kat sini,aku hanya mampu berdoa supaya mak cepat sembuh,semoga mak kuat hadapi ujian untuk kali ni... 

Perasaan dan hati kita Tuhan jer yang tahukan.. Mungkin luaran korang akan nampak seseorang tu gembira, happy jer kan..tapi disebalik kegembiraan dia tu..tersimpan pelbagai perasaan.. kadang kegembiraan tu dibuat-buat untuk menutup rasa sedih dan kecewa..Namun hidup perlu diteruskan..seberat mana pun ujian yang Allah berikan pada tiap hambaNya pasti ada hikmahnya kan..? 

Aku teringat kenangan pagi ahad lepas masa kat kampung,aku pernah nampak mak nangis sorang2..aku cakap dengan mak sambil duduk berlutut depan mak: 

" mak jangan nangis..kalau mak nangis adik lagi sedih..mak kena kuat..mak jangan fikir sangat sakit mak ni..mak kena ingat..ader orang yang lebih teruk sakit dari mak..ada orang sampai tak boleh jalan..mak kena bersyukur sebab mak boleh jalan lagi..mak boleh tengok adik..mak tak boleh putus asa..mak kena kuat..".. 

Mak aku tak mampu nak berkata2..dia pandang jer muka aku sambil senyum..lepas tu aku tarik tangan dia ajak duk kat laur..tapi aku tahu..mak nangis sebab sedih dengan sakit dia... 

Serius, first time aku tengok mak putus asa cam gitu...aku bagi tahu akak aku..kena ader orang selalu dekat dengan mak..kena support mak..jangan bagi mak duk sorang2 layan perasaan..perasaan orang sakit ni ter-amat-laa sensitif..so sekarang tiap2 malam aku call mak tanya khabar mak..sampai mak aku pun macam dah bosan cakap dengan aku..hihi..sampai la malam tadi aku dengar suara mak macam ceria skit..bila mak cakap: " jangan risau,abg din ada..adik tu jaga diri molek duk sana" ...

Ada hikmah juga semua ni berlaku..bila dah jadi macam ni,baru la aku ingat nak call hari2 cakap dengan mak kat kampung..kalau biasa sebulan 3 kali jer..tapi bila jadi macam ni baru la risau..nampak tak kat situ??? betapa aku ni pentingkan diri sendiri sebelum ni..hmmmm...

Ok laaa..nak cite tu jerr...aku tak mampu nak bayangkan kalau aku kehilangan harta yang paling berharga dalam dunia ni...:( sebab tula,walaupun sakit mak cuma tkde la teruk mana..tapi risau aku tetap ader..selagi aku mampu untuk jenguk mak,aku akan balik..aku nak jadi anak yang sentiasa buat mak senyum..yelaaa..kita duk jauh..apa2 jadi tak mungkin aku orang pertama yang akan tahu kan..so aku harap semua baik2 belaka sementara menunggu aku dapat balik kampung untuk selama2nya... korang tolong doa2 kan aku supaya aku dapat yang terbaik yerr.. 

Aku ingat pesan bff aku kat kampung..dia whatapps tanya pasal mak aku..aku pun ader cite dengan dia pasal nak berhenti kerja ni..satu yang aku pegang kata2 dia.. "insyaallah ade rezeki mu, kalau niat mu balik sebab nak jaga mak mu" 

Thanks friend bagi aku semangat dan sentiasa support aku...


"Dan apabila ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu Doa Seorang Ibu"


p/s: Mum I love you so much.. mak jantung hati adik dunia akhirat..semoga mak sihat dan diberikan kesihatan yang baik.. (ok mak aku takkn bace ni,sebab mak aku xpandai main benda2 alah ni, so korang tolong doa untuk mak aku yerr..hihi)

Friday 9 May 2014

Trust Me My Dear Friend!!!

Mula2 rasa macam tkde mood sangant nak menulis..tapi disebabkan terbaca satu en3 dari seseorang..ohhh..terus segar mata..mula la jari ni nak menari2 dengan lajunya diatas keyboard..tak tahu kenapa..mungkin aku yang terlebih perasan atau sebaliknya..sebenarnya instik aku pun dah mula berkata2 sebelum ni..tapi tknk layankan sangat sebab malas nak fikir benda2 remeh yang boleh rosakkan mood..tapi since dah terbaca n3 tu jadi mohh la kita bercerita..tu kekdahhnyerr.. 

Ok..straight to the point..korang pernah tak buat orang terasa dengan korang???tak pernahhh..???bagusss nyerrr..!!!tapi aku ni jenis masusia yang tak lepas dari kesilapan..mungkin aku sentiasa buat orang terasa dan salah faham dengan aku..padahal niat asal nyerr jauh tak bermaksud begitu..namum as a human, sape yang tak buat silap kan..kadang2 tanpa sedar kita dah guriskan perasaan orang..bagi kita.."alaaaa benda kecikk jerr..chill la babe.."tapi bagi yang jiwa kecik comel molek, itu akan menjadi luka bagi diri seseorang..

So bila dah jadi salah faham cam gini, mulala sel2 otak bergabung dan memikirkan cara untuk membanterasnya macam mana...tu kekdahnyerr..sebelum ni aku malas nak fikir sangat tapi since aku ni kan orang yang takut orang terasa dengan aku..jadi mohhh kita mulakan misi untuk bersuara..

Bagi aku,biar aku terasa dengan orang..sebab aku tahu walau terasa macam mana pun, aku akan ttp maafkan orang tu,..dan perasaan 'terasa' tu aku tak pernah simpan dalam hati melebihi tempoh 42 jam..sebab perr,sebabbb bila ingat balik pesan bro ni dia cakap:

 "wt pende mung duk touching2 dengan orang..biar p la dia nak kata pende pun,as long as mung tahu niat hati mung..maafkan jerr..tapi jangan bagi orang terasa atau marah dgn mung,buat orang sekeliling mung gembira dengan sikap mung,be a true frend.."

So aku pegang prinsip bro tu bagi..aku pernah dikencam dgn member poli (bekas musuh tradisi masa kt poli)..dituduh dengan pelbagai kata2 hina dan dusta, pernah dituduh mengfitnah..Lilahi..aku tak pernah nak mengfitnah orang, buang karang jerr..macam xtahu dosa pahala hukum fitnah tu apa kan....tapi bila aku ingat balik kata2 bro tu, aku yakin setiap apa yang berlaku tu mungkin ujian untuk diri aku..tapi tak bermaksud bila aku kate aku tak terasa aku tkde perasaan..aku akan terr-sangant-terasa bila benda tu melibatkan hidup mati life aku..

Ok..back to main story....

Bila dah jadi sesuatu perkara yang diluar jangka korang, ofcoss la korang akan sontapp kan..sebenarnya aku  tak tahu nak describe perasaan aku macam mana..tapi sejujurnya aku tak terasa mana bila baca n3 tu..malah aku siap terseyumm..hihi..senyumm sebabb.."Oooo..awak perasan saya tak story dengan awak yerr"..hehhhhh..malu la sayaaaaaa nak storyyyy..ok sebenarnya ni salah faham jerr awakk..yerr awakkk..

Oraite..mehh aku candidate kan special letter untuk dia la senang..supaya dia tak salah faham.. (ke aku yang perasaan yang dia tulis n3  tu untuk aku)hehhhh.....


Dear awak yang comelll (kembang la tu :p)

Sebenarnya saya tak berubah pun..saya still nurul syuhada yang awak kenal 3 tahun yang lepas.. still nurul syuhada yang pernah tido satu tilam dengan awak (tiba2 rindu plk memori daun keladi dlu).. saya still pendengar yang setia untuk awak luahkan perasaan kalau nak luahkan (tapi rasa macam tak jerr..sebab awak kan dah ader incik hubby) tapi still sudi mendengar kalau awk nak pinjam telinga saya ni..saya pun still mengharapkan awak sudi pinjamkan bahu awak bila saat saya rebah tersungkur bumi.. saya still berharap awak sudi jadi pendengar setia setiap cerita saya tanpa perasaan jemu dan bosan even saya tahu awak mungkin dah tak sama macam dulu.. :(

Jangan la cakap saya berubah dan sisihkan awak..berat tuduhan tu taww.. :( mungkin saya berubah dari segi tingkah laku..kalau dulu saya selalu sembang dengan awak time tengok2 tv, selalu banyak mulut duk bercerita tapi sekarang saya maluuuuuuuu (sambil tutup muka dengan tapak tangan)..awak mungkin tahu kenapa kan kan.. lagi pun saya rasa macam awak dah tak perlukan saya..yelaaaa,awak kan dah ader incik hubby,dah ader adik cayang..jadi saya rasa saya dah tak diperlukan.. :(  TAPI saya still cik adda yang dulu taw..(banyak kali dah ulang ni)banyak nak story dengan awk..tapi tkkn la saya nak jadi muka tak malu dengan tiba2 pergi buka cerita pasal skandal2 saya tu.. malu laa makkk...Oppppsssss.. harrr..kan dah terlepasss tu... 

Bukan saya tknk share dengan awak taw..sebenarnya saya nk sangat story dan share dengan awak macam dulu2, sebab saya still cik adda yang dulu, awak sendiri tahu saya pun tak punya teman yang rapat kat sini melainkan awak, tapi saya tengok awak macam tak berminat nak tahu,dan saya tengok awak macam dah xkisah pasal saya, jadi ada baiknya saya pun diamkan diri saja..tapi kalau perkara ni yang buatkan awak fikir saya berubah, sama sekali saya nafikan.. saya bangkang ..saya mintak maaf yerr..bukan niat saya pun untuk buat awak terasa.. pecayala..suatu hari nanti saya akan buka cerita dengan awak dengan lebih details lagi bila kita bersembang..terlalu banyak yang saya pendam dalam hati tentang kisah hidup saya..cewahhhhh..saya tak mampu nak story pada siapa2 kat sini..melainkan TER-LE-PASS cerita kat Pn. S sampai dah kua gosip dengan budak TM tuhh..aishhhh..

Trust me my dear frends, suatu hari nanti saya akan story dengan awak siapa mereka.. jangan terlalu cepat menghukum saya dengan mengatakan saya dah sisihkan awak,saya dah berubah...sedih sangat2 taw..sebab apa yang sebenarnya, saya yang terasa begitu..bila mana awak dah macam sisihkan saya bila bersama dengan adik2 awak..so i fill like i'am alone.. :( but is ok, i will understand because they are everything for you right..and i'am nobody..even those kalau awak kua berjimba tak pernah ajak saya..i'am so touching..saya pun berharap saya akan menjadi sebahagian dari keluarga awak,dilayan seperti adik2 awak..but again, i'am understand..i just your friend right,so saya padamkan rasa touching tu...but, sejujurnya sekali saya dah angap awak kawan,sekali keluarga saya dah kenal awak sebagai orang yang dekat dan rapat dengan saya kat sini,tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk buat awak terasa begitu, tak terniat untuk putuskan hubungan yang dah terjalin..saya mengharapkan saya akan menjadi kawan awal till the end of life..sebab saya tahu saya takkan selamanya berada dibumi asing ni..one find day saya akan pergi kembali pada bumi asal kelahiran saya (dah gaya macam duk planet lain plak yer dakk :p)

Jadi dikesempatan yang masih ader,saya masih perlukan awak sebagai kawan baik saya sampai bila2, even nanti jarak dah pisahkan kita. Dear friend,I still hope we will be a true friend until the end..sejujurnya... :(

Sincerely by:
Nurul Syuhada Sidek 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harrrr..tu diaaaa..dah macam gaya surat Don Juan plk kan..hihi..korang2 yang tak tahu story, korang diam dulu taw..tak pun korang boleh baca kat SINI yerr.. (tolong promosi belog awak :p) Macam yang aku cakap la..bila aku baca n3 tu, aku rasa macam terkena atas batang hidung sendiri jerr.. tapi tak tahu la kot2 aku yang terlebih perasan yerrr...apa2 pun n3 ni adalh untuk memberi penjelasan tidak ada maksuk lain melainkan yang benar-benar belaka...


p/s: nota cinta buat awak..yerr awakkk..hihi