Tuesday 30 September 2014

Kun Fa Ya Kun...



Seringkali dalam diri, bila hati mula dekat dgn ALLAH
Ada sahaja dugaan yang datang utk menjarakkan
Bila hati mula terpaut dengan cinta Pencipta
Cinta manusia datang mengelirukan


Hati ini, terkadang rapuh
Rapuh dek kerana kurangnya cinta kepada ALLAH
Hati ini, terkadang goyah
Goyah dek kerana terlampau mengejar cinta manusia


Manusia....Apakah yang kau cari?
Terkebil-kebil mencari sesuatu yang tak pasti,
Sedangkan yang pasti di depan mata kau abaikan
Yang hak kau hindar dan yang batil kau kejar


Ada ketika, aku sakit dengan telatah manusia
Yang hanya tahu mengadili tanpa bertanya
Yang hanya tahu mengguris hati tanpa belas
Yang hanya tahu memberi harapan sebelum meninggalkan
Aku penat memikirkan tentang manusia


Ya Allah, aku ini hanya hina di sisiMu.
Terkadang aku jatuh, Kau peganglah aku
Supaya tidak terus terjatuh dgn lebih dalam
Izinkan aku menjadi yg terbaik di sisiMu


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Aku ini....sedang bertatih menuju rahmatMu
Jangan Kau buat aku berpaling dariMu
Pandanglah aku, kasihanilah aku


Ya 'Afuw, ampunilah aku yang selalu berbuat dosa
Sembunyikanlah aib-aibku,
Bukakan hati aku untuk bertaubat setiap kali
aku menzalimi diri aku sendiri


Ya 'Alim, Kau lebih mengetahui akan sesuatu
Jangan dibiarkan hati ini mecintai
Jika masanya belum tiba


Ya Fattah, bukakan hati ini untuk terus menerima hidayahMu
Ya Sami', dengarlah akan setiap doa-doaku
Ya Syakur, kurniakan aku rasa kesyukuran akan setiap nikmat
Ya Hafiz Ya Muqit, peliharalah hati ini, jagalah aku
Ya Mu'id, pulihkan hati yang telah disakiti
Ya Tawwab, terimalah setiap taubatku

Jangan, jangan tinggalkan aku
Sedarkan aku bahawa hidup ini bukan tempat untuk bermain
hidup ini ada tujuan, tujuan yang satu.
Jangan biarkan hati ini dirosak, disakiti oleh manusia
Jangan biar cinta manusia hinggap jika
Cintaku padaMu belum kukuh di dalam hati ini.

Aku  ingin bahagia apabila bertemu denganMu nanti.
Aku tak mahu lemas dalam cinta manusia,
Biarkan aku lelah dalam mengejar cintaMu,
Aku rela...jika ganjarannya di akhir nanti,
adalah SYURGAMU yang tertinggi...