Wednesday, 9 April 2014

LIES




Serius sentap dohh bace n3 ni(blog Mato, abang epic)..hahaha..thanks bro bagi tarbiah pagi2 ni...betul2 kena atas batang kepala hidung aku laaa...uhhhh..cam tahu2 jerr aku tengah angkat bendera putih sekarang kan.. :( ... 

Oraite korang mesti duk tertanya-tanya apa yang aku duk lalut kat atas tu kan..so mehh sini aku nak share dengan korang sal n3 yang aku bace kat sini (aku xpandai nak mention nama blog dia la) so aku petik jerr ayat dia, bagi korang bace ekk..(boleyy yerr abg Mato yang hemsemmm...hihihi..) 

jommm layannn...


Okay macam ni. Nak meng-list-kan beberapa jenis penipuan yang acap kali disebut dan dilafazkan dalam perbualan seminggu-mingguan (sebab takkan setiap hari nak menipu kot?)


Kalau ada yang macam terkena batang hidung, anggaplah ini dugaan dari Allah. Kalau yang tak kena batang hidung mahupun batang-batang lain seperti batang penyapu di dapur atau batang pembaris di atas meja belajar, bersyukurlah sebab anda bukan seorang penipu.


Aku Okay.

Rasanya ini penipuan paling universal memandangkan ia sangat terkenal terutamanya bagi kaum-kaum wanita di luar sana (berdasarkan kajian bahawa wanita seringkali rasa sedih dan puncanya adalah lelaki).

Repeat. Seringkali. Bukannya kalau sedih je confirm lelaki yang jadi puncanya. Boleh jadi result exam puncanya. Boleh jadi drama korea terlalu sedih yang jadi punca. Boleh jadi resipi masak tak menjadi. Boleh juga sebab tak dapat balik cuti.

Bukan nak kata lelaki tough (ada sedikit kebenaran di situ), tapi lelaki ni majoritinya sedih sebab lain.


Ya kita bukan nak borak pasal sedih.


Tak apa, kadang-kadang kita tak perlu tunjuk pada orang yang kita lemah. Sebab kekuatan seseorang bukan terletak pada siapa dia, tapi siapa Tuhannya.


Lepas ni kalau ada orang tanya, "Weh, enta okay?"

Maka jawablah, "Sesungguhnya kekuatan itu milik Allah. Maka jika Dia tarik apa yang Dia pinjamkan pada aku, siapa aku untuk menidakkannya?"


Wahaha! Isbir.

Yang ni memang betul kena atas batang hidung aku..rasa macam batu jatuh atas kepala pon ader..even sebab sedih tu memang 95% dari LELAKI..bila bff tnye mesti kate OK walaupun sebenarnyer KO..


Rupa tak penting, yang penting hati.

Ini antara yang sangat offensive.

Katanya rupa tak penting, yang penting harta agama.

Tapi bila nampak brader badan sado, muka berjambang, tinggi lampai (aku memang tak tahu taste perempuan jadi aku buat segala yang opposite dengan sifat aku ahaha) terus usha tak ingat dunia.


Kata tak tengok rupa tapi bila ada abang badan besar sikit, kulit tak berapa nak cerah, muka tak ada rupa-rupa mat saleh, berketinggian rendah (macam salah je kombinasi tinggi dan rendah diletakkan sebelah-sebelah), meskipun beliau terkenal di kawasan kampung sebagai muazzin setiap subuh. Walaupun suara beliau tak adalah merdu mana, tapi insyaallah agamanya terjaga, masih ada yang sudi? Ya, mungkin ada.

Kalau ada, alhamdulillah. Benarlah cinta bukan pada rupa, tapi pada agama.

Kalau tak sudi, okay tak apa. Dah faham dah.


Macam tu juga bagi lelaki. Rupa tak penting kononnya, yang penting hati.

Tapi bila nampak perempuan lawa, mata tak berkelip gak pandang.


Kalau dah fitrah lelaki suka tengok perempuan lawa nak buat macam mana?

Lower your gaze lah.


Tundukkan pandangan bukan mesej untuk lelaki saja, perempuan pun sama.


Hokey..yang ni tak terasa sangat..sebab yang sejujurnyerr aku memang nak yang cam gini la..tapi berangan jer la yerr dakk,so apa yang Mato cakap tu betul sangat2, pada aku pun agama tu penting..xkisah la rupa ko xhemsem even Mato cakap dia hemsemmm..perasannn dohhh..(walau sejujurnyer boleyy la :p) so bagi aku plak lau lelaki pada observation aku..memang betul sangat2..memang lelaki tak kan lari dari fitrahnyer suka tengok benda2 lawa kan..pls betulkan jika aku salah...


Best friend forever.

Maka ini boleh dikatakan sebagai penipuan paling epik.

Kalau setakat nak mengaku  bi ef ef, semua orang boleh, Tapi sejauh mana kebenarannya?

Allahualam.


Bila kita mengaku dia sahabat kita, maka ada beberapa perkara yang kita akan pastikan ia terlaksana.

1. Sebab aku sayang dia, aku doakan dia. Tanpa mengharapkan doa dia untuk aku sebagai balasan.
2. Sebab aku sayang dia, aku tegur kesilapan dia, bukan diam sebab takut dia terasa.
3. Sebab aku sayang dia, aku nak masuk syurga sama-sama dengan dia. Kalau dia tergelincir ke neraka, aku akan terjun untuk sambut tangan dia, untuk pastikan aku dan dia sama-sama berpimpin tangan ke syurga.

Epik.


Yang ni pun macam terasa jerrr...especially ayat no 2 dan 3 tu,..aku tak pernah pun terfikir cam tu..hmmmm..memang aku sayang bff aku,aku taknak dia terluka,tak nak dia sedih tapi aku tkde pun terfikir nak guriskan hati dia,even pernah jer aku tegur dia tapi sampai nak masuk syurga sama-sama dengan dia tak pernah terfikir pun..sorry yunk (my bff) n thanks Mato coz bagi aku teguran ni..


Aku tak ready lagi.

Ini biasanya ayat-ayat student pandai. Pandai memanipulasikan fikiran orang.

Bila orang main game sampai tengah malam, dia pun main game sampai tengah malam.


Bila orang lepak-lepak, dia pun lepak-lepak.


Tapi bila orang tidur, dia study sorang-sorang.


Sejam sebelum masuk dewan exam, member kata, "Aku cuaklah nak exam."

Beliau pun join sekaki kata tak ready lagi.


Tapi bila result keluar? Tudia. Gempak. 4 flat terus.


Aku dah ready.

Ini biasanya jenis-jenis yang suka sedapkan hati sendiri.


Beria yakinkan hati yang diri sendiri dah ready, sebenarnya satu persediaan pun belum dibuat.


Golongang jenis ni biasanya masa buka paper exam, baru rasa menyesal kenapa tak study awal-awal.


Yang ni memang betul2 kena atas batang hidung..ni kenangan masa study dulu..hahaha..aku rasa lau korang baca  pun mesti kena atas batang hidung sendiri kan..especially geng rumah puaka kan..chill la babe..aku pun terkena la..hihi


Kami mesej benda penting je.

Ini biasanya digunakan masa baru-baru nak mengayat.


Mula-mula minta nombor. Katanya nak bincang pasal subjek dalam kelas tadi. Gayanya macam dah tak ada member sejantina dalam kelas tu yang boleh diajak berbincang.

Tak apa. Sangka baik. Mungkin kelas tu ada dua orang pelajar saja.


At first, bincang pasal pelajaran.


Lepas tu bincang punya bincang, sampai lewat malam.

Bila dah lewat malam, soalan tu berubah kepada, "Eh tak apa ke ni awak tidur lambat? Dah malam sangat ni."


Esok-esoknya, soalan berunsur pelajaran berubah kepada, "Boyfriend awak tak marah ke ni saya selalu mesej awak?"


Bila dah tahu si perempuan dah tak ada pakwe, maka makin menjadi-jadilah kekerapan berbalas mesej.


Daripada soalan berbentuk, "Disc replacement surgery after umbilical hernia surgery,"

Berubah kepada, "Awak lapar tak? Jom makan kat luar. Saya belanja awak."

Berubah kepada, "Awak, kepala saya sakitlah. Tolong picitkan?"



Wahaha Mato cakap macam ada pengalaman.

Macam saja.


Yang ni sumpah aku terasa banyak..macam batu jatuh atas kepala,macam kena ketuk dengan periuk,kuali,senduk semua la..serius aku terasaa Mato weyyyyy,ayat ko perhhhh..3 in 1 bro... tapi apa-apa pun thanks sebab tarbiyah ni menyedarkan aku tentang kealpaan kita right..


Aku nak berubah esok.

Bila Allah hadiahkan hidayah, maka tak ada alasan untuk kita tangguhkan walaupun seminit.


Sebabnya apa? Sebab sekali kita bertangguh, bermakna ia akan jadi berkali-kali. Bila sampai hari esoknya, kita kata tak apalah, esoklah. Esok.

Macam contohnya, "Aku nak mula solat esok."

Bila esoknya, "Esoklah aku solat, penat sangat ni."

Dan esok serta esoknya dan esoknya lagi masih beri alasan "Esok."


Lalu sampai tiba hari dimana 'esok'nya tu kita dalam kubur. Baru kita menyesal. "Kenapa bukan semalam?"


Yang ni pun terasa juga..tapi tkde la terasa sangat..tapi terasa jugal la..sebabnyerr aku memang ade niat cam gini..tapi selalu tertanguh..hmmm..tapi contoh yang Mato bagi ni xkena  sangat la atas batang hidung aku...lain la lau dia bagi  contoh cam gini... 

Contohnyer, "Esok aku nak stard tutup aurat penuh,tak nak pakai tudung singkat2,baju ketat dah"
Bila esoknyer,  " alaaa..baju (saiz s) ni kena match dengan tudung ni la..(tudung saiz s) pakai jela..."

harr tu diaaa..lau contoh cam gini memang sentappp habiss la aku...tapi mana2 contoh pun sama jer konsep yer dakkk..nak berubah xperlu tunggu bila2..
nak cakap lepas khawin baru nak berubah ker..sebab fikir nanti suami tanggung dosa..tapi masa anak dara ni ko tknk plk fikir ayah kt kampung tu dah senget bahu sebelah tangung dosa ko kan...wake up girls (termasuk aku la ni)..cakap jer pandai..bila nak berubah nihhh..aishhhhh..

Cukup la 7 contoh yang aku coppy n pasta dari blog Mato tu..(thank bagi izin yer bangggg)

Even just, ramai jer yang buat cam kat atas tu kan..bukan aku sorang jer kott..so sape yang bace,sape yang terkena tu,so apa tindakan kita lepas bace semua tu..tkkn nak duk gelek vontot lagi kot..(sambil duk fikir2 ni)... 
                        
Ok la korang..tu jela kot nak story n nak share..apa2 pun hidup ni mesti ade arah dan tujuannyerr..jangan cuba2 untuk menipu diri sendiri,tipu orang lain..aicerli tipu diri sendiri tkpe tapi ko la yang sakit kan...
hidup jer dengan penuh kecerian...yang penting jangan lupa Dia..right..okehhh..cekedoutttt youpppp!!!!




No comments:

Post a Comment