Saturday, 17 May 2014

Harta Dunia Akhirat!!!

Setelah seminggu menyepikan diri..mohh la kite bercerita..hihi..banyak cerita yang aku dah terlepas dari bloger2 lain..huhuhu..sebenarnya bukan tkde masa..tapi disebabkan mood tkde nak berstory dan mengoggle jadi aku diamkan diri dulu setelah balik bercuti dari kampung..(macam tipu jerr.. :p)sebenarnya banyak sangat nak story tapi tunggu mood aku ok dulu yerr..kihkikih...

Ok..macam yang korang sedia maklum la kan..(sape yang bace status aku dalam fb tu har) aku kan balik kampung minggu lepas sebab mak aku sakit.. :( 

So n3 kali ni aku nak story pasal mak aku la.. 11 mei hari tu hari ibu kan..so happy mothers day to mummy kat luar sana yerrr.. ok aku tahu aku lambat wish..tapi hari ibu ni tak semestinya ko sambut 11 mei jer yer dakk..bagi aku hari2 hari ibu..so kali ni aku berpeluang sambut hari ibu dengan ibu tercintaaa kat kampung..dalam kepala masa dalam bas tu dah plan "petang esok nak bawak family makan kat lua sambil lepak2 kat pantai, lepas tu beli kek untuk mak.." tapi gilaa sadisss..petang tu akak aku datang nak bawak mak g chekup, so terpaksa la sambut hari ibu tu dekat klinik Dr. Rozim.. mak kena tahan sebab kaki mak dah teruk sebab kencing manis..

Mula2 tak expect pon kaki mak akan kena operate..tapi bila jumpa Dr. Rozim, dia chek2 kaki mak..dia pun cakap la..

DR: kaki mak awak ni kat dalam dah teruk..kalau tak operate nanti merebak sampai kt sini (sambil tunjuk betis mak)

Aku & Akak : (aku pandang dia, dia pandang aku)

Lepas tu Dr. pun explain la apa yang dia akan buat dan  kos dia bape2 kalau operate dan dia suh kiteorang desite nak buat ke tak..so aku dengan akak aku tanpa fikir panjang suh jer Dr buat sebab takut melarat..mak aku pun redha jela..

kalau nak harap hospital kerajaan..ko g tunjuk kaki mak aku tu, dia boleh cakap: 
"biasa jer ni..takde apa2 pun..cuma kena jaga elok2"

Nak tunggu buruk kena potong dulu baru dia buka kes kot..bukan la nak kutuk hospital kerajaan, tapi tak patut la kan dia buat macam tu.. huhhh..

Selama 3 hari betapa kat Klinik,teman mak aku, macam2 yang aku rasa.. kadang2 rasa macam tak boleh tengok muka mak aku bila dia tahan sakit time nurse cucuk jarum masuk ubat.. ko bayangkan, tiga kali masuk still tak jumpa urat..tak pernah aku tengok mak aku menahan sakit cam gitu bila kena cucuk..boleh aku bayangkan betapa sakitnya mak tahan sakit (masa tu teringat aku kena cucuk ubat time nak operate apendiks..sakit gilaa,sampai Dr bius baru la kau tak sedar)

Bila dah kali ke 3 cucuk still tak jumpa lagi urat nak masuk jarum drip tu..mak aku pun dah tknk cucuk..aku  pun cakap la dengan nurse tu: 

Aku: nurse takyh cucuk lagi la..bagi mak saya rehat dulu..sakit sangat la ni, biasa mak ok je bila cucuk"

Nurse: ........ok la,bagi la mak cik rehat dulu,nanti saya datang balik..

Terus aku duk sebelah mak aku,gosok2 tangan mak yang bekas kena cucuk tu, sambil aku renung muka mak, mak renung aku..aku tanya la mak : " sakit sangat ke mak? 
mak : "hmmmmm..orang tak tahu,tak rasa...

Lepas tu mak terus pejam mata..nak tidur...
(dalam hati aku hanya Tuhan jer yang tahu bila aku tengok muka mak menahan sakit) kalau la sakit kena cucuk jarum tu boleh tukar, aku dah tukar dengan mak aku..biar aku yang tanggung sakit tu..ko bayangkan mak yang dah kurus,takde isi mana, harus la sakit bila kena cucuk,tambah plak masa cucuk tu dia masukkan antibiotik yang memang terang tang2 nurse tu cakap akan sakit dan pedih..so berganda2 la sakit kan.. nie bukan masuk air macam biasa korang tengok tu.. :( 

Lepas 15 minit, nurse lain plak datang nak cucuk..aku suh mak sabar tarik nafas sambil gosok2 bahu mak..masa tu boleh aku tengok muka mak tahan sakit sambil mulut terkumat kamit duk istifar..sampai la jarum drip tu masuk...Memang sepanjang duk kat sebelah mak aku tahan jer perasaan, tak nak nangis..sebab aku tahu kalau aku nangis mak akan lagi sedih..jadi kuatkan diri..

Seriously aku tak pernah tengok mak macam ni, memang mak dah biasa masuk hospital dulu2..tapi aku tak pernah kesempatan jaga mak full time..maksud nya dari segi makan,minum,masuk tandas semua kena pantau dan bawak..dulu masa mak masuk hospital sebab jari kaki mak kena potong sebab sakit yang sama, aku still sekolah masa tu..memang tak kesempatan nak jaga mak cam gini,kalau takat jaga kat hospital tu pernah la, tapi bila time mak nak makan,nak g tandas, akak aku yang handle.. lagipun masa tu aku budak2 lagi..akak2 aku memang tak harapkan aku..

So bila dah besar panjang ni,dah boleh buat decision sendiri dengan Dr kalau akak2 aku takde..aku rasa besar sangat tanggungjawab tu..aku rasa aku nak yang terbaik untuk mak aku..tapi aku tak mampu nak sumbang beribu riban dari segi kewangan untuk rawatan mak,nasib la akak2 aku ader..aku hanya mampu jaga mak dengan tenaga aku jer, kalau boleh aku nak selalu ada kat sisi mak,aku nak buat semua benda, taknak mak gerak..tapi aku hanya mampu jaga mak 3 hari.. 

Sampai satu masa, masa ontwy nak balik sini, duk dalam bas aku terfikir sampai nak berhenti kerja.. nak balik kerja kt kampung..kalau dah kat kampung boleh la aku jaga mak..aku suakan niat aku ni kat akak aku..aku whatapp dia..bagi tahu niat aku tu..akak aku pun cakap jangan ambil keputusan terburu2.. kerja dulu..kalau dah ada kerja kat kampung baru berhenti..

So lepas dah sampai sini, aku fikir balik sedalam2nya..yerrr,kita boleh merancang semuanya..tapi hanya Tuhan yang menentukan right???so aku pun dah rancang perjalanan aku lepas ni..harap2 berjalan lancar la hendaknya... korang doakan aku yerr... apa yang aku mampu lakukan untuk mak kat sini,aku hanya mampu berdoa supaya mak cepat sembuh,semoga mak kuat hadapi ujian untuk kali ni... 

Perasaan dan hati kita Tuhan jer yang tahukan.. Mungkin luaran korang akan nampak seseorang tu gembira, happy jer kan..tapi disebalik kegembiraan dia tu..tersimpan pelbagai perasaan.. kadang kegembiraan tu dibuat-buat untuk menutup rasa sedih dan kecewa..Namun hidup perlu diteruskan..seberat mana pun ujian yang Allah berikan pada tiap hambaNya pasti ada hikmahnya kan..? 

Aku teringat kenangan pagi ahad lepas masa kat kampung,aku pernah nampak mak nangis sorang2..aku cakap dengan mak sambil duduk berlutut depan mak: 

" mak jangan nangis..kalau mak nangis adik lagi sedih..mak kena kuat..mak jangan fikir sangat sakit mak ni..mak kena ingat..ader orang yang lebih teruk sakit dari mak..ada orang sampai tak boleh jalan..mak kena bersyukur sebab mak boleh jalan lagi..mak boleh tengok adik..mak tak boleh putus asa..mak kena kuat..".. 

Mak aku tak mampu nak berkata2..dia pandang jer muka aku sambil senyum..lepas tu aku tarik tangan dia ajak duk kat laur..tapi aku tahu..mak nangis sebab sedih dengan sakit dia... 

Serius, first time aku tengok mak putus asa cam gitu...aku bagi tahu akak aku..kena ader orang selalu dekat dengan mak..kena support mak..jangan bagi mak duk sorang2 layan perasaan..perasaan orang sakit ni ter-amat-laa sensitif..so sekarang tiap2 malam aku call mak tanya khabar mak..sampai mak aku pun macam dah bosan cakap dengan aku..hihi..sampai la malam tadi aku dengar suara mak macam ceria skit..bila mak cakap: " jangan risau,abg din ada..adik tu jaga diri molek duk sana" ...

Ada hikmah juga semua ni berlaku..bila dah jadi macam ni,baru la aku ingat nak call hari2 cakap dengan mak kat kampung..kalau biasa sebulan 3 kali jer..tapi bila jadi macam ni baru la risau..nampak tak kat situ??? betapa aku ni pentingkan diri sendiri sebelum ni..hmmmm...

Ok laaa..nak cite tu jerr...aku tak mampu nak bayangkan kalau aku kehilangan harta yang paling berharga dalam dunia ni...:( sebab tula,walaupun sakit mak cuma tkde la teruk mana..tapi risau aku tetap ader..selagi aku mampu untuk jenguk mak,aku akan balik..aku nak jadi anak yang sentiasa buat mak senyum..yelaaa..kita duk jauh..apa2 jadi tak mungkin aku orang pertama yang akan tahu kan..so aku harap semua baik2 belaka sementara menunggu aku dapat balik kampung untuk selama2nya... korang tolong doa2 kan aku supaya aku dapat yang terbaik yerr.. 

Aku ingat pesan bff aku kat kampung..dia whatapps tanya pasal mak aku..aku pun ader cite dengan dia pasal nak berhenti kerja ni..satu yang aku pegang kata2 dia.. "insyaallah ade rezeki mu, kalau niat mu balik sebab nak jaga mak mu" 

Thanks friend bagi aku semangat dan sentiasa support aku...


"Dan apabila ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu Doa Seorang Ibu"


p/s: Mum I love you so much.. mak jantung hati adik dunia akhirat..semoga mak sihat dan diberikan kesihatan yang baik.. (ok mak aku takkn bace ni,sebab mak aku xpandai main benda2 alah ni, so korang tolong doa untuk mak aku yerr..hihi)

No comments:

Post a Comment