Friday, 30 May 2014

Don't Judge a Book by it's Cover


Semua manusia bukan sempurna, masing2 punya masa lalu, tapi kenapa masa lalu tu yang kita sering nampak??tak layak ke untuk seseorang tu berubah untuk jadi lebih baik dari dulu.. kenapa mesti judge orang berdasarkan apa yang kita nampak?? 

Tak tahu ke disebalik sudut hati dia,dia tengah berperang untuk jadi lebih baik,kalau diberi pilihan dia taknak jadi macam dulu..tapi kenapa mesti kita ungkit kisah lalu tersebut...

Tak perlu bagi alasan dengan cakap seseorang tu berubah disebabkan sesuatu perkara..kerana kita belum terlalu kenal dia sedalam2nya..jika benar dia berubah..teruskan berdoa untuk dia berubah untuk jadi lebih baik dari dulu..bukan ke kita nak orang2 yang kita sayang sentiasa bersama kita menuju ke jalan yang diredhai..

Bukan pandangan manusia yang dia harapkan..tapi cukup sekadar untuk dia tahu bahawa hidup ni sentiasa diuji..diuji dengan pelbagai ragam manusia..semakin kita cuba untuk jadi lebih baik selagi itu la Allah uji kita.. 
Jadi jangan terlalu cepat menghukum seseorang itu pada apa kita lihat.. kerana apa yang kita lihat belum tentu apa yang betul dan apa yang kita lihat mungkin juga masa lalu yang cuba dia lupakan...






Belajar la untuk menghargai..kerana apa yang kita miliki tak selamanya kita akan miliki..







Wednesday, 28 May 2014

Sabar Itu Indah

Sabar...Korang penyabar tak??? serius aku ni bukan seorang yang sangat penyabar orangnya.. Memiliki sifat sabar ni tersangat la mulia kan.. tapi betapa sulitnya nak ada sifat sabar ni dalam diri..aku sendiri pun still belajar dan still mengalami kesulitan dalam memiliki sifat sabar ni...

Macam mana nak jadi sabar yerrr..? kadang2 terfikir juga macam mana nak sabar..sabar..dan terus sabar dengan setiap kesulitan yang kita lalui..kadang2 bila teruji jer sikit, mesti cepat jer melenting..kalau ader je something yang buat hati panas/touching terus luah dekat fb yerr dakk... tak boleh ke jadi cool, terima setiap kesulitan dengan senyuman yang menawan..walau dalam hati terguris luka...???

Yerrr..kita sedang belajar..belajar untuk terus bersabar..kadang2 kita cakap.." mulai hari ni aku akan bersabar dengan setiap apa yang berlaku" tapi mulut lain hati lain..bila sampai jer hari yang kena tu..ader ke kita sabar?? orang cakap kita ni bla bla bla.. orang buat kite ni bla bla bla..orang kondem kite itu ini.. masihkah ada sabar kat situ???

Yerrr..sabar itu perlu dipupuk..bukan sekadar cakap dekat mulut jer yer dakk..jadi yang boleh kita lakukan adalah memupuk sifat sabar tu..sabar ni indah,sabar ni manis..jadi yang manis yang indah ni biasa la kalau susah nak dapat kan...

Nak tahu korang ni sabar ke idokk?? kalau aku la kan.. time kita rasa kita kesal dengan something lepas tu kita pun macam protes tanda atas benda yang kita xpuas hati tu, xkisah la korang mengungkapkan kesalahan tu dengan sesuatu cara apa sekali pun, contoh membebel, geram lepas tu marah2 dengan orang lain...so masa tu sepatutnya kita (aku) harus sedar bahawa kita "masih kurang sabar"...

See..benda kecik jer pun kan..kadang2 benda tu buat korang rasa macam annoying sangat..tapi disebabkan benda kecik tu juga perasaan kita jadi berbolak balik..macam2 rasa..sikit2 nak touching (aku bagi contoh diri aku yerr) lepas tu merajuk semendang..lepas tu marah2..sampai ader orang cakap "ribut tkde guruh tkde  tiba2 hujan"..harrr..kan..dari kecik terus jadi besar..so kat situ boleh nampak yang sifat sabar tu betul2 kurang dalam diri nie kan...


Aku nak belajar untuk terus bersabar..terus bersabar..tak kisah la dengan apa jua keadaan pun..kadang2 dengan persekitaraan, kadang2 dengan orang sekeliling, kadang2 dengan benda yang kita guna hari2... sebenarnya kalau kita bersabar kita akan rasa satu nikmat hidup kan.. sebab bersabar tu juga mengajar kita erti bersyukur..

So guys.. bergantung atas diri masing2 jalan yang macam mana untuk kita pilih untuk bersabar kan.. kadang2 kita nak positif kan diri kita tapi baru jer nak strd positif dah ader suara2 sumbang yang melentorkan aura positif tu kan..jadi apa yang perlu kita lakukan.. JUST SMILE..biar p la dorang nak cakap ap..mulut orang memang kita tak boleh nak tutup..as long as kita terus bersabar..ganjaran orang yang sabar ni indah..

Kalau kita rasa nak marah cepat2 istighfar, dan ingatkan diri sendiri untuk sabar..sabar..dan sabar..lebih sabar..dan lebih sabar...
Tapi kadang2 mengungkapkan sesuatu lebih mudah daripada melakukannya kan??? so belajar la untuk terus bersabar wahai hati..  

Dan kat bawah ni aku bagi korang  cara2 untuk memupuk sabar..moh la kita amalkan supaya sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersabar yerr...

Cara-caranya adalah... (dikopi n pasta)

1. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.

2. Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. 


3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

4. Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.


5. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

6. Berwudhuk




Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Surah al-Asr ayat 1-3)

Saturday, 17 May 2014

Harta Dunia Akhirat!!!

Setelah seminggu menyepikan diri..mohh la kite bercerita..hihi..banyak cerita yang aku dah terlepas dari bloger2 lain..huhuhu..sebenarnya bukan tkde masa..tapi disebabkan mood tkde nak berstory dan mengoggle jadi aku diamkan diri dulu setelah balik bercuti dari kampung..(macam tipu jerr.. :p)sebenarnya banyak sangat nak story tapi tunggu mood aku ok dulu yerr..kihkikih...

Ok..macam yang korang sedia maklum la kan..(sape yang bace status aku dalam fb tu har) aku kan balik kampung minggu lepas sebab mak aku sakit.. :( 

So n3 kali ni aku nak story pasal mak aku la.. 11 mei hari tu hari ibu kan..so happy mothers day to mummy kat luar sana yerrr.. ok aku tahu aku lambat wish..tapi hari ibu ni tak semestinya ko sambut 11 mei jer yer dakk..bagi aku hari2 hari ibu..so kali ni aku berpeluang sambut hari ibu dengan ibu tercintaaa kat kampung..dalam kepala masa dalam bas tu dah plan "petang esok nak bawak family makan kat lua sambil lepak2 kat pantai, lepas tu beli kek untuk mak.." tapi gilaa sadisss..petang tu akak aku datang nak bawak mak g chekup, so terpaksa la sambut hari ibu tu dekat klinik Dr. Rozim.. mak kena tahan sebab kaki mak dah teruk sebab kencing manis..

Mula2 tak expect pon kaki mak akan kena operate..tapi bila jumpa Dr. Rozim, dia chek2 kaki mak..dia pun cakap la..

DR: kaki mak awak ni kat dalam dah teruk..kalau tak operate nanti merebak sampai kt sini (sambil tunjuk betis mak)

Aku & Akak : (aku pandang dia, dia pandang aku)

Lepas tu Dr. pun explain la apa yang dia akan buat dan  kos dia bape2 kalau operate dan dia suh kiteorang desite nak buat ke tak..so aku dengan akak aku tanpa fikir panjang suh jer Dr buat sebab takut melarat..mak aku pun redha jela..

kalau nak harap hospital kerajaan..ko g tunjuk kaki mak aku tu, dia boleh cakap: 
"biasa jer ni..takde apa2 pun..cuma kena jaga elok2"

Nak tunggu buruk kena potong dulu baru dia buka kes kot..bukan la nak kutuk hospital kerajaan, tapi tak patut la kan dia buat macam tu.. huhhh..

Selama 3 hari betapa kat Klinik,teman mak aku, macam2 yang aku rasa.. kadang2 rasa macam tak boleh tengok muka mak aku bila dia tahan sakit time nurse cucuk jarum masuk ubat.. ko bayangkan, tiga kali masuk still tak jumpa urat..tak pernah aku tengok mak aku menahan sakit cam gitu bila kena cucuk..boleh aku bayangkan betapa sakitnya mak tahan sakit (masa tu teringat aku kena cucuk ubat time nak operate apendiks..sakit gilaa,sampai Dr bius baru la kau tak sedar)

Bila dah kali ke 3 cucuk still tak jumpa lagi urat nak masuk jarum drip tu..mak aku pun dah tknk cucuk..aku  pun cakap la dengan nurse tu: 

Aku: nurse takyh cucuk lagi la..bagi mak saya rehat dulu..sakit sangat la ni, biasa mak ok je bila cucuk"

Nurse: ........ok la,bagi la mak cik rehat dulu,nanti saya datang balik..

Terus aku duk sebelah mak aku,gosok2 tangan mak yang bekas kena cucuk tu, sambil aku renung muka mak, mak renung aku..aku tanya la mak : " sakit sangat ke mak? 
mak : "hmmmmm..orang tak tahu,tak rasa...

Lepas tu mak terus pejam mata..nak tidur...
(dalam hati aku hanya Tuhan jer yang tahu bila aku tengok muka mak menahan sakit) kalau la sakit kena cucuk jarum tu boleh tukar, aku dah tukar dengan mak aku..biar aku yang tanggung sakit tu..ko bayangkan mak yang dah kurus,takde isi mana, harus la sakit bila kena cucuk,tambah plak masa cucuk tu dia masukkan antibiotik yang memang terang tang2 nurse tu cakap akan sakit dan pedih..so berganda2 la sakit kan.. nie bukan masuk air macam biasa korang tengok tu.. :( 

Lepas 15 minit, nurse lain plak datang nak cucuk..aku suh mak sabar tarik nafas sambil gosok2 bahu mak..masa tu boleh aku tengok muka mak tahan sakit sambil mulut terkumat kamit duk istifar..sampai la jarum drip tu masuk...Memang sepanjang duk kat sebelah mak aku tahan jer perasaan, tak nak nangis..sebab aku tahu kalau aku nangis mak akan lagi sedih..jadi kuatkan diri..

Seriously aku tak pernah tengok mak macam ni, memang mak dah biasa masuk hospital dulu2..tapi aku tak pernah kesempatan jaga mak full time..maksud nya dari segi makan,minum,masuk tandas semua kena pantau dan bawak..dulu masa mak masuk hospital sebab jari kaki mak kena potong sebab sakit yang sama, aku still sekolah masa tu..memang tak kesempatan nak jaga mak cam gini,kalau takat jaga kat hospital tu pernah la, tapi bila time mak nak makan,nak g tandas, akak aku yang handle.. lagipun masa tu aku budak2 lagi..akak2 aku memang tak harapkan aku..

So bila dah besar panjang ni,dah boleh buat decision sendiri dengan Dr kalau akak2 aku takde..aku rasa besar sangat tanggungjawab tu..aku rasa aku nak yang terbaik untuk mak aku..tapi aku tak mampu nak sumbang beribu riban dari segi kewangan untuk rawatan mak,nasib la akak2 aku ader..aku hanya mampu jaga mak dengan tenaga aku jer, kalau boleh aku nak selalu ada kat sisi mak,aku nak buat semua benda, taknak mak gerak..tapi aku hanya mampu jaga mak 3 hari.. 

Sampai satu masa, masa ontwy nak balik sini, duk dalam bas aku terfikir sampai nak berhenti kerja.. nak balik kerja kt kampung..kalau dah kat kampung boleh la aku jaga mak..aku suakan niat aku ni kat akak aku..aku whatapp dia..bagi tahu niat aku tu..akak aku pun cakap jangan ambil keputusan terburu2.. kerja dulu..kalau dah ada kerja kat kampung baru berhenti..

So lepas dah sampai sini, aku fikir balik sedalam2nya..yerrr,kita boleh merancang semuanya..tapi hanya Tuhan yang menentukan right???so aku pun dah rancang perjalanan aku lepas ni..harap2 berjalan lancar la hendaknya... korang doakan aku yerr... apa yang aku mampu lakukan untuk mak kat sini,aku hanya mampu berdoa supaya mak cepat sembuh,semoga mak kuat hadapi ujian untuk kali ni... 

Perasaan dan hati kita Tuhan jer yang tahukan.. Mungkin luaran korang akan nampak seseorang tu gembira, happy jer kan..tapi disebalik kegembiraan dia tu..tersimpan pelbagai perasaan.. kadang kegembiraan tu dibuat-buat untuk menutup rasa sedih dan kecewa..Namun hidup perlu diteruskan..seberat mana pun ujian yang Allah berikan pada tiap hambaNya pasti ada hikmahnya kan..? 

Aku teringat kenangan pagi ahad lepas masa kat kampung,aku pernah nampak mak nangis sorang2..aku cakap dengan mak sambil duduk berlutut depan mak: 

" mak jangan nangis..kalau mak nangis adik lagi sedih..mak kena kuat..mak jangan fikir sangat sakit mak ni..mak kena ingat..ader orang yang lebih teruk sakit dari mak..ada orang sampai tak boleh jalan..mak kena bersyukur sebab mak boleh jalan lagi..mak boleh tengok adik..mak tak boleh putus asa..mak kena kuat..".. 

Mak aku tak mampu nak berkata2..dia pandang jer muka aku sambil senyum..lepas tu aku tarik tangan dia ajak duk kat laur..tapi aku tahu..mak nangis sebab sedih dengan sakit dia... 

Serius, first time aku tengok mak putus asa cam gitu...aku bagi tahu akak aku..kena ader orang selalu dekat dengan mak..kena support mak..jangan bagi mak duk sorang2 layan perasaan..perasaan orang sakit ni ter-amat-laa sensitif..so sekarang tiap2 malam aku call mak tanya khabar mak..sampai mak aku pun macam dah bosan cakap dengan aku..hihi..sampai la malam tadi aku dengar suara mak macam ceria skit..bila mak cakap: " jangan risau,abg din ada..adik tu jaga diri molek duk sana" ...

Ada hikmah juga semua ni berlaku..bila dah jadi macam ni,baru la aku ingat nak call hari2 cakap dengan mak kat kampung..kalau biasa sebulan 3 kali jer..tapi bila jadi macam ni baru la risau..nampak tak kat situ??? betapa aku ni pentingkan diri sendiri sebelum ni..hmmmm...

Ok laaa..nak cite tu jerr...aku tak mampu nak bayangkan kalau aku kehilangan harta yang paling berharga dalam dunia ni...:( sebab tula,walaupun sakit mak cuma tkde la teruk mana..tapi risau aku tetap ader..selagi aku mampu untuk jenguk mak,aku akan balik..aku nak jadi anak yang sentiasa buat mak senyum..yelaaa..kita duk jauh..apa2 jadi tak mungkin aku orang pertama yang akan tahu kan..so aku harap semua baik2 belaka sementara menunggu aku dapat balik kampung untuk selama2nya... korang tolong doa2 kan aku supaya aku dapat yang terbaik yerr.. 

Aku ingat pesan bff aku kat kampung..dia whatapps tanya pasal mak aku..aku pun ader cite dengan dia pasal nak berhenti kerja ni..satu yang aku pegang kata2 dia.. "insyaallah ade rezeki mu, kalau niat mu balik sebab nak jaga mak mu" 

Thanks friend bagi aku semangat dan sentiasa support aku...


"Dan apabila ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu Doa Seorang Ibu"


p/s: Mum I love you so much.. mak jantung hati adik dunia akhirat..semoga mak sihat dan diberikan kesihatan yang baik.. (ok mak aku takkn bace ni,sebab mak aku xpandai main benda2 alah ni, so korang tolong doa untuk mak aku yerr..hihi)

Friday, 9 May 2014

Trust Me My Dear Friend!!!

Mula2 rasa macam tkde mood sangant nak menulis..tapi disebabkan terbaca satu en3 dari seseorang..ohhh..terus segar mata..mula la jari ni nak menari2 dengan lajunya diatas keyboard..tak tahu kenapa..mungkin aku yang terlebih perasan atau sebaliknya..sebenarnya instik aku pun dah mula berkata2 sebelum ni..tapi tknk layankan sangat sebab malas nak fikir benda2 remeh yang boleh rosakkan mood..tapi since dah terbaca n3 tu jadi mohh la kita bercerita..tu kekdahhnyerr.. 

Ok..straight to the point..korang pernah tak buat orang terasa dengan korang???tak pernahhh..???bagusss nyerrr..!!!tapi aku ni jenis masusia yang tak lepas dari kesilapan..mungkin aku sentiasa buat orang terasa dan salah faham dengan aku..padahal niat asal nyerr jauh tak bermaksud begitu..namum as a human, sape yang tak buat silap kan..kadang2 tanpa sedar kita dah guriskan perasaan orang..bagi kita.."alaaaa benda kecikk jerr..chill la babe.."tapi bagi yang jiwa kecik comel molek, itu akan menjadi luka bagi diri seseorang..

So bila dah jadi salah faham cam gini, mulala sel2 otak bergabung dan memikirkan cara untuk membanterasnya macam mana...tu kekdahnyerr..sebelum ni aku malas nak fikir sangat tapi since aku ni kan orang yang takut orang terasa dengan aku..jadi mohhh kita mulakan misi untuk bersuara..

Bagi aku,biar aku terasa dengan orang..sebab aku tahu walau terasa macam mana pun, aku akan ttp maafkan orang tu,..dan perasaan 'terasa' tu aku tak pernah simpan dalam hati melebihi tempoh 42 jam..sebab perr,sebabbb bila ingat balik pesan bro ni dia cakap:

 "wt pende mung duk touching2 dengan orang..biar p la dia nak kata pende pun,as long as mung tahu niat hati mung..maafkan jerr..tapi jangan bagi orang terasa atau marah dgn mung,buat orang sekeliling mung gembira dengan sikap mung,be a true frend.."

So aku pegang prinsip bro tu bagi..aku pernah dikencam dgn member poli (bekas musuh tradisi masa kt poli)..dituduh dengan pelbagai kata2 hina dan dusta, pernah dituduh mengfitnah..Lilahi..aku tak pernah nak mengfitnah orang, buang karang jerr..macam xtahu dosa pahala hukum fitnah tu apa kan....tapi bila aku ingat balik kata2 bro tu, aku yakin setiap apa yang berlaku tu mungkin ujian untuk diri aku..tapi tak bermaksud bila aku kate aku tak terasa aku tkde perasaan..aku akan terr-sangant-terasa bila benda tu melibatkan hidup mati life aku..

Ok..back to main story....

Bila dah jadi sesuatu perkara yang diluar jangka korang, ofcoss la korang akan sontapp kan..sebenarnya aku  tak tahu nak describe perasaan aku macam mana..tapi sejujurnya aku tak terasa mana bila baca n3 tu..malah aku siap terseyumm..hihi..senyumm sebabb.."Oooo..awak perasan saya tak story dengan awak yerr"..hehhhhh..malu la sayaaaaaa nak storyyyy..ok sebenarnya ni salah faham jerr awakk..yerr awakkk..

Oraite..mehh aku candidate kan special letter untuk dia la senang..supaya dia tak salah faham.. (ke aku yang perasaan yang dia tulis n3  tu untuk aku)hehhhh.....


Dear awak yang comelll (kembang la tu :p)

Sebenarnya saya tak berubah pun..saya still nurul syuhada yang awak kenal 3 tahun yang lepas.. still nurul syuhada yang pernah tido satu tilam dengan awak (tiba2 rindu plk memori daun keladi dlu).. saya still pendengar yang setia untuk awak luahkan perasaan kalau nak luahkan (tapi rasa macam tak jerr..sebab awak kan dah ader incik hubby) tapi still sudi mendengar kalau awk nak pinjam telinga saya ni..saya pun still mengharapkan awak sudi pinjamkan bahu awak bila saat saya rebah tersungkur bumi.. saya still berharap awak sudi jadi pendengar setia setiap cerita saya tanpa perasaan jemu dan bosan even saya tahu awak mungkin dah tak sama macam dulu.. :(

Jangan la cakap saya berubah dan sisihkan awak..berat tuduhan tu taww.. :( mungkin saya berubah dari segi tingkah laku..kalau dulu saya selalu sembang dengan awak time tengok2 tv, selalu banyak mulut duk bercerita tapi sekarang saya maluuuuuuuu (sambil tutup muka dengan tapak tangan)..awak mungkin tahu kenapa kan kan.. lagi pun saya rasa macam awak dah tak perlukan saya..yelaaaa,awak kan dah ader incik hubby,dah ader adik cayang..jadi saya rasa saya dah tak diperlukan.. :(  TAPI saya still cik adda yang dulu taw..(banyak kali dah ulang ni)banyak nak story dengan awk..tapi tkkn la saya nak jadi muka tak malu dengan tiba2 pergi buka cerita pasal skandal2 saya tu.. malu laa makkk...Oppppsssss.. harrr..kan dah terlepasss tu... 

Bukan saya tknk share dengan awak taw..sebenarnya saya nk sangat story dan share dengan awak macam dulu2, sebab saya still cik adda yang dulu, awak sendiri tahu saya pun tak punya teman yang rapat kat sini melainkan awak, tapi saya tengok awak macam tak berminat nak tahu,dan saya tengok awak macam dah xkisah pasal saya, jadi ada baiknya saya pun diamkan diri saja..tapi kalau perkara ni yang buatkan awak fikir saya berubah, sama sekali saya nafikan.. saya bangkang ..saya mintak maaf yerr..bukan niat saya pun untuk buat awak terasa.. pecayala..suatu hari nanti saya akan buka cerita dengan awak dengan lebih details lagi bila kita bersembang..terlalu banyak yang saya pendam dalam hati tentang kisah hidup saya..cewahhhhh..saya tak mampu nak story pada siapa2 kat sini..melainkan TER-LE-PASS cerita kat Pn. S sampai dah kua gosip dengan budak TM tuhh..aishhhh..

Trust me my dear frends, suatu hari nanti saya akan story dengan awak siapa mereka.. jangan terlalu cepat menghukum saya dengan mengatakan saya dah sisihkan awak,saya dah berubah...sedih sangat2 taw..sebab apa yang sebenarnya, saya yang terasa begitu..bila mana awak dah macam sisihkan saya bila bersama dengan adik2 awak..so i fill like i'am alone.. :( but is ok, i will understand because they are everything for you right..and i'am nobody..even those kalau awak kua berjimba tak pernah ajak saya..i'am so touching..saya pun berharap saya akan menjadi sebahagian dari keluarga awak,dilayan seperti adik2 awak..but again, i'am understand..i just your friend right,so saya padamkan rasa touching tu...but, sejujurnya sekali saya dah angap awak kawan,sekali keluarga saya dah kenal awak sebagai orang yang dekat dan rapat dengan saya kat sini,tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk buat awak terasa begitu, tak terniat untuk putuskan hubungan yang dah terjalin..saya mengharapkan saya akan menjadi kawan awal till the end of life..sebab saya tahu saya takkan selamanya berada dibumi asing ni..one find day saya akan pergi kembali pada bumi asal kelahiran saya (dah gaya macam duk planet lain plak yer dakk :p)

Jadi dikesempatan yang masih ader,saya masih perlukan awak sebagai kawan baik saya sampai bila2, even nanti jarak dah pisahkan kita. Dear friend,I still hope we will be a true friend until the end..sejujurnya... :(

Sincerely by:
Nurul Syuhada Sidek 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harrrr..tu diaaaa..dah macam gaya surat Don Juan plk kan..hihi..korang2 yang tak tahu story, korang diam dulu taw..tak pun korang boleh baca kat SINI yerr.. (tolong promosi belog awak :p) Macam yang aku cakap la..bila aku baca n3 tu, aku rasa macam terkena atas batang hidung sendiri jerr.. tapi tak tahu la kot2 aku yang terlebih perasan yerrr...apa2 pun n3 ni adalh untuk memberi penjelasan tidak ada maksuk lain melainkan yang benar-benar belaka...


p/s: nota cinta buat awak..yerr awakkk..hihi














Friday, 2 May 2014

ANTARA MENCARI WANG DAN MASA UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum korang-korang..hihi (tetiba jer cik adda bagi salam yer dak..biasa terus redah masuk jer kan)

Larrr ni dah masuk bulan Mei kan..kejap jerr..pejam-celik-pejam-celik dah masuk bulan rejab..lagi sebulan syaban lepas tu ramadhan lepas tu syawal..hihi..amboiii..lau sebut sal sayawal terus ingat baju raya yerrr(aku la tu)semoga sempat la sambut ramadhan hendaknyer..huhu

Sebenarnyer aku tak layak pun nak share dengan korang pasal ni..tapi sebagai sesama insan dan sebagai seorang perempuan yang mempunyai naluri keibuaan sukakan budak2..(cewahhhh..ayat xleh blaaa)hahahaha..aku nak juga share..sebenarnye aku pun copy n pasta dari fb..hihi..jangan marahh noddd..

Aku tertarik dengan apa yang orang ni tulis..Why???because what she/he said, tersangat-sangat la betul.. (ok..tkpe kalau korang nak cakap macam ni,"eleyy..tak khawin lagi,tkde anak lagi boleh la cakap cam gini..") is ok guys..iolsss dah biasa dengar ayat cam gitu..hihi..

Orite..let's reading and understand mummy and daddy..

ANTARA MENCARI WANG DAN MASA UNTUK ANAK2...

Kalau dulu, ayah je yang blk lewat.. Tp skrg, kdg2 ibu pun blk lewat....
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain, Riang , Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!,
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah Rindu ibu
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg di ulang, 6:00 ptg saat anak nampak ibu dan ayah dia , anak kita tekad... Dia nak ibu tgk dia ... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Ibu saya rindu n sayang sgt kat ibu....."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV ,FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu ibu .... Yg rindu ayah .... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan ayah...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama... "


Apa macamm..ader yang sentap tak..hihi...aku yang tkder laki dan anak lagi ni terasa  juga la sentap nyerr..
ehhhh ehhhhh..ape hal plak ko nak sentap2 nyerr cik adda oittt...
haruslaaa uollssss..walaupun iolsss tkde lakik atau anak tapi iollsss ader anak-anak sedara taww..anak sedara ioollss tu dah macam anak-anak iolsss sendiri taw..harrrr..tu kekdahh nyerr..
Maklum la, iolsss kan tkde hadik2..jadi korang faham la perasaan orang tkde adik ni macam mana..kalau boleh nak manja2kan anak-anak buah ni macam adik/anak sendiri..hihihi..

Sebab tu anak-anak buah aku especially yang level budak2 hingusan ni, kalau aku balik kampung mengekorr jerr..hihi..dan kalau dekat sini,yang paling manja dengan aku adik zati..bangga nyerr boleh panggil orang adikk..biasa orang jer yang panggil aku adik kan...hahahaha..

Ok..stop cite sal anak buah aku.. Sekarang nak story sal kat atas tu.. Aku tahu sebagai ibu, kite (kite??macam la aku ni dah jadi ibu yer dak) nak yang terbaik untuk anak2 kita right..tak semestinya aku tak jadi mak tapi aku tak tahu perasaan seorang ibu..cewahhhh..aku faham la sikit2...aku cuma ambil contoh dengan life family aku..

Yess..mempunyai keluarga yang besar merupakan satu rahmat untuk aku..Memang dulu kami orang susah, walaupun aku tak merasa sangat susah tu sebab masa tu aku belum lagi lahir..tapi Alhamdulillah, mak dan ayah aku berjaya besarkan anak-anak dia ni dengan 2 tangan dia sediri.. Anak-anak kan anugerah.. berkat ibu dan ayah aku membesarkan anak2 dia sampai semua jadi orang..aku tahu bukan senang nak besarkan 11 orang anak dengan hanya bekerja sebagai NELAYAN dan mak suri rumah sepenuh masa..tapi Tuhan tu maha kaya,dia bagi kita susah dulu tapi senang kemudian hari..Allamdulillah..

Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga ni,cuma masa sekolah dulu aku selalu fikir dan merungut kenapa aku tkde adik..tengok kawan-kawan ade adik tersangat la jeless..kalau apa2 mesti boleh buli adik kan..suh adik beli tu,suh adik buat tu,suh adik buat ni, harus la adik mengalahkan..hihihi..tapi semua tu angan2..tkkn la aku nak suh mak aku mengandung lagi yerr dak..hihi..even akak2 aku tak pernah pun buli aku macam gitu, cuma aku jer yang ada angan nak jadi kakak yang kejam mcm gitu..haha..

Tapi rupa-rupanya ader hikmah aku..ader hikmah yang Allah nak bagi kat aku, dia tak bagi aku adik tapi dia bagi aku anak sedara yang ramai..harrr layan la anak2 buah tu yerrr..hihi..bersyukur sangat.. Aku rasa hidup aku komplik..ader mak ayah,ade abang2,ada kakak2 yang super duper osemm..dan yang paling penting ader anak-anak buah yang boleh aku layan macam adik aku sendiri..hihi..
See...betapa indahnyer perancangan Allah tu.. so kite seharusnyer bersyukur dengan apa yang Allah bagi,dan aku bersyukur sebab aku jadi seorang 'adik'..Jangan tahu merungut jerr yer dak.. dan yang paling penting terima setiap apa yang Allah bagi tu sebagai anugerah..


So guys..sal tajuk kat atas tu, jom jadi ibubapa yang macam mak ayah kita dulu..dorang tak perlu habiskan duit beribu2 untuk besarkan kita,dorang tak perlukan ipad untuk ajar anak2 dia,diorang tak perlukan tempat jauh2 untuk bawak kite g jalan2..tapi kite still jadi orang yang baik2 kan..(perasan tak) :p ..
yang penting kasih sayang kita dalam mendidik anak-anak..masa kita bersama dia..gunakan sebaik mungkin..jadi kawan pada anak-anak kita..macam kakak aku yang sorang tu,dia dengan anak-anak dia memang memang macam kawan dan dia dah terapkan nilai yang macam ni dalam family dorang..so aku ambik dia sebagai contoh terbaik buat diri aku..

Aku pernah dengar ceramah DR.Muhaya tapi tak ingat dalam program tv apa,tapi yang aku ingat dia cakap nak jadi seorang isteri dan ibu ni kite kena banyak bersabar..

Yerr memang betul aku tak khawin lagi,tapi tak bermaksud aku buta tentang hal keluarga..hal cara pendidikan anak2..aku baca benda2 alah ni bukan sebab aku GATAL nak khawin tapi sebab aku nak jadi orang yang berilmu,orang yang sentiasa berfikiran positif dan up to date..bukan esok ko nak khawin,esok ko nak beranak baru ko sibuk nak cari ilmu dan tips2 sal benda alah ni kan.. So aku ambil semua ni untuk aku jadikan pengajaran pada diri aku sendiri suatu hari nanti..bila aku lupa aku boleh belek balik n3 ni kan...hihi..

So korang..let's be parents yang terbaik untuk anak2 korang yerr, especially untuk kakak-kakak aku yang ade anak kecik tu..aku pun nak jadi the best aunt in the family..taknk la jadi in the world..cewahh..ok lahh..tu jer nak story..huhu..jomm balikkk..

p/s: entry yang panjang..aku baca pun macam bosan..hahaha.. sesunguhnya n3 yang tak bergambar memang bosan..hahahaha..