Tuesday, 25 March 2014

Berakhirnya Satu Penantian


Seriously tak tahu nak mula dari mana..tapi apa yang aku rasa apa yang aku nak luahkan adalah tentang perasaan saat ini..aku tahu bukan aku seorang yang sedang bersedih dengan berita ni..malah seluruh rakyat malaysia yang merasa kehilangan..kehilangan mh370 terjawab selepas abg najib announce malam tadi..saat dia cakap pesawat terhenti di titik akhir di lautan hindi means pesawat tu dah terhempas la kan..even dia xcakap terhempas tapi maksud "berhenti" faham2 jela kan..masa tula hati aku rasa macam pilu sangat..tak terluah dengan kata2..terus masuk bilik..seriously hati aku tersa sangat dengan berita tu..sampai sekarang aku still xpercaya yang mh370 dah terhempas dalam lauta hindi..

Terhempas plak dilautan hindi..yerr lautan hindi..korang bayangkan lautan hindi tu macam mana..dengan kedalaman beribu2 kaki..xsilap 3600 kaki..lautan yang paling sunyi dan sepi...xdapat aku bayangkan..

Nak tido terus xjadi nak tido..duk terbayang macam mana la detik2 diaorang semua saat kapal terbang nak terhempas..even lau aku pun masa kapal terbang nak landing pun dah terasa cuaknyerr..inikan depa yang memang dah sah2 akan terhempass..xdapat nak bayangkan :(

Lebih menyedihkan bila datang ofis dengar radio dorang  pasang lagu2 sedih..betul2 sentap terus..buka plak fb, wall aku penuh dengan ucapan takziah untuk keluarga mangsa Mh370..Ya Allah,perasaan aku masa tu xboleh nak digambarkan..air jernih terus menitik..teingat kat semua mangsa mh370..saat aku tengok video yang dorang share kt fb dari tv alhijrah,dorang duk doakan untuk mangsa2 sekali lagi air jernih kua dari tubir mata aku.. :( ..masa tu memang xleh nak tahan perasaan dari tak menangis..walaupun mangsa2 tu tkde kaitan pun dengan aku tapi atas sifat sesama insan aku amat2 terasa dengan semua ni..

Sampaikan nak buat kerja pun rasa macam down..sampaikan buat kerja tersalah tulis tersalah key-in bagai..fikiran aku celaru,fikiran aku buntu..apa yang aku fikir adalah mh370..
yerr..aku tahu kita perlu terima ini semua sebagai qada dan qadar Allah..aku terima semua ni,aku terima takdir ini..tapi hati aku masih terasa..selagi kotak hitam belum jumpa kita belum tahu punca kejadian..jadi sama-sama la doakan semoga Allah permudahkan misi kita dalam mencari kotak hitam dan bangkai pesawat..

Biar la orang nak cakap aku touching ke apa tapi tulaa perasaan aku, sebab memang dari hari first kejadian ni 8/3/14, (cyap aku tanda dalam kelendar atas meja depan mata ni haa) aku memang follow up pasal mh370..sebelum ni xpernah aku kua bilik duk depan tv semata2 nak tengok berita..biasa bace BHonline jer..tapi sebab mh370,stard pukul 8 pm memang aku dah betapa depan tv nak dengar pc dr pihak keraa-jaan dan sebab nak ikuti pekembangan..so walau apa2 berita pun aku nak juga tahu..sampai la malam tadi, detik pm buat pengumuman khas akhirnya terjawab semua..




layan lagu ni..korang mesti rasa apa yang aku rasa..saat aku tulis n3 ni pon lagu ni tengah dimainkan kt radio hotfm... semoga Allah tunjukkan jalan yang mudah bagi misi mencari mh370..al-fatihah..


No comments:

Post a Comment