Tuesday, 29 October 2013

Cerpen: Aku & Dia dah putus




Assalamualaikum

“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai.
separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnyatiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “


~ikhlas~

Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak?
Mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit.

Kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?
Mungkin boleh disamakan macam berperasaan.
Katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik.

Bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.
Kecewa tak?
Mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?

************************************************
Tarik nafas...... sebut nama Allah sejenak. pejam mata.

Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa?
Orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?
Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu.

Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah.

Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya.

Tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.
kunfayakun (jadi maka jadilah)
Ikhlas lah. Ikhlas itu melegakan! :)



Thursday, 3 October 2013

CERPEN: Antara Dua Cinta




Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di uia gombak. Sangat tenang.

Mata beralih ke screen laptop. Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.
Tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang.
“oow, dah pandai bercinta ea sekarang..” ina menegur.
“bercinta? Mana ada.” Soalku kehairanan.
“tu, kat laptop tu apa? Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah ina lagi
Aku tersenyum. Pipi terasa panas.
“tengok, muka dah blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.
“Kau la, yang ajar aku bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau kenalkan aku dengan dia” aku menambah.
“aku rasakan  bila orang dah angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.
Aku tersenyum lagi. Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.
“ok, aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list aku.”
Ina memanjangkan muncungnya. “ ya, aku tahu. Aku mesti  takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.
“breakfast jom. Aku buatkan nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni. Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.
“okey! Aku masakkan air ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.
Aku tersenyum.
Aku masih ingat waktu aku tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.
Aku terpana, aku tengok Ina bukanla budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi. Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta tu…
Ina memandangku kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.
“Aku tengok kau sebagai budak yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu yang bercinta tu..” aku menyoal.
“bercinta tu apa?” Ina menyoal.
“bercinta tu haram.” Jawabku pendek.
Aku tahu bercouple itu haram walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul. Tapi aku abaikan semua itu.
Ina ketawa.
“cik adik sayang, bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.
“jadi, Ina sekarang bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi
“cinta pada Allah. Pada Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.
“tapi, bahagia ke?”
Padaku kalau ada teman lelaki, setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.
Ina tersenyum lagi.
“ ya, aku akui yang aku selalu saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.
Tapi cinta itu fitrah. Jawabku lagi.
“ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya.  Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.” Kata Ina panjang.
Aku mengangguk angguk tanda setuju.
“tapi, siapa nak pujuk kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi
Ina ketawa lagi menampakkan lesung pipitnya.
“Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat  40 kalau tak silap. kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ali-imran juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.
“ya la, family aku selama ni pun bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.
Ina tersenyum. “tahu takpe”.
“dan yang teman aku pergi klinik, bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang “Jawabku lagi.
“tapi Ina, bukan senang nak break up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kta cinta mati ni. Mungkin senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina, sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.
Ina tersenyum lagi “ aku bukan suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off. Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku, aku pun terkejut dan memberontak.”
“Habis tu?” soalku.
“ do it step by step. Kurangkan berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.
“ mungkin agak sakit pada mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej.  Tengahari  tiada orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan ingat janji Allah.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.
Sibukkan diri dengan aktiviti aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun kecil” sambung Ina lagi.
Air mataku hampir menitik. Aku mengetap bibir. Tekak  terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.
“tapi Ina, aku tak kuat. Aku takut Allah tak pandang aku”.
“ sungguh Allah itu maha pengampun maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kau.” Sambung Ina .
Air mataku akhirnya tumpah.
“hei,mana rotinya?” tegur Ina.
Aku tersedar dari lamunan panjang.
“jap, jap tengah buat la ni” jeritku dari compartmentku.
Ina datang membawa dua gelas air.
“ina, terima kasih sebab ajar aku bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku. Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku perlahan.
“kenapa tiba tiba buat drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.
“yang sentuh hati kamu itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.
“sekarang siapa heroin drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.
Ketawa kami pecah dalam tenang damai waktu dhuha.



Wednesday, 25 September 2013

Cerita Hari Raya

Assalamualaikum uolsss.. (tetiba je kan bg salam untuk n3 kali ni) haha..
amik mood  lps sebulan lebih beraya..
wokess..lama gak la aku xupdate belog ni kan..bukan apa,tengah kumpul mood nak story mory dgn uolss la..iceliii banyak taw benda nak cite..
orang lain dh berjulat update sal n3 raya kan,aku je yang tertinggal kebelakang skit..muahaha..bukan ap,sibuk la oulss,lepas raya banyak kerja outstanding yang nak kena buat..cewahhh,gtuiii sibukk koo..padahal sibuk dengan fb kn..haha..ehh2 betol la..memang sibuk la, tapi bukan department iollss la..admin punya department,so aku menyibukkan diri jugak la tolong2 dorang siapkan claim, sementara bos aku xbagi kerja lagi kt aku kan..so boley la nk tolong cover kerja dorang dulu..sebab dorang punya kerja ade date line..so bila lambat siap,lambat hantar,lambat la payment yang masyukk..so bila payment lambat masyukk bos pun bising2 la..ye dakkk..hihi..
ehh2..ap kehel pulak aku duk cite sal kerja ni,story sebenar nk cite sal raya kan..okk stopp...



Haaaa..tu diaaa..bakar lemang uollss..tp opkoss la bukan aku yang bakar..hihi..ni abang aku..i-celii ni pic bakar lemang umah akak aku,sebab umah mak memang takde bakar2 ni,dan raya ke3 memang kami anak beranak dah berkampung disini untuk kenduri umah akak..so abang aku yang ni,dengan besar hati nyer menooferkann diri nak tolong bakar..apa lagi, aku pun tolong la mengooferkan diri tangkap gambar dia secara candid.. katenyerr..hahaha..



Okehh..tu pic raye pertama..masa ni  follow abang long aku g beraya umah ketua polis Terengganu..open house uolss..ap lagi dah sebut open house makan tak hengatt la kan..siap makan baru ingat nak snap pic..hihi..since tahun ni aku beraya sorang2,so ikut jela..ehh2 ade yg tanye asal plak raya sorang2 kn..ehemm..maksud aku yela tahun lepas ade lagi kakak aku yang sorang tu, so bila p jalan2 mesti aku dengan dia la yang status single but not available..haaa gtuuiii..tp masuk tahun ni dia dah tukar status jd wife orang, so aku jela yang tinggal sorang2 as a single daughter or we call it anak dara kt umah mak..hukhuhu..so ap2 kerja kt umah tu, aku la yang kena handle..dari pasang langsir,angkat sofa (macam gagah je kan) sampai la keluarkan pinggan mangkuk, bekas kuih semua..penat hokess..kecuali tender masak2 aku xambik sebab yang tu tugas akak aku yang dah khawin..dia memang chef bila balik kampung ni..hihi..masakan dia pun memang ummmppp gua cakap sama lu.. 

First pic, yang kat sebelah aku tu, akak aku yang ntah no berapa..ahaha (zalim punya adik kan)akak sendiri pun xtahu no bape..ok2.. aku agak2 la ekk, yg keeeee 4..yeahhha betoll..hahaha..setelah dikira dan ditolak memang no 4..(kalau salah lagi mintak ampun yongg)..akak aku ni ibu kepada mekk Jihah dan Awang (bukan nama sebenar), so masa raye, aku yang single ni saing (kawan) dengan mekk Jehah jewww..sedih kan..mak sedara menumpang kasih anak sedara..hahaha..ni la nasib labu yang tkde adik...hohoho..


                                           
Ok..masa ni baru la aku perasan yang aku ni betol2 pendek/rendah even dah pakai hight  heels yang 4" kauuu...still xboley lawan dengan budak sebelah tu..aku xtahu la samaada aku yang rendah atau dia yang tinggi..winkwinkk..


       

Anaksedara Vs maksedara
This is our pic, tapi ni pic raya keempat masa kenduri umah akak aku..tambah lagi dua orang anak buah aku yang belah kiri tu Adia, dua dari kiri Tasya, n then opkoss la aku n last belah kanan tu mekk Jihah..hihi..4 dara abab ini..kalau korang nak taw anak sedara aku Adia tu same age dgn aku dan dia bakal menamatkan zaman bujangnya awal tahun depan..Insyaallah..jeless maksedara tawww..haha...lau orang tanya maksedara bila..ni jawapan nyerr, jodoh xsampai lagi..tetttttt...hihhii..

      

Tu gambar sebahagian daripada adikberadik aku..sebenarnya keluarga kami ni big family, so lau nak panggil semua masuk tangkap gambar memang xtahu kemana pergi dorang..sebab yang tinggal ni akak2 aku je..biasa la kaum2 hawa ni takkan lepaskan peluang lau bab bergambar..kankan..
Pic belah kanan tu semua akak aku, enam orang lagi tiga orang lelaki..macam korang sedia maklum la kan..paling ramai adikberadik dalam kalangan kawan2 adalah aku..lau masuk bab orang tanya aku bape orang adik beradik..fuhhhh..soalan ni paling malas aku nak bagi jawapan taw..sebab free2 je kena perli dengan dorang..lau yang pempuan tu okk lagi la..perli2 sopan gtuuuii..tapi lau masuk kawan laki yang taw aku adikberadik ramai ni..memang kaw2 dia perli ayah aku..aishhh..
nasib la aku yang last,lau ada lagi adik2 bawah aku memang tebal jugak la muka nak cakap..hahaha..

             

Apa macam??ni baru sebahagian..xcampur lagi cucu cicik lain..lau campur semua haruss kena crop la muka dorang..hahaha..pic tu anak sedara dgn cicik sedara masuk sekali,memang meriah la kan.. nak2 time raya kan..masa ni la kitaorang berkumpul adikberadik..tapi sayang pic mak dengan ayah aku xmasuk..yelaa,asal nak tangkap gambar je mesti dorang tkde..time ni mak aku tengah rehat2 dalam bilik kot sebab penat kenduri kan,ayah plak opkoss la duk kt bawah layan tetamu akak..so memang xsempat nak bergambar.. 
kitaorang je terlepas jap snap2 pic...huhuhu
pic yang belah kanan skali tu,aku dengan abang sulong aku..lau nak tangkap gambar dengan dia ni biasa suasah skit..muka xhemsemm katernyerr..arhhh pedulik ap aku,dengan rela paksa aku suh jugak dia masuk..hihi..


Last but not least, anak buah ucu yang paling cute abab ini..muahhh 4juta kali..hihihi..miss u boy..balik kampung next time ucu nak peluk adik ketat2 taw..sebab adik dah dapat kaki kan2..nanti boley la ucu bawak adik jalan2 kat pantai..hohoho..

okehh uolsss,rasa dah panjang berjela aku tulis n3 kali ni,ntah korang bace k atau skip2 tengok pic je kan..hahaha..wokeyy la..bye2..nanti next n3 aku cerita dengan korang sal story nak g........rahsiaa..hihihi..

Thursday, 29 August 2013

Untuk Dia






Aku berdoa dan berharap : 

"agar Allah SWT selalu menyertai setiap langkahmu"

...........................kerana...............................
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa

Langit itu selalu biru,
Bunga selalu mekar,
dan mentari selalu bersinar..

Tapi ketahuilah baawa Dia selalu 

memberi pelangi disetiap badai,
Senyum disetiap air mata,
Barakah disetiap dugaan,
dan jawapan disetiap doa.





Tuesday, 23 July 2013

14 ramadan

pejam celik pejam celik tup2 dh masuk 14 ramadhan kan..rasa mcm sekejap je masa berlalu,rasa macam semalam baru aku pindah tinggal umah baru,rasa macam semalam baru aku cakap dekat mak yang aku rindu gila2 kt dia..rasa macam semalam baru aku dapat miss pink..ehhh2 tapi memang semalam ap dapat miss pink tu kn2..

okehh uolsss let's start our sembang-sembang..bulan-bulan pose ni xboley gosip2 taw..nanti kureng pahala puasa..sebelum ni aku selalu post2 sal n3 jiwang karat kn,so hari ni mood aku kureng skit nk bermadah berhelah ni..aku just nak perabihkan masa sementara tunggu nak balik ni..bosan tahap gaban terr..biasa boleh layan game lau bosan2 tapi hari ni candy tu mcm tknk bg aku main je..dekat satu jam duk loading..buang masa je tunggu kn..so sementara tunggu jam berdetik sampai 4.30pm macam-macam aku buat sampai la yg last ni duk update n3 ni sambil layan lagu raya..hihihi..mood raya la katakan..
jom layan jap lagu ct ni..



Tadi duk belajar resepi dengan cik google..aku ni gempak je cari resepi tu resepi ni tapi masaknyer tidakk!!!bukan malas okehh tapi leceh la ikut resepi cik google, kena carik bahan tu bahan ni,jadi aku nak ikut kepala sendiri j..aci kan..hihi..jap2 ade satu news happy yang aku nak share..happy pada aku la..nak tw ap..hihihi..jeng2..aku rasa dramstikkk aku dah kecik skitt..KECIK!!kecik skit la dari kakak aku yang sorang tu kot..mitak ampun yopp..hihi..tp still besar lau nk dibandingkan dengan  budak2 ofis aku cik ayu,cik ain dan puan siti tu..tapi memang xleh lawan la..sebab diaorag semua saiz ikan sadin,aku je sain ikan tongkol,dh memang keturunan peha besorr kan...hukhuhu..tp xkisah la..janji ade perubahan untuk aku kan2..xsia2 la aku diet, ade jugak hasilnyer.. walaupun org xnampak tapi badan kite boleh rasakan..aku perasan ni pun sebab semalam aku pakai seluar slack yang biasa aku pakai tu..biasa lau pakai seluar tu memang tkde la ruang2 udara tu,tapi semalam aku rasa macam ade je ruang2 udara kt bahagian dramstikkk tu...see???hihihi.. okehh tknk la perasan lebih2..huhu.




arhhhhhh...sayu hati..rasa macam sekarang juga nk balik kampung nak raya... opssss teroverr..puasa xcukup lagi kan 29 hari kan..hihihi..

ok lahh uolsss lagi 5 minit nk balik ak chau dulu la..masa untuk kemas2 meja..hihihi..

Monday, 22 July 2013

Disebalik Liki-liku

                             

Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya sebalik hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia.  Tetapi di corak hampa dan air mata.  Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam.  Aku belajar menjadi insan matang.  Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  Bukan merungut mencipta sesalan.  Kerana ku tahu bahawa  segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna.  Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia.  Kerana ku yakini bahawa  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Sebalik kegagalan semalam telah menghancurkan impian.  Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.  Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan.  Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang,  Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku.  Namun kerana sebalik kehilangan itu aku belajar sesuatu.  Bahawa setiap yang datang akan berlalu.  Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku.  Dengan  cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.

Dunia telah mengajar aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketetuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap pristiwa.



~Terima kasih Allah~

Friday, 24 May 2013

Ujian itu tanda kasih sayang Allah

Petunjuk Allah itu sudah pasti,sudah terang, petunjuk itulah yang aku cari selama ini,namun bila aku tahu hakikat sebenar, betapa sakitnya hatiku,betapa hancurnya perasaanku. Air mata peneman duka dikala aku teringatkan kecuragan si dia, Sukar untuk memulakan langkah ini untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang yang terbentang luas dihadapan..kadang-kadang, aku sendiri keliru dengan jalan yang aku pilih,kerana setiap jalan yang ku pilih ada pahit dan manisnya..namum hidup mesti diteruskan..walaupun sukar untuk kuhadapi,ku percaya setiap apa yang dilakukan dengan iklas keranaNya pasti tersimpan hikmahnya.

Selama ini aku mencari-cari,terkejar-kejar dengan cinta manusia,sedangkan cinta manusi hanya sementara..pantas aku terfikir,untuk apa aku mencari dan mengejar cinta manusia yang sememangnya datang dariNya sendiri,kenapa aku tidak kembali terus kepadanya,meminta dariNya saja,bukankah itu lebih baik..oleh itu ku sedar setiap ujian ini  pasti Dia temukan satu jalan untuk kita kembali kepadaNya..

Yaaa..Ujian itu menyedarkan aku,menyedarkan aku tentang satu perkara yang amat aku kesali..cinta bukan segala-galanya..untuk apa aku menangis dan meratapi dirinya,untuk apa aku peningkan kepala memikirkan tentang orang yang tidak pernah menghargai cinta aku..lantas aku bangkit,aku sematkan dalam diri ini.."Jodoh itu rahsia Allah"..Dia temukan seorang yang salah pada mulanya dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhiranya.. 

Yaaa..aku percaya,setiap ujian yang berlaku pada diriku ini ada hikmahnya..untuk saat dan ketika ini hanya doa dan kesabaran yang hanya aku mampu lakukan agar aku sentiasa sedar dan tenang untuk menghadapinya..namun aku hanya manusia biasa yang kadang2 lemah untuk menghadapinya...terlalu lemah sehingga aku jatuh tersungkur menyembah bumi..bagaikan batu besar yang mehempap aku.. 

Pada saat dan ketika ini aku sakit dengan perbuatannya,aku harap Allah kuatkan hatiku untuk menempuhi segalanya dengan penuh keredhaan dan ketenangan agar aku menjadi lebih kuat dari semalam..
Ya Allah,aku buntu pertolonganMu, damaikan hatiku,berikan aku pentunjuk pada jalan yang terbaik untuk aku tempuhi disaat ini dan akan datang..sesungguhnya aku manusia yang lemah yang sentiasa buntukan pertolongan dan perlindunganMu setiap masa dan saat..

Jika aku jatuh cinta lagi,jagalah cintaku wahai hati agar cintaku tidak melebihi cinta padaNya..cintailah Dia sepenuh hatimu wahai hatiku agar kau tidak lagi dikecewakan...cintai Dia seiklas hatimu kerana cintaNya tidak pernah mehampakan dirimu wahai hatiku dan kerana Dia sentiasa mencintaimu setiap masa tanpa mengira kau susah dan senang..setelah cintaNya kau miliki,disitu kau akan merasa ketenangan C.I.N.T.A yang sebenarnya...

olehh itu : 
♥ Jangan sesekali biarkan wajah mu digenangi dengan air mata kecewa kerana cinta Dunia...... 
♥ Serahkan cintamu pada Ilahi......
♥ Pasti dirimu tidak akan dikecewakan..... 
♥ Cukuplah Allah SWT dihatimu...
♥ Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini..
♥ Tangisan semalam takkan mematahkan semangat juang..
♥ Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan kehidupan..

Tetapi...
♥ Tangisan semalam adalah semangat untuk terus berjuang..
♥ Tangisan semalam adalah kekuatan untuk terus tabah..
♥ Tangisan semalam adalah kebangkitan untuk terus menuju BAHAGIA !!


Wednesday, 22 May 2013

aKu yanG disaKiti

Bismillahirrahmanirrahimm!!!!

Berat untuk aku meluahkan apa yang aku rasakan saat ini, tapi lagi berat jika aku pendam apa yang aku rasa..tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata betapa sakit dan kecewanya.. Aku cuba untuk melupakan,aku cuba untuk bangkit kembali setelah aku jatuh,aku cuba untuk buang segala tentang  apa yang aku rasakan saat aku ingat apa yang berlaku, tapi aku x mampu untuk menipu diri ini..aku x mampu untuk terus melupakan dan terus berpura-pura gembira disaat dan ketika ini..














Friday, 17 May 2013

sampai disini saja...


Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."

"..sampai di sini.."

"..tak ada jodoh di antara kita.."

"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."


Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula kita bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).


Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.


Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Hanya satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.


Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.


Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.


Konsep Tawaqqi.


Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."


Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.

Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata,insyaAllah..







Thursday, 16 May 2013

my superrb hero & heroin

huissshh..agak lama jari aku xmenari2 di atas keyboard ni untuk menulis atau lebih tepat untuk meluahkan perasaan sendiri..almaklum la agak sibuk menghabiskan stok novel..so sekarang agak2 dh free tkde kerja ak pn boring tahap gaban  xthu nak buat ap so lets go babe...


okehhh..ade nampak itu gambarr...??amik aura syed azri jp.. sebenarnyer aku baru je habis bace novel USD (untuk semua dosaku) untuk kali ke3..kali ke3 kau..aku pun hairan mcm mana novel boleh ak katam sampai 3 kali,tapi tafsir yang tak sampai pun setebal novel 7 hari mencintaiku tu boleh plak ak xhabis bce lagi,padahal tahun lepas lagi beli tu...aisshhhh..syaitannnnnnnnnnnnn!!!itulah pengaruh utama...


tapi serius oww..wa cakap sama lu..novel USD ni memang lain dari yang lain..aku paling suka jalan cerita dia..novel ni pun banyak bagi aku pengajaran..pengajaran apa,korang bace la sendiri okehh...lagipun aku terbawa2,teragau2 dengan watak syed azri ni..walaupun aura gambar yg aku letak ni tkde ciri2 syed azri, sebab utama oscoss la hero kt atas ni tkde SSB like tuan syed kn..hihhii..never mind..tu aku tolak tepi..sebab aku cuma nak amik aura hemsem je..kartun ni smart what..macho..so aku nak bayangkan ni tuan syed la..



wokeyyy..ni plak aku nak imaginkan watak nur lisa versi jumaera jane or we also call it si kumtum rejong..haha..lau yang sape2 bace USD ni taw la sape nur lisa ni kan..watak nur lisa paling aku suka..aku boleh imagine dia ni orang macam mana...selamber habiss la masa time tinggal serumah dengan syed azri kan..sampai la diaorang couple..wokeyy,aku nak cite disebalik watak lisa ni aku dapat compare kan dengan diri sendiri..yelah sape xpernah buat dosa kan..cuma yang membezakan nur lisa dengan diri sendiri,aku tkde la seteruk nur lisa sampai clubing,minum,n so on kn..cume aku terbayangnyer aku pun pernah buat silap..silap apa...??haaa..yang tu korang tkyh la tahu..nak pikir jugak??lantak korang la..tapi korang jangan la pikir aku buat benda2 pelik plak okehh..cukup aku kate yang aku pun pernah buat dosa..setiap manusia pasti pernah buat kesilapankan..termasuk la diri aku yang lemah germelai ni..akhahak..tapi tu cerita zaman dinousorr dulu la,time study jauh dari mak bapak kn so hidup taw nk enjoy jela kan..sekarang aku dah jumpa jalan yang betul so after all aku rasa diri aku ni banyak sangat kekurangan,kelemahan dan y not aku baiki diri aku ni sikit demi sikit kan..dan jalan yang terbaik masa aku duk tempat orang ni la aku kena belajar untuk hargai diri aku sendiri dan cuba untuk jadi macam watak nur lisa versi ustazah..kembali ke jalan yang benar..(gaya macam aku ni sesat je dulu kan)tkde la sesat sangat cume melencong je skit...tp tkpe la..sekurang-kurangnya aku cuba untuk baiki diri aku sendiri..



okeyyy guys...nie nur lisa versi ustazah..(dalam bayangan aku la) agak2 sama x muka nur lisa yang x bertudung dengan yang pakai tudung ni..??boleyy la kan..aku amik pic ni pun sebab aku suka tengok girl ni..even muka masam macam jeruk pun but still cute okehh.. hohohoho..sekarang aku demam dengan baca novel je..sampai dh berimaginasi sendiri..tidur novel,makan novel,nasib mandi pun aku x usung bawak novel skali..lau x lecun la novel ak oww..rugi je aku beli kn...

so guys cerita aku pada petang ni sebenarnya just nak exercise kan tangan menaip panjang2 disamping nak tunggu jam berdetik sampai pukul 5.oo p.m...5.oo p.m masa untuk angkat kaki angkat punggung dari ofiss..hihi.. tkde la pukul 5.00 p.m tepat2 aku teruss chau..lebih skit la dalam15 minit..(tp lau bos tkde bedal je..mcm hari ni)hahaha.. bosan kau tkde kerja,bos xmasuk dengan kerjanye tkde,memang bosan dh terlebih tahap nihh..dari pagi duk on9 je....wokeyy la..dah lenguhh dh tangan ni duk menaip..so aku tinggalkan korang dengan lagu kt bawah ni ekk..sempena hari guru kan..so amik la mud ari guru skit..hihi..




ok2..aku tahu lagu ni xsesuai dengan en3 kt atas tu kan..tkpe la..janji enjoy okehh..