Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya sebalik hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata. Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar
tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa di genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada
dibayanganku. Dunia hanya persinggahan
yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna. Aku belajar menjadi diri aku apa adanya. Tidakku cemburu menatap kelebihannya
dia. Kerana ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama. Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan
kekurangan yang tidak serupa.
Sebalik kegagalan semalam telah menghancurkan impian. Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat
suatu kesimpulan. Bahawa tidak semua
yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi
pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang, Jangan pernah lupa bahawa Allah juga
merancang. Dan perancangan Allah
sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam
dihatiku. Namun kerana sebalik
kehilangan itu aku belajar sesuatu.
Bahawa setiap yang datang akan berlalu.
Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah
terjadi di hatiku. Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku
yang layu.
Dunia telah mengajar aku memilih untuk selalu berasa kecewa
dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali
menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketetuanNya dan akhirnya akan
belajar dari segenap pristiwa.
~Terima kasih Allah~
No comments:
Post a Comment