Friday, 24 May 2013

Ujian itu tanda kasih sayang Allah

Petunjuk Allah itu sudah pasti,sudah terang, petunjuk itulah yang aku cari selama ini,namun bila aku tahu hakikat sebenar, betapa sakitnya hatiku,betapa hancurnya perasaanku. Air mata peneman duka dikala aku teringatkan kecuragan si dia, Sukar untuk memulakan langkah ini untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang yang terbentang luas dihadapan..kadang-kadang, aku sendiri keliru dengan jalan yang aku pilih,kerana setiap jalan yang ku pilih ada pahit dan manisnya..namum hidup mesti diteruskan..walaupun sukar untuk kuhadapi,ku percaya setiap apa yang dilakukan dengan iklas keranaNya pasti tersimpan hikmahnya.

Selama ini aku mencari-cari,terkejar-kejar dengan cinta manusia,sedangkan cinta manusi hanya sementara..pantas aku terfikir,untuk apa aku mencari dan mengejar cinta manusia yang sememangnya datang dariNya sendiri,kenapa aku tidak kembali terus kepadanya,meminta dariNya saja,bukankah itu lebih baik..oleh itu ku sedar setiap ujian ini  pasti Dia temukan satu jalan untuk kita kembali kepadaNya..

Yaaa..Ujian itu menyedarkan aku,menyedarkan aku tentang satu perkara yang amat aku kesali..cinta bukan segala-galanya..untuk apa aku menangis dan meratapi dirinya,untuk apa aku peningkan kepala memikirkan tentang orang yang tidak pernah menghargai cinta aku..lantas aku bangkit,aku sematkan dalam diri ini.."Jodoh itu rahsia Allah"..Dia temukan seorang yang salah pada mulanya dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhiranya.. 

Yaaa..aku percaya,setiap ujian yang berlaku pada diriku ini ada hikmahnya..untuk saat dan ketika ini hanya doa dan kesabaran yang hanya aku mampu lakukan agar aku sentiasa sedar dan tenang untuk menghadapinya..namun aku hanya manusia biasa yang kadang2 lemah untuk menghadapinya...terlalu lemah sehingga aku jatuh tersungkur menyembah bumi..bagaikan batu besar yang mehempap aku.. 

Pada saat dan ketika ini aku sakit dengan perbuatannya,aku harap Allah kuatkan hatiku untuk menempuhi segalanya dengan penuh keredhaan dan ketenangan agar aku menjadi lebih kuat dari semalam..
Ya Allah,aku buntu pertolonganMu, damaikan hatiku,berikan aku pentunjuk pada jalan yang terbaik untuk aku tempuhi disaat ini dan akan datang..sesungguhnya aku manusia yang lemah yang sentiasa buntukan pertolongan dan perlindunganMu setiap masa dan saat..

Jika aku jatuh cinta lagi,jagalah cintaku wahai hati agar cintaku tidak melebihi cinta padaNya..cintailah Dia sepenuh hatimu wahai hatiku agar kau tidak lagi dikecewakan...cintai Dia seiklas hatimu kerana cintaNya tidak pernah mehampakan dirimu wahai hatiku dan kerana Dia sentiasa mencintaimu setiap masa tanpa mengira kau susah dan senang..setelah cintaNya kau miliki,disitu kau akan merasa ketenangan C.I.N.T.A yang sebenarnya...

olehh itu : 
♥ Jangan sesekali biarkan wajah mu digenangi dengan air mata kecewa kerana cinta Dunia...... 
♥ Serahkan cintamu pada Ilahi......
♥ Pasti dirimu tidak akan dikecewakan..... 
♥ Cukuplah Allah SWT dihatimu...
♥ Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini..
♥ Tangisan semalam takkan mematahkan semangat juang..
♥ Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan kehidupan..

Tetapi...
♥ Tangisan semalam adalah semangat untuk terus berjuang..
♥ Tangisan semalam adalah kekuatan untuk terus tabah..
♥ Tangisan semalam adalah kebangkitan untuk terus menuju BAHAGIA !!


Wednesday, 22 May 2013

aKu yanG disaKiti

Bismillahirrahmanirrahimm!!!!

Berat untuk aku meluahkan apa yang aku rasakan saat ini, tapi lagi berat jika aku pendam apa yang aku rasa..tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata betapa sakit dan kecewanya.. Aku cuba untuk melupakan,aku cuba untuk bangkit kembali setelah aku jatuh,aku cuba untuk buang segala tentang  apa yang aku rasakan saat aku ingat apa yang berlaku, tapi aku x mampu untuk menipu diri ini..aku x mampu untuk terus melupakan dan terus berpura-pura gembira disaat dan ketika ini..














Friday, 17 May 2013

sampai disini saja...


Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."

"..sampai di sini.."

"..tak ada jodoh di antara kita.."

"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."


Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula kita bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).


Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.


Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Hanya satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.


Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.


Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.


Konsep Tawaqqi.


Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."


Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.

Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata,insyaAllah..







Thursday, 16 May 2013

my superrb hero & heroin

huissshh..agak lama jari aku xmenari2 di atas keyboard ni untuk menulis atau lebih tepat untuk meluahkan perasaan sendiri..almaklum la agak sibuk menghabiskan stok novel..so sekarang agak2 dh free tkde kerja ak pn boring tahap gaban  xthu nak buat ap so lets go babe...


okehhh..ade nampak itu gambarr...??amik aura syed azri jp.. sebenarnyer aku baru je habis bace novel USD (untuk semua dosaku) untuk kali ke3..kali ke3 kau..aku pun hairan mcm mana novel boleh ak katam sampai 3 kali,tapi tafsir yang tak sampai pun setebal novel 7 hari mencintaiku tu boleh plak ak xhabis bce lagi,padahal tahun lepas lagi beli tu...aisshhhh..syaitannnnnnnnnnnnn!!!itulah pengaruh utama...


tapi serius oww..wa cakap sama lu..novel USD ni memang lain dari yang lain..aku paling suka jalan cerita dia..novel ni pun banyak bagi aku pengajaran..pengajaran apa,korang bace la sendiri okehh...lagipun aku terbawa2,teragau2 dengan watak syed azri ni..walaupun aura gambar yg aku letak ni tkde ciri2 syed azri, sebab utama oscoss la hero kt atas ni tkde SSB like tuan syed kn..hihhii..never mind..tu aku tolak tepi..sebab aku cuma nak amik aura hemsem je..kartun ni smart what..macho..so aku nak bayangkan ni tuan syed la..



wokeyyy..ni plak aku nak imaginkan watak nur lisa versi jumaera jane or we also call it si kumtum rejong..haha..lau yang sape2 bace USD ni taw la sape nur lisa ni kan..watak nur lisa paling aku suka..aku boleh imagine dia ni orang macam mana...selamber habiss la masa time tinggal serumah dengan syed azri kan..sampai la diaorang couple..wokeyy,aku nak cite disebalik watak lisa ni aku dapat compare kan dengan diri sendiri..yelah sape xpernah buat dosa kan..cuma yang membezakan nur lisa dengan diri sendiri,aku tkde la seteruk nur lisa sampai clubing,minum,n so on kn..cume aku terbayangnyer aku pun pernah buat silap..silap apa...??haaa..yang tu korang tkyh la tahu..nak pikir jugak??lantak korang la..tapi korang jangan la pikir aku buat benda2 pelik plak okehh..cukup aku kate yang aku pun pernah buat dosa..setiap manusia pasti pernah buat kesilapankan..termasuk la diri aku yang lemah germelai ni..akhahak..tapi tu cerita zaman dinousorr dulu la,time study jauh dari mak bapak kn so hidup taw nk enjoy jela kan..sekarang aku dah jumpa jalan yang betul so after all aku rasa diri aku ni banyak sangat kekurangan,kelemahan dan y not aku baiki diri aku ni sikit demi sikit kan..dan jalan yang terbaik masa aku duk tempat orang ni la aku kena belajar untuk hargai diri aku sendiri dan cuba untuk jadi macam watak nur lisa versi ustazah..kembali ke jalan yang benar..(gaya macam aku ni sesat je dulu kan)tkde la sesat sangat cume melencong je skit...tp tkpe la..sekurang-kurangnya aku cuba untuk baiki diri aku sendiri..



okeyyy guys...nie nur lisa versi ustazah..(dalam bayangan aku la) agak2 sama x muka nur lisa yang x bertudung dengan yang pakai tudung ni..??boleyy la kan..aku amik pic ni pun sebab aku suka tengok girl ni..even muka masam macam jeruk pun but still cute okehh.. hohohoho..sekarang aku demam dengan baca novel je..sampai dh berimaginasi sendiri..tidur novel,makan novel,nasib mandi pun aku x usung bawak novel skali..lau x lecun la novel ak oww..rugi je aku beli kn...

so guys cerita aku pada petang ni sebenarnya just nak exercise kan tangan menaip panjang2 disamping nak tunggu jam berdetik sampai pukul 5.oo p.m...5.oo p.m masa untuk angkat kaki angkat punggung dari ofiss..hihi.. tkde la pukul 5.00 p.m tepat2 aku teruss chau..lebih skit la dalam15 minit..(tp lau bos tkde bedal je..mcm hari ni)hahaha.. bosan kau tkde kerja,bos xmasuk dengan kerjanye tkde,memang bosan dh terlebih tahap nihh..dari pagi duk on9 je....wokeyy la..dah lenguhh dh tangan ni duk menaip..so aku tinggalkan korang dengan lagu kt bawah ni ekk..sempena hari guru kan..so amik la mud ari guru skit..hihi..




ok2..aku tahu lagu ni xsesuai dengan en3 kt atas tu kan..tkpe la..janji enjoy okehh..