Wednesday, 5 September 2012

pengakhiran episodku disana

28/8/2012..tarikh berakhirnya episod hidup ku di politeknik hulu terengganu..selama 3 tahun bersama teman2 perjuangan,pelbagai suka dan duka kami lalui bersama....pelbagai kenangan yang dapat kami kumpulakan tentang perjalanan hidup sebagai seorang pelajar...bermulanya kisah kami di Dungun..kampus sementara yang hanya menumpang di politeknik sultan mizan zainal abidin (psmza)..disini kami dianak tirikan...memang sedih bila difikirkan tapi sekurang-kurangnya kami dapat rasakan suasana kampus bila kami seiringan dengan pelajar2 lain..episod seterusnya kami dipindahkan ditempat asal kami, sinonin dengan nama poli kami..iaitu hulu terengganu..first time duk kt sini memang terasa asingnya bumi yg kami pijak ini.suasana kampus yang langsung tidak lengkap dengan kemudahan2 yg tidak mencukupi kami laluinya jua...walaupun sukar, kami harungi jua demi mencari secebis ilmu yang akan kami kumpul untuk dapatkan segulung diploma..setahun di kuala berang memberi kami pelbagai pengalaman dan pengajaran...episod suka duka yang kami lalui disini tidak sama seperti yang kami lalui di Dungun..namun kami berjaya harungi jua...itulah semangat kami..semangat yang kami kumpulkan untuk mencapai cita2 kami!!!

Harapan ayah dan ibu ak sematkan dalam ingatan..menjadi anak yang berjaya,yang membanggakan mereka,yang membahagiakan mereka...setelah 3 tahun menuntut ilmu,sampai masa untuk aku membuka episod baru dalam hidupku...masa untuk akau membalas jasa orang tuaku yang selama ini telah membesarkan aku,mengajar aku erti kepayahan dalam mencari sesuap nasi...tiba masa aku buktikan bahawa ilmu yang aku perolehi membawa dimana aku berada sekarang..ku tahu liku2 kehidupan yang masih panjang yang masih menanti aku dihadapan..liku2 yang sentiasa menunggu ak untuk aku mencoretkan warna hidupku...dengan itu,ku harapkan bahawa perjalanan hidup ku yang baru bermula ini memberi aku sinar yang akan membahagiakan ibu dan ayahku...walaupun aku bukan sehebat orang lain,namun aku ingin buktikan pada mereka2 bahawa rezeki bukan diukur pada pangkat dan darjat..bukan pada siapa diri kita...tapi dengan kepercayaan padaNya..rezeki itu sentiasa ada dimana jua...walaupun susah2 dahulu,namun percayalah Dia akan temukan kita dengan yag terbaik pada suatu masa nanti..kerana disebalik rancanganNya itu pasti ada hikmahnya..dan yang paling penting,kesabaran..jika kita sabar dengan setiap ujian yang kita lalui,insyaallah..Dia akan berikan kita yang terbaik pada masa akan datang...

No comments:

Post a Comment