Thursday 19 April 2012

taubat seorang hamba


Adakah menjadi suatu masalah bagi Allah untuk mengampunkan dosa hamba-Nya? 
Kadangkala kita terlalu berfikir  tentang dosa dari taubat itu sendiri. 
terlalu banyak dosa sehingga tidak terhitung dengan jari jemari...
kadang-kadang aku sendiri tertanya-tanya...Allah terima ke taubat ku ini???
lantas aku terbaca satu artikel yang mengatakan tiada terma dan syarat dalam bertaubat...
walau sebesar mana dosa seorang hambaNya itu...Allah maha pegampun...
taubat la sebelum terlambat...

oleh itu hatiku mula diketuk...
hatiku mula terdetik
hatiku mula tersentuh...
pada setiap ketika yang menjadikan seseorang manusia itu kerdil disisiNya..
aku mula terfikir,jika dia datangkan rasa itu pada diriku,kenapa aku masih terfikir2 lagi untuk 
bertaubat padaNya...mungkin ini masanya aku meninggalkan segala apa yang tidak pernah 
memberi aku kebahagian & ketenangan...mungkin Dia akan memberikan rasa yang lebih nikmat 
untuk diriku selepas ini...jadi kenapa mesti menunggu lagi...

Allah memasukkan seorang pelacur yang memberi anjing minum kedalam syurga, 
dan adakah menjadi suatu yang sukar kepada Allah untuk memasukkan kita kedalam 
syurga-Nya? Tiada yang mustahil buat Allah. Maka taubat adalah kunci penghapus segala dosa.

Allah tidak pernah meletakkan "Terma dan Syarat" dalam menerima taubat hambaNya. 
Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 
Allah sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya, 
dan kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun 
sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan. 
Maka manfaatkanlah ruang dan peluang taubat itu dengan sebaiknya 
sebelum kita dipanggil menuju ke destinasi sebenar....

aku ingin menjadi yang terbaik disisi Allah...walaupun bukanlah yang terbaik dalam kalangan manusia. Manusia  memang tidak akan pernah sempurna. Kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.Semoga Allah menerima taubat ku .Semoga hati ku bersih dari sifat riak dan takabbur. Semoga husnudzon yang sentiasa menjadi pilihan ku. Semoga Allah izinkan hati ku untuk kembali padaNya.

wallahua'lam....

SyuhadaSidek


No comments:

Post a Comment