Pintu tingkap dibuka.
Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di uia gombak. Sangat
tenang.
Mata beralih ke screen
laptop. Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah
satu cara untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.
Tiba tiba aku dikejutkan
oleh satu suara dari belakang.
“oow, dah pandai bercinta
ea sekarang..” ina menegur.
“bercinta? Mana ada.”
Soalku kehairanan.
“tu, kat laptop tu apa?
Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.”
Tambah ina lagi
Aku tersenyum. Pipi
terasa panas.
“tengok, muka dah
blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.
“Kau la, yang ajar aku
bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau
kenalkan aku dengan dia” aku menambah.
“aku rasakan bila
orang dah angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu
je. Entah entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.
Aku tersenyum lagi.
Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.
“ok, aku janji. Aku
takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam
list aku.”
Ina memanjangkan
muncungnya. “ ya, aku tahu. Aku mesti takkan jadi no 1 punya. Memang sure
la kan, kau akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.
“breakfast jom. Aku
buatkan nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau
pakej ni. Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.
“okey! Aku masakkan air
ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.
Aku tersenyum.
Aku masih ingat waktu aku
tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab
laju.”pernah”.
Aku terpana, aku tengok
Ina bukanla budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah
tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca
al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi.
Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta
tu…
Ina memandangku
kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.
“Aku tengok kau sebagai
budak yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu
yang bercinta tu..” aku menyoal.
“bercinta tu apa?” Ina
menyoal.
“bercinta tu haram.”
Jawabku pendek.
Aku tahu bercouple itu
haram walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga
membutakan mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus
buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul.
Tapi aku abaikan semua itu.
Ina ketawa.
“cik adik sayang,
bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan.
Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar.
Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan
cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu
dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.
“jadi, Ina sekarang
bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi
“cinta pada Allah. Pada
Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya
ringkas.
“tapi, bahagia ke?”
Padaku kalau ada teman
lelaki, setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila
sakit,ada yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk
bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.
Ina tersenyum lagi.
“ ya, aku akui yang aku
selalu saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila
baca mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih
banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku
tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada
bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.
Tapi cinta itu fitrah.
Jawabku lagi.
“ya, cinta itu fitrah.
Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu
jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga
datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan
fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu
tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda
yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air,
pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa
bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita.
Tapi DIA sediakan segalanya. Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA
setelah semua yang DIA berikan?.” Kata Ina panjang.
Aku mengangguk angguk tanda
setuju.
“tapi, siapa nak pujuk
kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi
Ina ketawa lagi
menampakkan lesung pipitnya.
“Allah banyak kali pujuk
kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat 40 kalau tak silap.
kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah
ali-imran juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu
bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng
orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca
Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat
dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi
la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu
dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.
“ya la, family aku selama
ni pun bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku
sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang
mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.
Ina tersenyum. “tahu
takpe”.
“dan yang teman aku pergi
klinik, bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman
lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan
kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang
“Jawabku lagi.
“tapi Ina, bukan senang
nak break up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kta cinta mati ni.
Mungkin senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk
bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina,
sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.
Ina tersenyum lagi “ aku
bukan suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off.
Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku,
aku pun terkejut dan memberontak.”
“Habis tu?” soalku.
“ do it step by step.
Kurangkan berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama
lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau
dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh
takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.
“ mungkin agak sakit pada
mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward
bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej. Tengahari tiada
orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat,
Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang
kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat
benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan
ingat janji Allah.
Perempuan yang baik untuk
lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada
yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke,
berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah
suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang
tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan
cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.
Sibukkan diri dengan
aktiviti aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan
yang diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih
bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun
kecil” sambung Ina lagi.
Air mataku hampir
menitik. Aku mengetap bibir. Tekak terasa berpasir, dada sakit menahan
sebak.
“tapi Ina, aku tak kuat.
Aku takut Allah tak pandang aku”.
“ sungguh Allah itu maha
pengampun maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk
berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit
dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab
saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan.
Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana
kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati
kau.” Sambung Ina .
Air mataku akhirnya
tumpah.
“hei,mana rotinya?” tegur
Ina.
Aku tersedar dari lamunan
panjang.
“jap, jap tengah buat la
ni” jeritku dari compartmentku.
Ina datang membawa dua
gelas air.
“ina, terima kasih sebab
ajar aku bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list
aku. Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku
perlahan.
“kenapa tiba tiba buat
drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.
“yang sentuh hati kamu
itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.
“sekarang siapa heroin
drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.
Ketawa kami pecah dalam
tenang damai waktu dhuha.